Penyusuan susu ibu itu memang fitrah, namun belum tentu ia boleh berlangsung baik sekiranya tiada atau kurang ilmu. Ini kerana penyusuan susu ibu adalah makanan TERBAIK untuk bayi kita dan ramai ibu telah mengetahuinya.
Walaupun orang kata penyusuan susu ibu kena banyak berkorban masa dan tenaga tetapi demi anak dan nak berikan makanan terbaik pada si kecil seawal lahir pengorbanan ini satu jihad buat seorang wanita.
Selagi ada rezeki susu, berilah tanpa jemu pada anak kita kerana masih ada lagi ibu yang tidak berpeluang menyusukan bayi kerana masalah tertentu.
INILAH PENYUSUAN SUSU IBU
1) Persiapan dan menjalani perjalanan penyusuan susu ibu itu lebih sukar berbanding persiapan sepanjang kehamilan
Ads
2) Ia adalah “kerja sepenuh masa” tiada part time or some time. FULL TIME!
Tiada lagi jadual perahan, tiada lagi sendawakan bayi. Tiada lagi mencari bilik penyusuan apa lagi anak yang “clingy”. Semua sudah berakhir!
Ia sebuah “ikatan” yang tidak dapat diberi oleh sebarang botol dan puting tiruan apatah lagi susu rumusan
Bertahanlah wahai ibu, sebentar saja lagi ia akan berakhir dan akhirilah dengan kemenangan dan kegembiraan kerana ia berbaloi!
Sumber: Dr Nurhaya Yacob
Penyusuan susu ibu adalah “pengorbanan” ibu bukti cinta tanpa syarat. Crack nipple dah mengigil badan pun mereka hadapkan juga
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayangkan bagaimana perasaan ibu ayah ini yang hampir kehilangan anaknya. Sekelip mata sahaja mereka diuji.
Syukur alhamdulillah kerana Allah bagi peluang kedua untuk mereka sekeluarga. Ikuti pengalaman sedih dilalui oleh Puan Farah Rahim yang hampir kehilangan anak tersayang gara-gara batuk berkahak!
Assalamualaikum harini baru mama ada kekuatan untuk cerita apa yang jadi pada 17/3.
Mama abah terus bawak harraz pergi klinik. Kat sana 3 kali kena neb still same dan doc advice terus pergi hospital.
Masa otw pergi hospital, harraz merengek nafas semakin laju dan tiba-tiba harraz macam lembik dengan mulut biru, mata ke atas, Mama panggil pun dah tak respond at the same time perut semakin laju.
Sampai hospital terus tolak masuk dlm zon kritikal. Dalam tu doc cuba macam-macam neb tapi still same, nasib masa tu doc pakar ada lagi.
Mama ni dah macam luruh jantung tengok harraz macam tu. Lastly doc intubate harraz dan terpaksa bagi ubat tidur. Tapi intubate manually sebab tak ada mesin ventilator. pH darah semakin menurun dari 7.4 ke 7, doc cakap kalau turun lagi bawah 7 maybe harraz dah tak ada.
Harraz Makin Tenat
Mama rasa macam nak mati je time tu. Air mata terus mengalir macam paip. Keadaan harraz tersangat-sangat tenat.
Doc try sedaya upaya untuk selamatkan anak mama sebab intubate, doc suruh mama panggil harraz. Tak henti-henti mama panggil tapi harraz dah tak respond kat mama.
Doc suruh mama duduk luar. Kat luar tak henti-henti mama nangis dah macam tak tentu arah dah, kaki tangan semua dah macam tak pijak kat bumi.
ni msa kt HKB, time ni harraz tenat sgt2, msa ni dh intubate, doc kat belakang terpksa buat manually sbb xdak mesin ventilator, so tpksa cri hsptl dgn cepat utk harraz.
Doc cakap harraz betul-betul tenat, masa dah dekat pukul 11 malam tapi still tak stabil. Doc call semua hospital yang ada PICU, sebab kat HKB tak ada mesin ventilator (alat bantuan pernafasan).
Saluran paru-paru harraz dah terlalu sempit sangat untuk dia bernafas so terpaksa bergantung pada mesin ventilator untuk support dia. Semua hospital sampai ke utara Perlis PICU dah penuh.
Sekelip Mata Harraz Terbaring Tak Sedar Diri
Hati mama ni tak berhenti-henti berdoa. Lastly Hospital Ipoh ada katil kosong untuk harraz.
Doc terpaksa tunggu keadaan harraz stabil untuk di transfer ke PICU Hospital Ipoh. Tapi anak mama tak stabil, tersangat kritikal dan risiko untuk perjalanan yang jauh ke Ipoh. Allahuakhbar
Doc suruh mama abah pergi ke sana dulu. Betapa sedihnya mama tak boleh nak naik ambulans dengan harraz. Doc pakar terpaksa follow sampai ke sana.
Dalam pukul 3.30 pagi mama abah sampai Ipoh, tapi mama tunggu harraz tak sampai-sampai lagi.
Ya Allah betapa risaunyaa mama, tunggu punya tunggu tengok-tengok harraz sampai pukul 4 pagi, terus ditolak ke PICU, Alhamdulillah sepanjang perjalanan harraz tidur lena.
Mama tenung harraz. Dengan sekelip mata je harraz tidur tak sedar diri macam ni dengan wayar penuh 1 badan.
Betul ke harraz anak mama ni. Macam tak percaya yang ni anak mama yang terbaring macam ni.
Siang malam mama berdoa semoga harraz kuat untuk lawan. Mama tau anak mama seorang yang kuat semangat. Ramai sangat yang datang dari jauh untuk jenguk harraz.
Hebatnya seorang ibu tanggung semua Ujian Allah ni terhadap anak mama. Dua hari mama tak makan tak minum tapi mama kuat, mama kuat sebab anak mama pun kuat.
Melepasi Tahap Kritikal
Alhamdulillah leganyaa mama. Doc dah cabut bantuan pernafasan harraz. Indahnya dunia mama dapat dukung harraz, dpt tengok harraz bukak mata.
Malam ni mama dibenarkan bersama dengan harraz di wad. Harraz diam je tak banyak cakap, rengek-rengek ja.
Memang lemah sangat sampaikan nak angkat tangan pun tak larat sebab kesan ubat tidur banyak sangat kat harraz. Tapi setiap 4 jam nurse akan buat suction untuk sedut kahak harraz.
Hari ke-6 baru la nampak harraz aktif sikit. Tapi still tak mau gelak-gelak main-main dengan mama. Hari ke-7 baru harraz boleh discaj. Seronok sungguh dia dapat main.
Punca Sebenar Haraz Sakit
Actually, harraz batuk kahak since masa lepas kenduri akikah 3/2. Tapi on off jugak la sampai 2 kali kena admit. Dah sebulan lebih nafas berbunyi kahak tu.
Banyak sebab harraz batuk kahak. Tahun lepas rumah mak renovate time tu pun dah banyak sangat harraz, dan persekitaran yang tak elok dengan asap rokok.
Lepas ni biar la orang nak kata cewi anak ka apa ka, mama dah elakkan untuk bawak harraz tempat-tempat yag terbuka, tempat orang ramai.
Lepas ni dah tak boleh la kerap nak bawak harraz pi pasar malam ka, uptown ka, expo mana-mana ka, makan kat luaq, terdedah dengan segala asap-asap, bulu kucing dan habuk-habuk. Mama abah memang ada asma, dan now kena jaga anak yag dah ada asma.
Now alhamdulillah, nafas berbunyi tu terus tak ada, kahak pun dah kering. Mama abah nak jaga harraz betul-betul dan bagi sepenuh perhatian.
Segala barang perabot dalam rumah lantai semua abah cuci-cuci dengan dettol. Rumah kena sentiasa bersih tak mau ada habuk-habuk, baju mainan harraz semua dibasuh dengan dettol. Botol susu 2 hari sekali kena rebus.
Doakan harraz sihat walafiat lepas ni. Mama bawak jugak harraz jalan-jalan tapi dalam keta ja heheheh. Sekali sekala boleh la.
Segera Rawat Kalau Anak Batuk Berkahak
So jaga la anak-anak jangan terlalu dedahkn anak dengan dunia luar, tambah-tambah tempat yang ramai orang, dekat playground. Kat luar sana banyak sangat penyakit. Beringat dulu sebelum kena.
Mama abah sayang Harraz Faliq bin Hilman Izzat, semoga anak mama abah sentiasa terus sihat.
Sekarang harraz dah kena pakai inhaler coklat setiap hari. Tapi alhamdulillah, harraz nafas dah ok dah tak laju, nafas dah tak bunyi, kahak dah kering, batuk dah ok, dah terlebih aktif dia lani.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita yang pertama kali hamil dan bakal bersalin sudah pasti tidak dapat membayangkan rasa sebenar sakit bersalin. Kebanyakan wanita yang sudah ada pengalaman melahirkan anak secara normal, rata-ratanya menyatakan sakit menahan kontraksi sebelum tiba masa mengeluarkan bayi.
Selain wanita itu sendiri bersedia daripada segi mental, suaminya juga perlu mengetahui serba sedikit informasi tentang kontraksi yang bakal dialami oleh si isteri. Dengan yang demikian, dapatlah sang suami memainkan peranan membantu isteRi melegakan dan mengurangkan kesakitan yang dialami.
Sakit faraj
Bila memasuki fasa aktif proses kelahiran, serviks akan meregang secara semula jadi. Ketika ini, faraj akan mengalami tekanan kesan gesaan kepala bayi yang cuba melalui saluran peranakan.
Apabila kontraksi semakin kuat dan menjadi kerap, kesakitan semakin dapat dirasai. Dalam keadaan ini suami perlu tenangkan isteri dengan meminta dia mempraktikkan latihan pernafsan yang betul.
Tarik nafas dalam-dalam dengan keadaan mulut tertutup dan hembuskan nafas sambil menyebut fuh dalam hela yang panjang.
Sakit pinggang
Dalam kes tertentu, kedudukan bayi dalam posisi posterior boleh menyebabkan isteri mengalami sakit belakang yang teruk. Sakit itu boleh dirasai sejak daripada awal. Di peringkat awal, kesakitan masih boleh ditahan, tapi semakin lama sakitnya sukar dikawal.
Lenguh kaki
Bila pinggang sakit, secara tidak langsung kaki pun terasa lenguh. Lebih-lebih lagi jika kantung ketuban sudah pecah. Ketika ini, urutan suami sedikit sebanyak akan membantu menstabilkan emosi isteri untuk menghadapi rasa sakit yang dialami.
Sembelit
Disebabkan gesaan kepala bayi yang melalui saluran peranakan, secara tanpa sengaja ia turut memberi tekanan kepada usus. Lalu, membuatkan perut anda terasa memulas seolah-olah mahu membuang air besar.
Apabila rasa tidak selesa, mungkin ada yang kerap ke tandas. Pastikan isteri ada peneman kerana ia adalah salah satu tanda hampir bersalin.
Seram sejuk
Kontraksi bersalin bukanlah sesuatu yang dibuat-buat. Rasa sakit yang dialami boleh menyebabkan isteri menggigil dan berpeluh.
Tambahan pula, kesakitan itu tidak dapat dijangka tempohnya. Ada yang cepat bukaan rahimnya dan dapat segera mengeluarkan bayi. Ada juga yang terpaksa menahan sakit berjam-jam sebelum bayi dilahirkan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami adalah orang yang paling dekat dengan isteri. Maka fahamilah sikap mereka yang pelbagai ini hanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon.
Ada waktunya isteri kita mudah menangis tanpa sebab, ada waktunya marah-marah dan beremosi lebih. Namun suami janganlah cepat melenting dan mengambil hati. Suami harus fahami fisiologi dan psikologi isteri. Ini penting!
Malah menurut Dr Taufiq Razif, kepelbagaian hormon dalam diri seorang wanita membuatkan berlakunya ketidakseimbangan, lebih-lebih lagi ketika hamil atau ketika hendak datang haid.
Para suami kena faham fisiologi & psikologi isteri. Isteri ni ada masa masa yang mana mereka pun tak faham dengan diri sendiri – kadang rasa ‘gloomy’ tanpa sebab – kadang rasa nak menangis tanpa sebab – kadang rasa sayu tanpa sebab – kadang rasa marah tanpa sebab
Dalam diri seorang wanita ada pelbagai jenis hormon – Estrogen – Progesterone – Ada juga sedikit Testosterone – dan banyak lagi
Kadang hormon ini mengalami ‘Imbalance’ pada waktu-waktu tertentu hidupnya lebih lebih lagi ketika hamil dan nak datang haid yang kita panggil sebagai Pre-Menstrual Syndrome ( PMS )
Maka fasa tersebut, mereka tak perlukan SOLUSI pun daripada kita! Mereka cuma perlu -ditenangkan -didengari – disabari
Bila para isteri tengah emosi, para suami kena – jangan terlalu cepat respon – kena bertenang dulu – jangan terlalu ambil hati – jangan terlalu ambil serius kemarahan dan emosi isteri
Akan sampai masanya – kekacauan hormonnya kembali sediakala – ribut emosinya akan kembali reda – wajah yang masam mencuka kembali ceria
Taufiq Razif Percaya wanita kekal menjadi misteri dan susah difahami bagi si lelaki supaya si suami boleh berkenalan setiap hari dengan si isteri
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!