Setiap kali dapat jemputan ke majlis atau kenduri, mak-mak yang ada anak kecil ni la yang paling dalam dilema sebab takut tak dapat nak kawal tingkah laku anak-anak. Salah langkah, buruk padahnya!
Situasi ini terjadi di sebuah majlis perkahwinan di mana beberapa dekorasi kayu untuk laluan pengantin tumbang gara-gara seorang kanak-kanak bergayut pada dekorasi itu.
Majlis perkahwinan yang berlangsung di hotel sekitar Kuala Lumpur pada 25 Ogos lalu menjadi kecoh seketika sebelum gambar terbabit dimuat naik dan tular di media sosial.
“Mujurlah pada waktu kejadian pengantin sudah melalui kawasan itu dan sudah berada atas pelamin”, kata perancang perkahwinan, Fauzi Manan.
Tambahnya, memuat naik gambar di media sosial sekadar untuk menasihatkan ibu bapa supaya berhati-hati dan tidak membiarkan anak mereka bermain berhampiran hiasan di majlis.
Ads
“Kalau kejadian macam ni dekat siapa kita tak minta ganti rugi? Confius confius! Last2 mesti salahkan decorator balik sebab buat tak kukuh, tapi kalau dah bergayut kat tali tu smpai prop tu boleh jatuh nak buat mcm mana? Nak pasang cerucuk besi ke kat bawah tu?” katanya yang terpaksa menanggung kerujian sebanyak RM4000.
Katanya lagi yang sembilan tahun berkecimpung dalam bidang ini, perkara sama pernah berlaku sebelum ini namun tidak seperti yang dialami baru-baru ini. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kejadian itu tidak membabitkan kemalangan atau kecederaan.
Ads
Sebagai ibu bapa, anak-anak adalah tanggungjawab kita. tiada siapa yang selayaknya menegur dan mengawasi anak-anak selain diri kita sendiri. Pa&Ma kongsikan beberapa tip yang perlu diambil oleh ibu apa untuk mengatasi perkara sebegini berlaku.
1) suami isteri perlu bergilir jaga anak
Untuk pantau anak-anak, ibu atau bapa perlu sepakat. Bila seorang makan, lagi seorang jaga atau suap anak makan, dan sebaliknya. Barulah anak berada dalam kawalan ibu bapa dengan baik.
Ads
2) Ekori/pantau setiap langkah anak di majlis kenduri orang
Tengok apa dia nak buat. Apa yang boleh, apa yang tak boleh sentuh. Mana tempat dia boleh jejak, mana yang tak boleh. jangan awal-awal lagi melarang, kalau tidak lagi dia rasa nak buat benda tu. Ajar dan bagitahu betul-betul kat anak sampai anak tahu kat rumah orang dia tak boleh bebas macam kat rumah dia.
3) Kawal pemakanan anak
Apa sebab anak terlebih aktif? Apa jenis makanan yang kita dah suap kat anak-anak?
Aiskrim, kek, gula-gula, biskut, minuman bergas even air coklat/malt seawal usia 2 tahun atau lebih awal daripada tu lagi memang boleh bagi kesan pada behaviour anak-anak. Ibu ayah kena kentalkan hati bab nak bagi makan kat anak. Biarlah orang nak cakap apa. Cuba elak langsung dari bagi sugary foods. Ubah makanan manis kepada buah-buahan. Epal, oren, pear. Itupun dah cukup untuk keperluan gula dia.
Benar tugas dan tanggungjawab menghantar dan mengambil anak ke sekolah bukan satu tugas yang dipandang ringan.
Tambah hebat lagi bila anak-anak berbeza sesi persekolahan. Adakalanya ibu atau ayah ibarat seharian berada di perjalanan.
Namun usaha penat lelah mengambil dan menghantar anak ke sekolah ini ada balasannya kelak. Penulis keibubapaan, Wan Nur Syakira berkongsi motivasi sebagai semangat untuk mak ayah terus berlapang dada dan rutin harian ini.
Tugas menghantar anak ke sekolah memang perlukan komitmen meskipun keletihan. Ni motivasi untuk lebih semangat hantar anak.
1. Kita nak hantar orang yang bakal dimudahkan jalannya ke syurga. Hadis ini antara motivasi terbesar saya.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga.
Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]
Moga saya pun nanti dimudahkan jalan ke syurga. ❤️
2. Anak tuntut ilmu, kita pun dapat pahalanya dengan menggalakkan anak pergi sekolah.
Daripada Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.” [Riwayat Muslim (1893)]
Begitulah hadis yang menguatkan kami berdua suami isteri bekerjasama dalam menghantar anak-anak ke sekolah.
MasyaAllah. Hebat-hebat perjuangan dan pengorbanan ibu ayah semua yang berkongsi. Moga Allah kuatkan kita semua. Moga anak-anak kita membesar menjadi orang yang berilmu dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Kanak-kanak yang masih kecil dan naif sebenarnya boleh menjadi mangsa. 5 proses grooming ini ibu ayah jangan pandang remeh. Kisah benar yang dikongsikan doktor ini wajar dijadikan pengajaran & peringatan.
Dr Farhanah Ibrahim telah berkongsi pengalamannya mengendalikan kes yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun 3 bulan yang telah melalui trauma kerana perbuatan tidak seononoh rakan lelaki yang lebih tua di tadika.
Apakah itu proses grooming? Grooming ialah proses merangsang kanak-kanak yang akhirnya membawa kepada terjebak kepada perlakuan berkaitan jenayah seksual.
Dr Farhanah telah berkongsi 5 cara yang kanak-kanak telah melalui proses grooming tanpa ibu ayah sedari. Antaranya ialah paparan video perbuatan yang kurang manis menggunakan watak-watak kartun di Youtube.
Drama yang ke udara di televisyen juga perlu dipantau ibu ayah. Kadang kala ada juga adegan-adegan cium, peluk & ranjang yang terlepas di kaca TV. Cara terbaik ialah tontonlah TV bersama anak.
Buku cerita yang dibaca anak juga perlu dipantau. Ibu ayah disaran agar memeriksa gambar-gambar & memeriksanya kerana bimbang ada storyline dan gambar berbaur negatif.
Ibu ayah juga perlu menjaga perilaku di depan anak-anak. Ini kerana apa yang dilakukan boleh menjadi proses grooming secara tidak langsung.
Anak kecil belum pandai membaca/ mempelajari sesuatu yang berkaitan perkara tidak manis, jadi ibu bapa perlu memainkan peranan penting melindungi mereka. Lebih baik memainak peranan menjadi rakan yang rapat dengan anak.
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak lelaki, Dr Farhanah mencadangkan 3 perkara yang perlu diajarkan supaya tidak dilakukan kepada perempuan iaitu agar tidak melihat sembarangan, tidak menyentuh sesuka hati serta tidak berkasar dengan perempuan.
Dr Farhanah berharap perkongsiannya ini menjadi muhasabah bersama. Semoga ibu ayah berhati-hati dengan grooming yang berlaku pada zaman alaf baru. Ia adalah cabaran yang perlu ditempuhi semua ibu ayah.
Antara kerisauan kita sebagai ibu bapa adalah bila kita kehilangan pasangan. Ramai kaum ibu terutamanya sangat susah hati kalau dia mati, dapatkah suami jaga anak-anak dia.
Atau bila suami dia pulak yang mati, dapatkah dia seorang diri membesarkan anak-anak?Benda jodoh dan ajal ni hanya Allah sahaja yang tahu.
Kita selalu fikir yang ia tak akan terjadi pada kita. Kita akan kekal bahagia sampai ke tua. Namun Allah ada perancangan untuk kita. Mungkin esok lusa pasangan kita dijemput pulang.
Bersediakah?
7 Tips Untuk Bersedia Untuk Kehilangan Pasangan
1. Belajar Reda
Reda ni adalah bila kita menerima hakikat. Benda ni payah, kadang-kadang di mulut kata reda tapi dalam hati berat nak terima takdir. Jadi kena belajar. Bila barang hilang, kita reda, itu bukan rezeki. Bila tudung hangus kena iron, kita reda juga, bukan rezeki kita lagi.
So belajar reda dengan benda-benda kecik begini adalah asas untuk kita reda bila menerima ujian yang lebih besar.
Kalau susah nak reda maka akan susah untuk move on dan move forward nanti. Asyik menangis bucu katil jer. Semua urusan tergendala, makan pakai anak pun terabai.
Ini adalah persediaan mental yang paling penting.
2. Persiapkan Pasangan.
Suami kena ajar isteri buat benda-benda yang isteri tak pernah buat. At least bagi dia pernah beberapa kali untuk dia biasakan diri. Kalau mesin basuh tersumbat suami yang baiki, sesekali panggil isteri tolong tengok macamana kita baiki. Tunjuk benda-benda penting bagi dia ada idea, oohhh macam ni. At least bagitau dia segala contact untuk uruskan hal rumah bila ada masalah.
Paling penting driving dan bab-bab kereta ni.
Isteri lagi banyak kena ajar suami. Macamana nak basuh baju, macamana nak buat susu baby, macamana nak tukar lampin, macamana nak buat porridge dan serba serbi yang lain. Suami pun, tolonglah belajar buat semua benda jugak.
Suami ni kalau isteri mati, paling mudah hantar anak kat mak ayah atau lepas 3 bulan dia kahwin lain bila dia mula pening tak boleh nak handle kerja rumah dan anak-anak. Bukan tak boleh kahwin lain, tapi at least anak-anak merasa juga air tangan bapak dia. Besarkanlah anak sendiri dan jangan bagi pada orang.
3. Senarai dan rekod semua maklumat penting.
Segala maklumat perbankan, maklumat insurans/takaful, segala jenis hutang piutang yang ada print out dan simpan dalam fail.
Atau simpan dalam softcopy save dalam drive atau cloud dan simpan username pasword semua pada satu tempat atau dokumen yang boleh dijumpai oleh pasangan bila kita mati nanti.
Dokumen anak-anak, buku biru dia buku pink dia, jadual imunisasi dia, surat-surat hospital dan sebagainya masukkan ke dalam fail khas mengikut setiap anak.
Username dan password semua akaun media sosial, email, atm pin dan sebagainya juga harus direkod dan disimpan baik di dalam fail di satu tempat. Dalam tu juga boleh siap tulis surat cinta, surat pesanan, wasiat atau apa sahaja.
Sebaiknya maklum terus pada pasangan. “Yang, kalau I mati, awak ambil satu fail warna merah dalam laci almari baju tu yer.”
This is serious okeh.
4. Sediakan Tabungan
Ini benda paling kritikal bagi seorang isteri. Bila suami mati, benda pertama nak kena fikir adalah duit. Yer duit untuk hidup membesarkan anak-anak. Jadi buatlah simpanan. Pin kad ATM tu bagi isteri hafal.
Lepas tu buatlah Takaful Hibah. Bayar puluh-puluh ringgit jer sebulan, kalau mati anak bini dapat duit ratus ribu. Dapatlah diorang meneruskan hidup. Kalau kita nak simpan RM100 sebulan pun belum tentu dapat RM100K.
Yang dah ada insurans atau takaful tu mohon maklumkan pada isteri atau takpun pada kawan rapat dan sesiapa sahaja yang boleh maklumkan pada pasangan nanti.
Banyak kes pampasan tak dituntut sebab suami atau ister tak tahu pun yang pasangan dia tu ada insurans.
Hubungilah kawan-kawan yang buat Takaful dan minta nasihat okeh.
5. Pengagihan Harta & Wasiat
Banyak benda weh yang ni. Macam-macam isu timbul nanti bila salah seorang dah tak ada. Rumah, kereta, duit ringgit semua boleh mendatangkan kacau bilau dan juga perpecahan antara keluarga.
Banyak kes yang kita dah tengok kan? Belajar sesuatu?
Uruskan lah harta sepencarian dengan segera. Cari kawan-kawan yang buat pengurusan harta ni.
Nak mati dan kebumi di mana pun bincanglah dan tetapkanlah. Ini pun nanti boleh jadi isu. Berebut nak bawa balik mayat ke sana sini.
Nak wasiat pada suami suruh kahwin lain pun boleh, kalau bagi terus nama calon lagi baik. Okeh gurau.
6. Belajar Pengurusan Jenazah.
Yer, ini khidmat terakhir bagi isteri kepada suami dia. Suami pun sama, boleh mandikan, sembahyangkan dan terakhir boleh bawa turun ke liang lahad.
Bila ada kematian dan ada peluang untuk masuk dan membantu maka ambillah peluang. Kalau ada kursus maka ikut sertalah.
Paling bagus untuk suami belajar imamkan solat jenazah. Alangkah indahnya jika jenazah si isteri disolatkan sendiri oleh suami.
7. Jaga Kesihatan
Ini yang paling penting. Kalau seorang dah tak ada maka beban tugas tu akan jadi double. Penat wehh, kaulah ibu kaulah ayah. Semua benda kau nak kena buat sendiri.
Orang pompuan kuat bab ni tak macam lelaki yang mudah give up bila urus rumahtangga ni. Namun kalau kuat tapi kesihatan mental dan fizikal tak baik maka takkan dapat nak uruskan keluarga juga.
So, stay safe, stay healthy.
Begitulah.
Semua benda no 1-7 tu aku dah lalui.
Orang tanya macamana aku kuat, macamana aku boleh hadap sorang-sorang, sebabnya aku dah bersedia.
Actually arwah isteri sudah “sediakan” aku awal-awal lagi. Dia dah prepare semua benda-benda tu. Bila dia mati semua dokumen, username, password, pin semua aku jumpa, segalanya aku urus dengan mudah.
Bab urus rumahtangga, urus anak, makan minum dan sebagainya dia latih aku sejak awal perkahwinan lagi. So, lebih mudah aku teruskan hidup dengan anak-anak sampai ke hari ini tanpa dia.
Memang, semua ni ketentuan tuhan. Rezeki, ajal dan maut sudah ditetapkan. Namun kita haruslah berdoa, berusaha dan barulah berserah dan tawakal.