Perapan Ayam BBQ Yang Pedas, Manis & Juicy. Lebih Lama Perap, Lagi Sedap!

Share

Teringin nak makan ayam bakar BBQ, ada cara paling mudah untuk buat perapannya. Tak perlu susah nak keluar pergi beli dalam keadaan sekarang ni. Semuanya boleh buat sendiri di rumah.

Bahan yang digunakan sangat mudah dan mudah didapati. Lagi lama perap, lagi sedap rasanya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Amira Hasan ni. Pasti puas hati!

Cara Buat Perapan Ayam BBQ Yang Pedas, Manis & Juicy

BAHAN-BAHAN:

– 1kg kepak ayam – bersihkan
– Kicap manis secukupnya
– 1-2 sudu makan sos tiram
– 2-3 sudu makan madu
– 2-3 sudu makan sos cili pedas
– Serbuk sweet paprika atau serbuk cili secukupnya
– 1 sudu makan serbuk lada hitam
– 10 ulas bawang putih – tumbuk lumat
– 2 inci halia – tumbuk lumat
– Sedikit kunyit hidup – tumbuk lumat
– Perencah cukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.

2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk berisi ayam.

3. Gaul rata dan perap ayam selama 1 jam atau lebih. Lebih lama perap lagi sedap rasanya.

4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masak ayam menggunakan api perlahan hingga masak sepenuhnya. Disarankan menggunakan kuali non-stick. Boleh juga dibakar menggunakan arang atau ketuhar.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Amira Hasan via Resipi Bonda

**Nak shopping barangan pada harga berpatutan dan berbaloi, klik sini.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN