Bayangkanlah terlampau panas sampai tak boleh nak tidur. Anak-anak pun rasa tak selesa bila panas. Bukan pagi sahaja, malam pun sama dalam bulan puasa pula tu. Kalau anda perasan, keadaan dekat luar pun dah berjerebu. Mesti ada yang di antara kita tertanya-tanya, apa puncanya?
Menurut Nik Nazmi Nik Ahmad, fenomena jerebu di Malaysia dijangka lebih serius pada tahun ini yang disebabkan oleh aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala. Beliau yang merupakan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (keTSA) itu turut memaklumkan bahawa Malaysia dijangka mengalami cuaca panas berpanjangan sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.
Bukan itu sahaja, susulan cuaca panas yang melanda negara ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan turut menerima panggilan peningkatan kes kebakaran termasuk melibatkan api lalang sejak kebelakangan ini. -UTUSAN
Ads
Cuaca panas secara tidak langsung memberi kesan kepada tubuh badan kita. Kesannya pelbagai, antaranya ialah strok haba, pitam, sawan, kemerahan dan pengsan.
Antara-antara untuk mengelakkan diri dari mengalami strok haba dan komplikasi yang lain adalah:
Ads
1.Kurangkan aktiviti luar.
2. Banyakkan minum air ketika waktu bersahur.
3. Elakkan berasa di kawasan atau ruang tertutup mempunyai pengudaraan kurang baik dan bersuhu tinggi.
Ads
4. Mandilah dengan lebih kerap serta menggunakan kipas atau pendingin hawa untuk menurunkan suhu badan.
5. Pakai pakaian yang longgar dan diperbuat daripada kapas bagi penyejatan peluh yang maksimum, selain memakai topi atau payung kerana lebih 40 peratus kehilangan haba berlaku di bahagian kepala.
Elakkan meninggalkan bayi, kanak-kanak dan warga emas di dalam kereta tanpa penghawa dingin ini kerana suhu kereta boleh meningkat 20 darjah hanya dalam masa 10 minit. Jaga kesihatan anda dan anak-anak anda!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saat mendapat tahu diri hamil, pastinya seorang isteri mengharapkan suami sentiasa berada di sisi untuk memberi semangat dan sokongan jika diri rasa tak mampu. Namun bagi wanita cekal ini, kisah hidupnya bersama anak lelaki nyata sesuatu yang sukar di awalnya tetapi kini telah mula meniti bahagia walaupun tanpa suami.
Kisahnya ini telah menarik perhatian ramai apabila berkongsi bagaimana dia berjaya bangkit dan sekarang bersyukur dengan kurniaan Allah.
Menerusi aplikasi tik tok atas akaun nfattinhz, wanita ini telah dijatuhkan talak empat tahun lalu semasa diri sedang sarat mengandung. Walaupun diawalnya rasa kecewa dan berputus asa untuk teruskan hidup. Namun demi anak dalam kandungan, tetap cekal melalui proses kehamilan seorang diri sehinggalah selamat melahirkan bayi lelaki.
Berbekalkan semangat dalam diri, melihat anak lahir ke dunia, jatuh air mata seorang ibu. Dari situ mula untuk bangkit walaupun berseorangan. Saya rasa seolah seperti dapat nafas dan kehidupan baru di samping keluarga sentiasa memberi sokongan tak putus.
Hadirnya anak pembawa rezeki
Betullah rezeki anak tiada siapa tahu. Apabila habis berpantang, akhirnya saya telah mendapat tawaran kerja di bandar. Mengenangkan anak yang masih kecil, ibu tunggal ini nekad untuk pergi mencari rezeki demi kelangsungan hidup bersama.
Waktu itu saya berjanji segala susah senang, saya tak akan tinggalkan anak. Bermulalah kehidupan baru di bandar. Masa sampai di sana saya hanya menyewa bilik bujang dan duduk bersama anak.
Waktu hujan balut anak dalam plastik
Mujurlah semua rakan serumah memahami dan sangat baik. Disebabkan perlu berjimat, baju anak pun saya hanya beli yang bundle.
Masa ke bandar, ayah sanggup memberikan motornya untuk saya berulang alik ke tempat kerja. Segala perit jerih meredah hujan bersama anak waktu itu dipermudahkan walaupun terpaksa membalut anak dalam plastik baju hujan untuk melindunginya.
Syukur anak disayangi ramai
Biarpun membesarkan anak seorang diri, ternyata kecekalan wanita ini boleh dipuji kerana dia mengakui walaupun tak senang seperti orang lain, hidupnya lebih bahagia sekarang.Anak pun dah semakin besar dan dikelilingi orang yang sangat sayang dengannya. Segala pengalaman hidup ini membuatkan saya lebih matang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa hari lepas tular mengenai seorang wanita beserta tujuh orang anak yang hanya cukup-cukup makan dan mengharapkan ihsan jiran untuk menampung hidupnya sekeluarga.
Menerusi laporan dari Malaysia Gazette, wanita yang dikenali sebagai Marsyila Zakaria memberitahu bahawa terpaksa berkongsi nasi berlauk air garam bersama 7 lagi anaknya selepas suaminya ditahan di Pusat Pemulihan. Tambahnya lagi, dia terpaksa menebalkan muka meminta beberapa biji telur ayam daripada jiran bagi mengisi perut anak-anak.
Sehubungan dengan itu, kisah duka keluarga Marsyila telah mendapat perhatian daripada pengasas kosmetik produk kesihatan terkemuka negara, Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman. Menerusi Instagramnya, Aliff memberitahu bahawa ramai yang memintanya untuk membantu keluarga tersebut.
Niat beri sumbangan hari raya
Dalam pada itu, Aliff dengan rendah hatinya meminta pertolongan daripada netizen untuk membolehkan bertemu keluarga Marsyila. Menurut Aliff Syukri lagi, dia ingin memberikan sedikit sumbangan berbentuk duit, baju raya dan segala keperluan raya kepada mereka.
Sebelum ini kisah keluarga ini telah mendapat perhatian ramai apabila laporan dari Malaysia Gazette melaporkan ibu yang menyara tujuh anaknya ini hanya berbuka dengan telur hancur goreng untuk mengisi kekosongan perut.
Wanita berusia 35 tahun itu berkata, dia dan anak-anak tiada lagi perasaan teruja untuk menyambut bulan mulia ini apatah lagi Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Pernah Berkongsi Nasi Berlaukkan Garam
Mereka sekeluarga pernah berkongsi nasi berlaukkan garam selama tiga hari kerana tiada wang membeli makanan.
Namun kerana tidak sanggup lagi melihat nasib anak-anak, Marsyila menebal muka mengetuk pintu rumah jiran untuk meminta telur yang digorengnya hancur-hancur bagi menukar selera mereka.
BAGI DIRINYA, BIAR SEORANG IBU TIDAK MAKAN NAMUN JANGAN SAMPAI ANAK-ANAK KEBULURAN.
Hanya Bekerja Mencuci Pakaian
Marsyila memberitahu dia hanya bekerja mencuci pakaian di rumahnya yang dihantar orang ramai dengan bayaran RM5 sebakul. Katanya baju itu dicuci menggunakan tangan dan sabun basuh sendiri.
Sekiranya tidak menerima baju hari tersebut, dia akan keluar dengan berjalan kaki sejauh 1 kilometer untuk mencari rumah-rumah yang ingin dibersihkan.
Jelasnya, bayaran yang dikenakan hanya RM30 untuk membersih rumah dan pakaian sekali.
Marsyila mempunyai anak berusia antara setahun hingga 15 tahun. Anak sulungnya tinggal di Asrama Asnaf Darul Takwa Sungai Besi di sini.
Dua Anak OKU
Kisah wanita itu menggambarkan antara keperitan hidup masyarakat di ibu kota yang tidak menyangka akan berdepan ujian getir kerana sebelum ini suaminya yang menyara keluarga dengan membuat kerja-kerja pendawaian elektrik dengan pendapatan mencecah RM2,000.
Ini kerana, anak ketiga dan keempatnya dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).
Tetapi anak ketiganya meninggal dunia enam tahun lalu.
Keluarga ini turut mendapat bantuan barangan asas daripada Baitumal bernilai RM300 seperti beras, susu pekat, minyak dan tepung, selain bantuan ubatan untuk anak OKU sebanyak RM350 daripada Jabatan Jabatan Kebajikan Malaysia.
Anak Masih Menyusu & Memakai Lampin Pakai Buang
“Sebenarnya, kos perbelanjaan saya mencecah RM1,500 sebulan kerana lima anak masih minum susu dan memakai lampin pakai buang serta kos anak OKU yang tinggi.
“Dia tidak boleh lapar dan jika tidak, dia akan mengamuk,” katanya sayu.
Marsyila turut berkongsi kisah sedih tiga hari sebelum Ramadan lalu apabila pengsan ketika keluar mencari rezeki untuk anak-anak.
Sumber: MalaysiaGazette & ig Aliff Syukri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah lima beradik yang abang dan kakak, Muhammad Faris, 12 dan Nurul Farisha, 11, menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada tiga lagi adik yang masih kecil akhirnya telah mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ebit Lew.
Berita gembira itu dikongsikan pendakwah dan penceramah terkenal itu menerusi Facebooknya pada Selasa selepas meluangkan masa mengunjungi adik-beradik dan membantu Muhammad Faris dan Nurul Farisya kembali bersekolah.
“Besarnya ujian mu anak”
Sayu sedih tengok adik Farisya 11 tahun masak guna dapur kayu jaga 3 adik kecil. Buat susu adik guna susu pekat manis menggantikan susu tepung. Adik paling kecil umur 1 tahun. Dah tak sekolah jaga adik. Tinggal dengan atuk nenek dah uzur. Mak ayah dalam tahanan.
Hantar bersekolah semula
Terbaca dekat fb Raja Anita Raja Mukhtar. Saya bersama mak ciknya tadi daftarkan Faris dan Farisya ke Maahad Tahfiz Manzil Furqan Kota Bharu. Di sini ada pelajaran sains, subjek agama dan Tahfiz. Cantik dan eksklusif. Sebulan Rm600. Terus hantar ke sini tadi. Seronok adik-adik ni.
“Nak berjaya macam ustaz”
Saya tanya kenapa nak sekolah. Jawabnya nak berjaya macam ustaz nak tolong mak ayah dan adik-adik. Rindu nak belajar dan bahagiakan keluarga. Masa nak pergi semua atuk nenek, jiran, pakcik makcik semua tadi menangis. Sampai kami pun menangis. Teringat anak dekat rumah. Beratnya ujianMu wahai anak. Maafkanlah kami lambat membantu.
Mak saudara akan jaga adik-adik
Terima kasih mak saudara yang akan menjaga adik-adiknya. Terima kasih Ustaz Fadhli Shaari dan Pegawai JKM yang lebih awal menziarahi dan membantu serta bersama memberi perhatian. Terima kasih Penghulu dan masyarakat sekitar. Terima kasih zakat. Terima kasih penderma PKUM. Terima kasih kepada NGO di Kelantan. Terima kasih Raja Anita.
Susulan perkongsian tersebut, ramai yang mendoakan kedua-dua beradik ini mampu menjadi abang dan kakak yang baik dan berjaya mengubah kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik demi masa depan adik-adiknya kemudian hari.
** Nak dapatkan keperluan anak pada harga berpatutan, klik di sini
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.