Disangka rezeki rupanya perangkap. Seorang pesara guru hilang RM164,000  hasil simpanan sekian lama, lesap hanya kerana satu klik yang dipercayai tawaran cabutan bertuah di Facebook.

Satu pautan cabutan bertuah yang kononnya ditawarkan oleh sebuah bank tempatan melalui laman sosial Facebook sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @Abu berkata, lelaki berumur 60 tahun itu menyedari wang di dalam akaun banknya berkurangan apabila menerima email daripada bank tempatan menyatakan berlaku transaksi dalam akaun simpanan miliknya Khamis lepas, sebelum dia tampil membuat laporan polis pada hari sama.

Ads
Percaya Menang Cabutan Bertuah, Simpanan Ratusan Ribu Pesara Guru Lenyap Sekelip Mata
Ganbar hiasan

“Mangsa yang terkejut kerana tidak membuat sebarang transaksi dalam tempoh tersebut terus pergi untuk mendapatkan penyata di sebuah bank di bandar Jertih, dan semakan mendapati telah berlaku 39 kali pengeluaran dari akaunnya ke akaun berbeza, yang semuanya dipercayai berpangkalan di luar negara

Ads

“Akibatnya sebahagian besar wang di dalam akaun itu hilang dan hanya berbaki sekitar RM30,000 sahaja,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ads

Percaya Menang Cabutan Bertuah, Simpanan Ratusan Ribu Pesara Guru Lenyap Sekelip Mata
Azamuddin berkata, pesara itu mengesyaki dia menjadi mangsa penipuan ‘phishing’ setelah dia memasukkan butiran peribadinya dalam pautan di laman sosial Facebook yang menawarkan peraduan cabutan bertuah sebelum ini.

Kes sedang disiasat mengkut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads