Cuti sekolah tak lama lagi, tentu ibu ayah mencari lokasi percutian untuk anak. Apa kata kali ini pergi ke muzium 3D untuk bergambar kenangan bersama keluarga. Sememangnya bercuti ke tempat menarik bersama anak-anak sudah tentulah kita mencari destinasi yang akan membuatkan kanak-kanak seronok dan gembira.
Jom kita intai muzium 3D di empat buah negeri ini. Salah satu destinasi MESTI bawa keluarga dan anak-anak .
MUZIUM 3D LANGKAWI ART IN PARADISE
Ia terletak di dalam Oriental Village dan seluas 21,000 kaki. Ianya mempunyai lebih dari 100 lukisan 3D yang dilukis oleh pelukis antarabangsa. Harga tiket di sini adalah RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Mula-mula je bila masuk ke dalam muzium 3D ni, semua pengunjung diwajibkan untuk membuka kasut. Petugas akan meletakkan kasut kita di dalam tempat khas. Sumber: mohdzarin.com
MUZIUM 3D CAMERON HIGHLANDS
Ads
Tempat ni beroperasi pada tahun 2015 dengan bayaran masuk RM18 tak silap. Kanak kanak bawah 90cm free. Masuk sini kena tanggal kasut ye. Sesiapa Yang plan nak pergi sini, silakanlah. KeNi bagi 4 bintang! Lokasi dia kat Nova Square di Brinchang. sumber:ceriteras.blogspot.my
Ads
MUZIUM 3D TRICK ART PENANG
Ads
Bayaran tiket dewasa RM15.00 dan kanak-kanak RM10.00. Setelah bayar tiket, kami pun mula la explore muzium ni. Menarik. walaupun dari luar nampak macam kecik aje tempat ni, tapi bila dah masuk, mcm besar pulak. Nama pum 3D art trick kan. Kalau boleh pakai la yang bright sikit supaya nampak outstanding dalam gambar tu. Anyways, mmg pengalaman yang best.Tak sia-sia la naik feri sampai georgetown nk pi sini kan.
Kita mudah sangat rasa geram dan marah pada kanak-kanak yang tak reti duduk diam, tak kiralah sama ada anak sendiri atau anak orang lain.
“Hishh budak ni terlompat sana, terlompat sini. Baru duduk sekejap dah berlari. Mak dia ni tak tau ajar ke anak duduk diam.” marah kita dalam hati bila ada kanak-kanak yang tak reti duduk diam di tempat awam.
Kalau anak sendiri yang berperangai sedemikian, kita pun akan tegur dan marah mereka supaya duduk diam seketika. Namun ia bagaikan bercakap di angin lalu sebab anak tetap dengan karektornya yang lasak dan aktif. Aduh pening kepala!
Jangan marah atau cepat melabel anak jenis tak reti duduk diam ini sebagai nakal dan tak makan saman tapi fahami dulu karektor mereka dan sebenarnya mengapa mereka tak reti duduk diam.
Semoga penerangan dari Dr.Taufiq Razif dapat membuka minda ibu ayah dan masyarakat sekeliling terhadap kanak-kanak yang aktif, lasak dan tak tahu duduk diam. Mereka bukan tak boleh berjaya cuma perlukan cara didikan yang betul dan kena dengan caranya, InsyaAllah mereka akan cemerlang dunia dan akhirat.
APA ITU KECERDASAN KINESTETIK?
Kecerdasan kinestetik ataupun biasa disebut Body Smart ni adalah kemahiran dan bakat yang sangat istimewa. Cuma yang sedihnya ramai anak dengan bakat ni disebut sebagai anak nakal dan juga anak yang tak reti duduk diam.
Bukan!
Anak yang ada kecerdasan kinestetik ni memang belajar dan meneroka dunia melalui pergerakan tubuh dan anggota badan. Anak yang tinggi Kinestethic Intelligence ni disebut dengan Tactile Learners.
Si comel kita yang tak reti duduk diam tu kemungkinan seorang Tactile Learners yang mana mereka perlu melompat, belari, berjoget dan berguling-guling untuk menukarkan informasi dan ilmu tu kepada memori yang tertanam kukuh dalam otak mereka.
SUSAH FOKUS KALAU KENA DUDUK DIAM JE
Ibu bapa dan cikgu pun perlu faham yang seorang anak yang mempunyai kecerdasan Kinestetik yang tinggi ni memang susah nak belajar hanya melalui kuliah,ceramah dan demonstrasi yang mana mereka terpaksa duduk diam je.
Mereka memang tak boleh! Mereka jadi bosan dan muram! Jadi kalau nak mereka belajar, kena bagi mereka aktiviti yang membuatkan mereka bergerak.
Banyak ciri-ciri anak yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi ni antaranya mereka suka aktiviti yang melibatkan fizikal seperti berenang, naik basikal, melempar bola, tangkap bola dan berlari. Mereka jenis yang sensitif dengan persekitaran mereka, mereka menghargai tekstur benda yang dipegang, mereka tak takut pun tangan mereka kotor dengan debu dan tanah dan juga mereka suka sangat cabaran fizikal bila buat sesuatu.
Nak senang, tengok je anak kita ni jenis camne. Kalau jenis tak reti duduk diam kalau belajar, suka panjat-panjat kerusi, suka berlari sana sini, suka naik dan panjat tangga dan suka menari tu ada kemungkinan besar anak kita tu jenis yang ada kecerdasan kinestetik yang tinggi la tu.
Kita sedia maklum semua kanak-kanak akan melalui satu fasa suka bertanya. Pelbagai pertanyaan boleh muncul sehingga boleh membuatkan kita sebagai ibu bapa hilang punca nak mencari jawapan.
Namun ada teknik untuk mengambil peluang dari sikap anak yang suka bertanya ini meneroka ilmu dengan lebih luas.
Teknik memupuk minat anak belajar semasa fasa ini ialah kita bertanya dan kita jawab sendiri soalan tu. Macam kita selalu cakap dengan peti ais tu kan.
Contohnya
“Tu apa ya?”
“Oo..ayam”
“Ayam makan apa tu”
“Ayam makan cacing”
Dari aktiviti santai ini sebenarnya anak akan banyak belajar kosa kata dan aktiviti yang berlalu di sekelilingnya.
Pada masa ini anak mula suka bertanya apa sahaja yang dia nampak. Kita cuba layan pertanyaan anak sebaik mungkin. Jangan remehkan soalan anak dan menjawab dengan tidak acuh kerana kita sedang merugikan potensi anak yang sedang berkembang.
Cuba untuk ringkaskan jawapan kepada soalan anak dengan cara yang mudah difahami. Apabila kita sering memberi pelbagai input kepada anak, anak akan lebih mudah memahami pelbagai perkara yang berlaku di sekitar mereka.
Hari demi hari, soalan anak akan semakin mencabar. Kita dapat merasakan anak sudah semakin mahir berfikir berdasarkan pengetahuan yang dia sudah ada. Jadi pada ketika ini kita boleh menukar teknik respon kepada soalan anak.
Setiap soalan anak yang sesuai untuk difikirkan jawapan, kita tanya kembali kepada anak.
Contoh
“Ibu, kenapa laut warna hitam waktu malam?”
“Adik rasa kenapa laut warna hitam waktu malam?”
“Sebab takda matahari kot”
Biasanya bila kita kembalikan soalan itu kepada anak, mereka sudah ada jawapan dalam kotak fikiran. Mereka bertanya sebab nak mengesahkan apa yang mereka tahu. Namun untuk melahirkan anak yang berfikiran kritis, kita perlu latih anak untuk mengeluarkan buah fikiran mereka.
Teknik ini sangat bagus kerana secara tidak langsung anak akan lebih seronok meneroka ilmu. Kita juga dapat menggunakan peluang itu untuk menambah pengetahuan anak dengan ilmu lain dan memuji kemampuan anak menjawab soalan.
Selain itu ia juga dapat mengurangkan kelelahan ibubapa menjawab soalan demi soalan anak-anak yang berturut-turut hingga boleh membawa keputusan idea unutk memberi jawapan.
Walau peringkat mana pun anak kita, sentiasalah berusaha memberi respon yang terbaik kepada soalan anak. Kerana dengan respon yang baik akan menambahkan keseronokan anak mencari ilmu pengetahuan seterusnya membantu mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih baik.
Disleksia atau dyslexia kerap kali dikatakan sebagai tidak pandai. Anak yang mengalaminya akan dilabel kurang bijak sedangkan ia adalah satu gangguan saraf yang berlaku yang menyebabkan keupayaannya terbatas.
Kanak-kanak dyslexia mengalami masalah berkaitan keupayaan membaca, mengenal huruf, mengeja, menyebut suku kata, mengingat semula perkataan yang rumit dan mengingati memahami susunan ayat atau kata.
Kesedaran mengenai disleksia dalam masyarakat kita masih belum meluas dan ia kerap menimbulkan persepsi negatif kepada si kecil. Ketidakupayaan mereka mencapai satu tahap yang telah ditentukan menyebabkan kanak-kanak dilabel dengan pelbagai tanggapan yang salah.
Apakah sebenarnya disleksi? Ikuti perkongsian Dr Rozanizam Zakaria, doktor psikiatri dan pensyarah perubatan mengenai disleksia.
Nama saya Aina, saya lapan tahun. Dulu saya minat sekolah, saya suka cikgu ajar melukis, buat aktiviti di padang dan belajar mengira. Tapi saya tak pandai membaca. Semua orang boleh baca dengan laju, tapi saya selalu susah nak baca. Kawan-kawan selalu gelakkan saya. Cikgu selalu tegur sebab saya tulis terbalik. Saya rasa saya tulis betul, tapi asyik dapat pangkah.
Saya tak boleh beri tumpuan sebab banyak sangat yang cikgu tulis di papan hitam saya tak dapat ikut. Saya tak sempat salin, jadi saya tak tahu apa kerja sekolah. Ada budak kata saya bodoh, sebab tu saya duduk kelas belakang. Bila kena baca di depan kelas, saya jadi takut. Saya rasa nak muntah, nak pitam atau mungkin rasa nak pengsan. Saya tak tahu apa yang saya rasa.
Saya takut dan tak mahu pergi sekolah. Saya menangis dalam bilik dan tutup pintu. Mula-mula mak pujuk, lepas tu mak marah. Ayah pun paksa tapi saya tak mahu pergi sebab saya takut. Cikgu datang sekolah pujuk, tapi saya takut dan saya malu. Kawan-kawan mesti kata saya budak malas sekolah.
Sebulan lepas tu, mak bawa saya jumpa doktor. Doktor buat ujian IQ, dia minta saya main puzzle, lukis-lukis, tiru bentuk dan jawab soalan. Doktor beritahu mak IQ saya ‘normal’. Doktor suruh saya tulis dan baca. Masa tu baru saya tahu, saya ada DYSLEXIA. Baru saya tahu, saya bukan budak tak pandai….saya cuma ada DYSLEXIA
___________________________________________________ 7 INFO MENGENAI DYSLEXIA
1. Dyslexia bukan bermakna anak tersebut tidak pandai, malas, payah diajar atau lembab. Kanak-kanak dyslexia mengalami masalah berkaitan keupayaan membaca, mengenal huruf, mengeja, menyebut suku kata, mengingat semula perkataan yang rumit dan mengingati memahami susunan ayat atau kata.
2.Ia disebabkan gangguan pada saraf otak yang secara khusus berfungsi dalam penguasaan kemahiran tersebut. Berbeza dengan kanak-kanak yang mengalami intellectual disability, kanak-kanak dyslexia biasanya mempunyai IQ yang normal, bahkan mempunyai kecenderungan dan bakat semulajadi yang istimewa dalam bidang lain seperti seni, kemahiran dan sebagainya.
10% kanak-kanak sekolah mempunyai gejala dyslexia.
3. Bukan semua kanak-kanak dyslexia mempunyai gejala yang sama. Antara gejala awal yang biasa dikesan adalah menulis huruf terbalik, tertukar suku kata, tertinggal huruf, tertinggal perkataan, tidak minat dalam tugasan memerlukan membaca dan menulis, sukar mengenal waktu dan tertukar maksud perkataan.
4. Pengesanan awal penting bagi membolehkan penilaian dibuat dan penyesuaian dibuat terhadap kaedah mengajar dan belajar bagi kanak-kanak ini.
5. Bagi yang mengalami kesukaran mengikuti pembelajaran arus perdana, mereka perlu dirujuk ke kelas khas dysleksia yang termasuk dalam program pendidikan khas integrasi yang disediakan kementerian.
6. Mengajar kanak-kanak dyslexia memerlukan kreativiti.Mereka mudah hilang fokus. Maka pengajaran perlu menggunakan pelbagai pendekatan – seni, aktiviti, warna, bentuk, games, puzzle dan sebagainya.
7. Dyslexia tidak sepatutnya menghalang mereka berjaya seperti kanak-kanak lain. Dengan pengajaran yang bersesuaian, apabila mereka dapat menguasai konsep asas membaca dan menulis, mereka biasanya boleh mengikuti proses pembelajaran seperti kanak-kanak lain.