Hari ini, seluruh dunia menyambut insan yang paling agung dalam hidup ibu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengambil kesempatan ini untuk berkongsi momen peribadi yang cukup bermakna di akaun Instagram miliknya, @anwaribrahim_my.
memuat naik sekeping gambar lama bersama ibunya, disertai kapsyen ringkas namun sarat dengan makna dan kasih sayang seorang anak.
Beliau menulis:
Ads
“Ibu bukan sekadar permaisuri dalam keluarga, tetapi tunjang utama dalam membentuk serta mencorak generasi penerus yang berakhlak, berilmu dan bersedia memimpin masa depan dengan sikap belas yang tinggi beserta curahan bakti dan kasih sayang.
”Saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh kaum ibu yang menjadi asas kepada lahirnya keluarga dan masyarakat yang bermaruah, unggul dan madani.”
Ads
Ayat ini bukan hanya sekadar ucapan, tetapi satu pengiktirafan besar terhadap peranan ibu dalam membentuk masa depan bangsa. Dalam kelembutan, terselit kekuatan. Dalam pelukan ibu, lahirlah keberanian seorang pemimpin.
Ads
Anwar Ibrahim, seorang anak yang tidak pernah melupakan akar didikan ibunya, jelas memperlihatkan bahawa kejayaan dan nilai yang dipegang hari ini adalah hasil daripada bimbingan dan kasih seorang wanita hebat yang dipanggil ibu.
Selamat Hari Ibu buat semua ibu di luar sana.
Semoga setiap pengorbananmu terus dikenang dan disanjung tinggi, selamanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita mengenai seorang pempengaruh yang diceraikan oleh suaminya ketika sedang sarat hamil lima bulan secara langsung (live) di TikTok benar-benar mengejutkan ramai pihak.
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap pempengaruh terkenal, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26. Lebih menyedihkan dia diceraikan secara terbuka di hadapan lebih 20,000 penonton yang sedang menonton siaran tersebut. Ini merupakan penceraian kali kedua buat wanita ini bersama suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 22.
Namun begitu, tindakan suami berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan antaranya, adakah dibenarkan untuk melafazkan cerai ketika isteri sedang berbadan dua. Dan apakah kesan emosi yang mungkin ditanggung oleh isteri dalam keadaan sebegitu.
Menurut Prof Madya Ts Dr Mohd Nor Mamat, Ketua Pusat Perundangan dan Perundingan Keluarga, Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM, suami boleh menceraikan isteri walaupun isteri sedang mengandung ini bukan haram, tapi hukumnya harus (dibolehkan) dan talak itu tetap sah dan jatuh.
“Talak waktu isteri hamil hukumnya harus dan jatuh talaknya. Ada hadis yang mengharuskan talak isteri ketika hamil dan ada ayat Al Quran yang menghukumkan iddah isteri hamil yang diceraikan, sehingga dia melahirkan.”, ujarnya.
Katanya lagi, isteri yang sedang hamil kebiasaannya berdepan dengan ketidakstabilan emosi, tekanan dan gangguan psikologi yang membebankan. Maka, perceraian dalam keadaan begitu hanya akan menambah luka dan beban emosi kepada isteri. Sepatutnya, suami lebih peka dan cuba mengelakkan daripada melafazkan cerai ketika isteri sedang mengandung.
“Walaupun dari segi sudut hukumnya jelas, tetapi pada sudut adabnya dilihat sebagai kurang sesuai. Perceraian bukanlah sesuatu yang wajar dipertontonkan kepada umum, tidaklah perlu disaksikan oleh khalayak ramai.
“Isteri hamil kebiasaannya berdepan dengan ketidak tentuan psikologi, tekanan dan gangguan emosi yang membebankan, sudah tentu perceraian itu akan menambah bebanan kepada emosi isteri. Seharusnya diberi perhatian untuk dielakkan oleh suami daripada berlaku perceraian ketika keadaan begitu.”
“Perceraian selepas baru rujuk daripada perceraian pertama, boleh juga dilihat seperti tidak serius dengan rujuk dan mempermainkan soal rujuk cerai, sedangkan soal nikah cerai rujuk bukanlah sesuatu yg boleh diremehkan,” jelasnya lagi.
Untuk makluman, lafaz cerai dibuat secara mengejut pada awal pagi Khamis menerusi satu siaran langsung TikTok oleh Siti Jamumall sendiri.
“Siti Suriani binti Wahiddin, aku ceraikan kau dengan talak dua. See you in court,” itu antara lafaz cerai yang dilontarkan oleh Aiman ketika sesi live tersebut berlangsung.
Sebelum talak dilafazkan, rakaman menunjukkan pertengkaran panas antara pasangan itu.
Apa yang lebih mengejutkan, lafaz cerai dilakukan secara terbuka, apatah lagi ketika isteri sedang mengandungkan anak hasil perkahwinan mereka.
Gambar tular, lelaki mengaku tidur atas kubur ibunya, “Ya Itu Memang Saya.” Baru-baru ini tular gambar seorang lelaki tidur di atas kubur. Berikutan itu seorang penghantar makanan, Abdul Azim Hasmandi, 28, mengaku itu dirinya.
Sebelum ini tular sekeping gambar di TikTok memaparkan lelaki itu sedang berehat dan baring bersebelahan pusara ibu tercinta. “Tidur di kubur arwah mak, ya itu memang saya,” akui Abdul Azim.
Pemuda itu berkata, dia tidak tahu-menahu tentang hantaran yang dimuat naik pengguna TikTok melainkan kawan-kawan sekerja memberitahunya.
Menurut anak kedua dari empat adik-beradik itu, pemergian ibunda tersayang, Norlia Mahmood, 62, sekitar Jun lalu masih meninggalkan kesan mendalam sehingga hari ini, membuatkannya sentiasa ingin menziarahi kubur demi melepaskan rindu.
“Arwah meninggal dunia kerana kemalangan motosikal pada pagi Jumaat sebab nak elak seorang pejalan kaki ketika pulang membeli barang basah untuk meniaga nasi lemak di Bandar Baru Bangi.
“Sebenarnya, ia salah satu cara untuk saya merasa dekat dengan umi selain sedekah Al-Fatihah dan baca Yasin sebab saya memang rapat dengan arwah. Kadang-kadang teringatlah pada dia.
“Banyak perkara tak dapat buat semasa dia hidup, jadi ini inisiatif saya sendiri seperti luang masa di kubur, bersihkan pusara, borak dan teman arwah. Sekurang-kurangnya rasa dekat walaupun berbeza alam,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sebelum itu, sekeping gambar dimuat naik seorang pengguna TikTok, Su Ahmad menampakkan Abdul Azim tidur bersebelahan kubur ibunya hingga mengundang reaksi sayu warga maya.
Hantaran tersebut turut mendapat lebih 292,200 tanda suka, 13,000 perkongsian dan lebih empat juta tontonan setakat ini.
Ditanya mengenai penerimaan dan tanggapan dilemparkan terhadapnya, Abdul Azim berpandangan, adik-beradik yang lain terkejut apabila mengetahui dia sering berehat di kubur ibunya.
Bagaimanapun, jelasnya, dia sudah lama reda dengan ketentuan Ilahi sejak hari pertama arwah terbaring kaku di pinggir jalan sewaktu kemalangan, namun tidak dinafikan rindu yang paling berat adalah apabila kehilangan ibu.
“Adik-beradik dan ahli keluarga saya yang lain pun tak tahu saya selalu baring di kubur. Ada yang terkejut, ada juga yang marah. Tetapi, saya tak hirau kerana cara kita bersedih atau hadapi kehilangan berbeza-beza.
“Jadi, macam-macam cara untuk ‘tapis’ kesedihan itu. Kalau buat perkara lain, saya tak mampu. Nak tak nak kena reda sebab ini cara saya hilangkan kesedihan.
“Saya dah tak dapat bercakap, lihat depan mata atau dengar gelak tawa umi selepas ini,” ujarnya lagi.
Ibu mana yang tak mahu berikan yang terbaik untuk anaknya? Setiap ibu di dunia ini sentiasa mahu melindungi dan memastikan anaknya hidup tanpa derita atau kesusahan. Dari lubuk hati yang paling dalam, kita mahu anak kita sentiasa bahagia dan selamat.
Sebab itulah, ibu sanggup buat pelbagai perancangan demi masa depan anak, supaya mereka sentiasa berada di jalan yang terbaik jalan yang membawa kepada kebahagiaan dan kejayaan.
Begitulah kisah figura cantik, Datin Atikah Suhaimie, selebriti yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Lokman Teh pada tahun 2022. Kini bergelar isteri dan ibu kepada si comel Lyla Mulan Teh, Atikah perlahan-lahan membina babak baru dalam hidupnya lebih tenang, lebih matang, dan penuh makna.
Dalam temubual eksklusif menerusi podcast Borak Pa&Ma sempena Hari Ibu, Atikah yang berkongsi kehidupan diri, suami dan anaknya. Sebelum mula berbicara lanjut ibu muda ini sempat memberi tahu, ini merupakan podcast pertamanya setelah bergelar ibu.
Menerusi perkongsian podcast berkenaan, antara isi kandungan yang menarik adalah menyentuh mengenai tentang perancangan dan harapan yang dipupuk untuk anak tersayangnya yang sentiasa ingin memberikan yang terbaik.
Luahnya sebagai ibu, dia ingin memberikan yang terbaik sehingga cuba mengawal kehidupan anaknya sejak kecil.
“Atikah kalau boleh nak ‘control’ hidup Mula. Nak dia jadi ballerinaaa, Berkahwin dengan orang kenamaan. Masuk the best sekolah.”
Namun Atikah sedar pada penghujungnya ia adalah kehidupan dan pilihan anaknya. Atikah mengakui ibunya dulu merancangan kehidupannya untuk memberikan kehidupan terbaik buat Atiqah. Namun Atiqah bersyukur dengan takdir.
“Mama mempunyai macam-macam cita-cita untuk Atikah. Atikah tak kahwin dengan anak raja. I kahwin denga datuk pun ok…” seloroh Atikah.
Namun Atikah mengakui sebagai ibu pastinya merancang pelbagai untuk anak tersayang. Mahu yang terbaik untuk mereka.
“Kadang apa yang kita rasa baik belum tentu benar-benar baik untuk mereka. Jadi, biarkan mereka memilih sendiri. Biar mereka bebas nak buat apa yang mereka mahu, teruskan sahaja.”
Namun jauh di sudut hatinya Atikah bimbang apa perancangan yang dibuat buat anaknya mungkin akan membuatkan anaknya tidak suka dengan tindakannya.
“Kadang terfikir apabila dah besar akan marah. Saya berharap Mulan sayang saya selamanya. Saya mahu yang terbaik buat Mulan. Harap Mulan tak membenci bila dah besar nanti. “
Memang menyentuh hati antara perkongsiana Atikah menerusi podcast Borak Pa&Ma Special Hari Ibu. Tanyalah mana-mana ibu, pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!