
Berita mengenai seorang pempengaruh yang diceraikan oleh suaminya ketika sedang sarat hamil lima bulan secara langsung (live) di TikTok benar-benar mengejutkan ramai pihak.
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap pempengaruh terkenal, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26. Lebih menyedihkan dia diceraikan secara terbuka di hadapan lebih 20,000 penonton yang sedang menonton siaran tersebut. Ini merupakan penceraian kali kedua buat wanita ini bersama suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 22.
Namun begitu, tindakan suami berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan antaranya, adakah dibenarkan untuk melafazkan cerai ketika isteri sedang berbadan dua. Dan apakah kesan emosi yang mungkin ditanggung oleh isteri dalam keadaan sebegitu.
Soal Nikah Cerai Rujuk Bukanlah Sesuatu Yang Boleh Main
Menurut Prof Madya Ts Dr Mohd Nor Mamat, Ketua Pusat Perundangan dan Perundingan Keluarga, Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM, suami boleh menceraikan isteri walaupun isteri sedang mengandung ini bukan haram, tapi hukumnya harus (dibolehkan) dan talak itu tetap sah dan jatuh.
“Talak waktu isteri hamil hukumnya harus dan jatuh talaknya. Ada hadis yang mengharuskan talak isteri ketika hamil dan ada ayat Al Quran yang menghukumkan iddah isteri hamil yang diceraikan, sehingga dia melahirkan.”, ujarnya.
Katanya lagi, isteri yang sedang hamil kebiasaannya berdepan dengan ketidakstabilan emosi, tekanan dan gangguan psikologi yang membebankan. Maka, perceraian dalam keadaan begitu hanya akan menambah luka dan beban emosi kepada isteri. Sepatutnya, suami lebih peka dan cuba mengelakkan daripada melafazkan cerai ketika isteri sedang mengandung.
“Walaupun dari segi sudut hukumnya jelas, tetapi pada sudut adabnya dilihat sebagai kurang sesuai. Perceraian bukanlah sesuatu yang wajar dipertontonkan kepada umum, tidaklah perlu disaksikan oleh khalayak ramai.
“Isteri hamil kebiasaannya berdepan dengan ketidak tentuan psikologi, tekanan dan gangguan emosi yang membebankan, sudah tentu perceraian itu akan menambah bebanan kepada emosi isteri. Seharusnya diberi perhatian untuk dielakkan oleh suami daripada berlaku perceraian ketika keadaan begitu.”
“Perceraian selepas baru rujuk daripada perceraian pertama, boleh juga dilihat seperti tidak serius dengan rujuk dan mempermainkan soal rujuk cerai, sedangkan soal nikah cerai rujuk bukanlah sesuatu yg boleh diremehkan,” jelasnya lagi.
Untuk makluman, lafaz cerai dibuat secara mengejut pada awal pagi Khamis menerusi satu siaran langsung TikTok oleh Siti Jamumall sendiri.
“Siti Suriani binti Wahiddin, aku ceraikan kau dengan talak dua. See you in court,” itu antara lafaz cerai yang dilontarkan oleh Aiman ketika sesi live tersebut berlangsung.
Sebelum talak dilafazkan, rakaman menunjukkan pertengkaran panas antara pasangan itu.
Apa yang lebih mengejutkan, lafaz cerai dilakukan secara terbuka, apatah lagi ketika isteri sedang mengandungkan anak hasil perkahwinan mereka.
@jodohfinder Suami Siti Jamumall Lafaz talak dua depan 20 ribu orang. #sitijamumall ♬ original sound – Jodoh Finder
Sumber:jodohfinder
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI