Perginya ibu kepada empat anak yang masih kecil benar-benar dirasai oleh seluruh ahli keluarga arwah Norwahidah Abd Raup, 35. Pemergian arwah Norwahidah yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kepala Batas mengejutkan ahli keluarga, saudara mara dan rakan.

Melalui apa yang dikongsikan oleh adik arwah, Nurizziaty Abd Raup, arwah kakaknya tidak mengalami sebarang penyakit kerana sehari sebelum arwah tak sedarkan diri, sempat buat kejutan dengan menghantar sebuah kereta kepada emak.

Perginya Isteri Tanpa Pesan, Sayu Hati Mengenangkan 4 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu 

Ujian Covid yang dilakukan selepas arwah dimasukkan ke hospital juga negatif sehinggalah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan doktor sahkan ada Pulmonary Embolism (menyebabkan saluran paru-paru tersumbat dengan darah beku).

Setelah dirawat di ICU selama seminggu, pada 17 Disember lalu, akhirnya Allah jemput arwah dalam keadaan cukup tenang dengan mendapat keredaan ibu dan suami disisinya.

Perginya Isteri Tanpa Pesan, Sayu Hati Mengenangkan 4 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu 

IKLAN

Sementara itu, menerusi Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) turut memaklumkan pemergian arwah Norwahidah.

Menurut kenyataan tersebut, Allahyarham Norwahidah Abd Raup merupakan seorang kakitangan yang berwibawa dan banyak menyumbang bakti di fasiliti kesihatan

“Pihak JKNPP merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarhamah dan pemergian beliau merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh pihak JKNPP,” tulis posting tersebut.

Perginya Isteri Tanpa Pesan, Sayu Hati Mengenangkan 4 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu 

IKLAN

Difahamkan, arwah meninggalkan empat cahaya mata termasuk seorang bayi lelaki yang baru berusia lima bulan.

Menerusi Facebook suami arwah, Mohd Nurilfahmi Hasan Basri, sebelum koma semuanya seperti biasa dan baik-baik saja. Arwah langsung tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan.

Perginya Isteri Tanpa Pesan, Sayu Hati Mengenangkan 4 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu 

Namun Allah uji di saat anak-anak masih memerlukan kasih sayang ibu dan semuanya sudah ditentukan ilahi. Walaupun agak berat namun demi anak-anak, hidup perlu diteruskan.

IKLAN

Tiap kali lihat anak-anak yang masih kecil, memang sedih tapi apabila melihat anak perempuan tunggal dari empat beradik yang seiras dengan arwah isteri, semangat untuk membesarkan amanah isteri akan dijaga sebaik mungkin.

Perginya Isteri Tanpa Pesan, Sayu Hati Mengenangkan 4 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu 

Harap suami dan empat anak arwah terus tabah dan kuat meneruskan hidup walaupun bukan senang nak menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang. Semoga roh Norwahidah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sumber: Facebook JKNPP, Nurizziaty Abd RaupMohd Nurilfahmi Hasan Basri

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI