Tahniah diucapkan buat anggota kumpulan K-Clique, Fareed yang kini bergelar bapa selepas isterinya selamat melahirkan cahaya pertama mereka pada 8 Ogos lalu.
Kongsi Fareed, isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.86kg secara pembedahan.
Berkongsi rasa gembira, Fareed meluahkan rasa syukur malah turut memberitahu isteri dan anaknya kini dalam keadaan baik dan sihat.
Ads
“Alhamdulillah isteri dan bayi saya berada dalam keadaan sihat.
“Isteri saya sekarang sedang berehat dan dalam tempoh pemulihan untuk sembuh. Maklumlah bersalin secara pembedahan.
“Bayi kami seberat 2.86kg, syukur semuanya selamat dan dia juga dilahirkan dengan sempurna,” katanya berkongsi.
Ads
Isteri Fareed yang juga kakak kepada MK, Siti Hawa kini sedang berpantang di Sabah.
Ads
Berkongsi rasa terujanya, akui Fareed ianya satu pengalaman yang baru buatnya dan isteri.
Biasanya bila anak sakit tekak kita akan pilih aiskrim untuk berikan pada anak-anak. Tujuannya untuk menyejukkan tekak anak yang tak selesa.
Bagaimanapun menurut Dr Mazliana Mazlan, beliau menyarankan sebaiknya elakkan aiskrim vanila waktu anak sakit tekak. Aiskrim nilah sebenarnya mungkin buat radang tekak tak baik-baik.
Ais. Yang ini memang boleh kurangkan sakit. Sakit lebam dahi anak sebab jatuh, kita letak ais. Kaki anak tergeliat main basikal, kita letak ais.
Ais, hanya untuk kurangkan rasa sakit di tekak. Cari ais yang tak dapat tambahkan radang pada tekak anak.
Aiskrim vanila, banyak betul bahan ramuan dia kan. Gula pulak tu yang pertama. Perasa tiruan, pewarna tiruan, pengawet, dan banyak lagi kan.
Sakit tekak ni, biasanya sebab jangkitan bakteria atau virus. Gula makanan bakteria. Kita bagi baja gula, makin lambat anak nak sembuh dari sakit dan radang tekak bila makan aiskrim vanila sebenarnya.
Walau yang buat sendiri kat rumah guna susu segar dan gula organik, tetap ada sumber radang dari susu yang boleh pekatkan kahak. Dan gula walau organik sekalipun, ia tetap gula, tetap pemanis yang kita perlu kurangkan dari anak bila tak sihat.
Sebenarnya kan, dulu saya pun pernah bagitahu pesakit cilik untuk makan aiskrim vanila sebab nak kurangkan sakit tekak. Belum dapat kesedaran tentang makanan proses lagi waktu tu.
Sekarang, baru tahu semua ni. Boleh je kita nak bagi makan aiskrim waktu anak tak sihat. Bagi aiskrim dari buah.
Blend sendiri buah semata-mata, gula pun tak payah letak. Cari buah yang manis, kalau tawar sangat tambah madu sikit. Inilah baru namanya aiskrim sihat yang walau anak sakit pun masih boleh makan. Gitu.
Kita yang pilih apa anak boleh makan dan tak boleh makan kan. Kita cuba sama-sama ya.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Satu perkara yang begitu ditakuti oleh semua wanita adalah kanser payudara dan kanser serviks. Mengesannya lebih awal adalah langkah bijak yang perlu dilakukan.
Terbaru, ancaman virus HPV pada kemaluan wanita secara berterusan boleh menyebabkan berlakunya pra kanser sekaligus mencegah kanser lebih awal.
Menurut perkongsian Berita Harian, jangkitan berlarutan virus “Human Papiloma” (HPV) yang menjangkiti bahagian kemaluan wanita menerusi hubungan kelamin perlu dikenal pasti dengan segera sebagai langkah awal mencegah penyakit kanser serviks.
Pensyarah dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohamad Nasir Shafiee, berkata virus ini biasa menjangkiti bahagian kemaluan wanita.
“Kira-kira 90 peratus daripada jangkitan ini bersifat sementara dan akan hilang. Namun, jangkitan berterusan boleh menyebabkan virus ini mengubah keadaan sel-sel di bukaan mulut serviks menjadi “garang” (dysplasia).
“Keadaan ini dipanggil prekanser, iaitu sebelum terbentuknya kanser. Peringkat ini penting untuk kita kenal pasti supaya pesakit dapat dirawat dengan cepat agar kanser tidak berlaku,” katanya.
Virus ini juga boleh menyebabkan beberapa kanser lain seperti vulva, vagina serta kanser anus dan zakar.
“Pesakit yang dijangkiti virus HPV juga berisiko mendapat ketuat (wart) di bahagian kelamin, serta keabnormalan sel pada organ kelamin.
“Kesedaran awal tentang virus ini boleh mencegah kanser serviks daripada menyerang wanita,” katanya.
Tambahnya lagi, wanita yang mengalami kanser serviks akan mengalami beberapa gejala. Ini termasuklah haid yang abnormal, keputihan dan banyak lagi.
“Mereka akan mengalami gejala seperti pendarahan haid abnormal, berdarah selepas hubungan kelamin, keputihan yang berpanjangan atau berbau.
“Sekiranya lambat datang, mungkin merebak hingga menyebabkan kencing berdarah, sakit di bahagian ari-ari atau tidak boleh kencing kerana saluran kencing tersumbat. Buah pinggang juga akan membengkak dan rosak,” katanya.
Ambil Vaksinasi HPV Cegah Kanser
Beberapa langkah pencegahan kanser serviks perlu dilakukan, dengan mengambil vaksinasi HPV seperti disyorkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) langkah permulaan yang baik.
“Malaysia kini sedang giat melaksanakan program vaksinasi dalam kalangan pelajar perempuan berumur 13 tahun. Bagi pelajar di sekolah swasta (bukan kerajaan) ibu bapa perlu cakna supaya membawa anak mendapatkan dos ini.
“Kajian menunjukkan vaksinasi ini mengurangkan risiko kanser setinggi 97 peratus. Walaupun dasarnya dos vaksin ini perlu diambil tiga kali, namun saranan dari WHO dan KKM baru-baru ini untuk memberikan satu dos sahaja kepada kanak-kanak kerana kadar perlindungan yang tinggi walaupun hanya satu dos,” kongsinya lagi.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Bayi kadang-kadang hanya berminat untuk menyusu sebelah payudara sahaja. Apabila diberikan sebelah kiri, dia hanya menyusu sekejap sahaja. Ia juga mungkin punca pengeluaran susu tidak seimbang di mana susu payudara kanan lebih banyak daripada sebelah kiri (apabila di pam). Adakah hal ini normal atau boleh memudaratkan? Bagaimana cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasinya?
Ia agak normal apabila sesetengah bayi terutamanya yang baru lahir menggemari sebelah payu dara sahaja apabila menyusu. Lazimnya, bayi akan menolak, meragam atau menyusu dengan sekejap sahaja apabila disusukan di payu dara yang tidak digemarinya. Amalan ini boleh menyebabkan payu dara besar sebelah (lopsided) dan akan dapat diatasi setelah bayi bercerai susu kelak.
Pengeluaran susu tidak seimbang antara kedua-dua belah payu dara adalah disebabkan beberapa faktor.
Perlu diingatkan juga bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amat penting dalam usaha mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payu dara yang tidak digemari.
Kesabaran adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha! Bayi anda mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri sedikit masa lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.