Pelakon, Zizie Izzete berkongsi cara dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa 44 hari selepas melahirkan anak perempuannya 1 Mac lalu.
Zizie, 40, berkata dia perlu kuat untuk melawan nafsu makan biarpun keadaan dalam biliknya dipenuhi dengan manisan.
“Dalam masa sama badan akan bakar lebih banyak kalori dalam satu hari. Memandangkan saya melalui pembedahan dan senaman bukanlah pilihan untuk beberapa bulan awal selepas bersalin,” katanya.
Kementerian Kesihatan (KKM) memperluaskan pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak berusia empat dan lima tahun bermula 1 Jun2023 hingga 31 Mei tahun depan.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pemberian vaksin menerusi inisiatif imunisasi catch-up pneumokokal (CHUP) bagi mengoptimumkan perlindungan terhadap penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019.
“Berdasarkan data KKM, kadar discaj akibat penyakit pneumokokal invasif di hospital KKM adalah tinggi dalam kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.
“Bagi pemberian vaksin itu, ibu bapa boleh bawa anak-anak ke mana-mana fasiliti kita secara ‘walk in’.
“Selain itu, ada juga janji temu melalui MySejahtera. Jadi mereka (ibu bapa) boleh pergi ke aplikasi MySejahtera untuk buat tempahan bagi mendapatkan vaskin di semua fasiliti kesihatan,” katanya kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Tingkatkan Liputan, Kurangkan Keciciran’.
Mengulas lanjut,Dr Zaliha berkata, KKM menyasarkan seramai 700,000 daripada sejuta kanak-kanak yang berusia empat dan lima tahun untuk menerima suntikan vaksin pneumokokal menerusi inisiatif itu.
“Walaupun disasarkan 700,000 tetapi kementerian mengharapkan sekurang-kurangnya mencapai 70 peratus daripada sasaran itu,” katanya.
Sementara itu, ketika berucap merasmikan program itu, Dr Zaliha berkata, KKM sudah melaksanakan pemberian vaksin pneumokokal dalam Program Imunisasi Kebangsaan kepada kanak-kanak yang lahir bermula 1 Januari 2020, dan kanak-kanak berkenaan kini sudah mencapai usia tiga tahun.
“Vaksin pneumokokal diberikan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus.
“Antara penyakit yang disebabkan bakteria ini adalah radang paru-paru (pneumonia), radang sinus, jangkitan telinga tengah, radang selaput mata dan sarah tunjang serta jangkitan dalam bakteria dalam darah,” katanya.
Katanya, program imunisasi yang dijalankan di peringkat global menunjukkan penurunan kadar kematian bagi kanak-kanak bawah lima tahun di seluruh dunia.
“Penurunan membabitkan 150 kematian setiap 1,000 kelahiran hidup pada 1950-an kepada 38 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran hidup pada 2021.
“Bagi negara ini, penurunan kadar kematian bagi kanak-kanak bawah lima tahun daripada 158 kematian setiap 1,000 kelahiran hidup pada tahun 1950 kepada 7.4 kematian setiap 1,000 kelahiran hidup pada 2021,” katanya.
“Pencapaian liputan imunisasi untuk bayi dan kanak-kanak adalah tinggi di peringkat kebangsaan dan mencapai sasaran yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu melebihi 95 peratus bagi kebanyakan vaksin utama dalam program imunisasi,” katanya.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Kulit jadi gelap waktu hamil? Sebelum hamil, kulit mungkin kelihatan cerah, sekata dan tidak banyak masalah. Namun, apabila kandungan semakin membesar, ibu mula menyedari wajah bertompok, leher kelihatan seperti berdaki, manakala ketiak dan beberapa bahagian tubuh pula menjadi lebih gelap.
Perubahan mendadak ini boleh menyebabkan sesetengah ibu berasa kurang yakin, tertekan atau tidak selesa dengan penampilan sendiri. Namun, ibu tidak perlu terlalu bimbang kerana perubahan warna kulit ketika hamil adalah perkara yang biasa berlaku.
Dalam kebanyakan keadaan, warna kulit akan beransur-ansur kembali seperti asal selepas bayi dilahirkan. Bagaimanapun, proses tersebut mungkin mengambil masa dan tidak semestinya berlaku serta-merta.
Kulit jadi gelap ketika hamil berlaku akibat perubahan hormon yang meningkatkan penghasilan pigmen kulit. Keadaan ini dikenali sebagai hiperpigmentasi dan lazim dialami oleh ramai wanita sepanjang kehamilan.
Ketika hamil, tubuh mengalami perubahan hormon yang sangat besar. Peningkatan hormon seperti estrogen dan progesteron boleh merangsang sel penghasil pigmen untuk menghasilkan lebih banyak melanin.
Melanin ialah pigmen semula jadi yang memberikan warna kepada kulit, rambut dan mata. Apabila penghasilannya meningkat, beberapa bahagian tubuh boleh kelihatan lebih gelap berbanding sebelum hamil. Keadaan ini dikenali sebagai hiperpigmentasi.
Jika tompok gelap muncul pada wajah, ia dikenali sebagai melasma atau chloasma. Keadaan yang sering disebut sebagai “topeng kehamilan” ini dilaporkan boleh berlaku dalam sekitar 50 hingga 70 peratus kehamilan.
Tompok tersebut lazimnya berwarna coklat muda, coklat gelap atau kehitaman dan boleh muncul secara sekata pada kedua-dua belah wajah.
Wajah merupakan antara bahagian yang paling mudah mengalami perubahan warna ketika hamil. Tompok melasma biasanya muncul pada dahi, pipi, hidung, bawah mata dan bahagian atas bibir.
Pendedahan kepada cahaya matahari boleh menjadikan tompok tersebut semakin ketara. Walaupun tidak berbahaya, perubahan pada wajah boleh mempengaruhi keyakinan diri sesetengah ibu.
Leher yang menjadi gelap kadangkala disangka berpunca daripada daki atau kurang menjaga kebersihan. Hakikatnya, perubahan tersebut boleh berlaku akibat peningkatan pigmen kulit ketika hamil.
Oleh itu, ibu tidak perlu menyental leher dengan terlalu kuat kerana tindakan itu boleh menyebabkan kulit mengalami iritasi dan menjadi lebih gelap.
Bahagian bawah lengan juga boleh kelihatan lebih gelap sepanjang kehamilan. Selain perubahan hormon, geseran antara kulit, peluh serta penggunaan produk deodoran yang tidak sesuai boleh membuatkan keadaan menjadi lebih ketara.
Pilih pakaian yang tidak terlalu ketat dan hentikan penggunaan produk sekiranya kulit menjadi pedih, gatal atau merengsa.
Puting serta areola, iaitu kawasan kulit di sekeliling puting, biasanya akan menjadi lebih gelap ketika hamil. Perubahan ini dipengaruhi oleh peningkatan hormon estrogen dan progesteron serta penghasilan melanin.
Ia merupakan perubahan normal sebagai sebahagian daripada proses tubuh membuat persediaan untuk kelahiran dan penyusuan.
Kulit pada bahagian kelangkang atau pangkal paha juga boleh menjadi lebih gelap. Selain faktor hormon, pertambahan berat badan boleh meningkatkan geseran antara kulit sehingga menyebabkan kawasan tersebut bertambah gelap.
Elakkan menggosok kulit dengan kasar atau menggunakan produk pemutih tanpa mendapatkan nasihat doktor.
Ibu boleh membantu mengawal perubahan warna kulit dengan memakai pelindung matahari berspektrum luas sekurang-kurangnya SPF 30, memakai topi dan mengurangkan pendedahan terus kepada cahaya matahari.
Gunakan pencuci serta pelembap yang lembut dan elakkan menyental kawasan gelap secara berlebihan. Pemakanan seimbang yang mengandungi folat atau vitamin B9 penting untuk kesihatan ibu dan perkembangan bayi, tetapi ia bukan rawatan khusus yang terbukti boleh menghilangkan melasma. Suplemen pula perlu diambil mengikut nasihat doktor.
Jangan sewenang-wenangnya menggunakan krim pemutih ketika hamil. Bahan seperti retinoid dan hydroquinone perlu dielakkan sepanjang kehamilan melainkan diarahkan oleh doktor.
Menurut American Academy of Dermatology, kebanyakan perubahan warna kulit berkaitan kehamilan akan semakin pudar selepas bersalin. Namun, ada juga yang mengambil masa lebih lama atau kekal. Sekiranya tompok berubah secara luar biasa, terasa sakit, gatal, bersisik atau tidak berkurangan selepas bersalin, dapatkan pemeriksaan doktor atau pakar dermatologi.
Kulit jadi gelap ketika hamil merupakan perubahan normal yang berlaku akibat peningkatan hormon dan penghasilan melanin. Walaupun keadaan ini boleh menjejaskan keyakinan diri, ia lazimnya tidak berbahaya dan akan beransur pulih selepas bersalin.
Penjagaan kulit yang lembut, perlindungan daripada cahaya matahari serta mendapatkan nasihat doktor sekiranya terdapat perubahan luar biasa dapat membantu memastikan kesihatan kulit ibu sentiasa terpelihara sepanjang kehamilan.
Anak akan dapat akaun Simpan SSPN bernilai RM30, goodies istimewa dan sijil penyertaan. Sambil bermain, dapat hadiah! Daftarkan anak segera di: https://www.majalahpama.my/edutainment-fest/
Ovarian cysts kerap berlaku di kalangan wanita muda dan kebanyakan daripada mereka tidak menyedari bahawa mereka mengalaminya. Ovarian cyst boleh menjadi tumor dan bukan tumor.
Ovarian cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/ air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.
Persoalannya adakah cyst boleh mengecut? Ternyata ada beberapa cara untuk mengecutkan cyst ovarian yang mungkin diluar pengetahuan kita. Malah, ianya boleh diamalkan dalam kehidupan seharian tanpa perlu melibatkan kos rawatan yang tinggi.
Berdasarkan pengalaman dari Hariza Azmi dia ada memberikan tip makanan yang perlu dielakkan untuk memastikan cyst tidak berulang kembali.
3 tahun lepas aku operate buang cyst. Lepas 1 tahun cyst tumbuh balik. So buat checkup 6 bulan sekali. Tuppp aku stop pergi checkup, kononnya sihat la teww.
Okey petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan Dr macam kita sembang ngan kawan.
Okey girls. Dengar ni nasihat aku ni. Korang taknak dengar lantaklaa. Kalau sayangkan rahim tu. Sila baca dan hadam.
1.Jangan makan apa-apa suppliment termasuk pil putih pil kecut jerawat dan whatever jenis suppliment. NEVER girls ! Dalam badan kita dah ada estrogen. ( rasanya mcm aku dgr estrogen ). Makan lagi suppliment menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat cyst ni asal dia dari hormon.
2. Jangan minum soya. Nasib baik aku bukan peminat soya.
3. Kurangkan makan ayam.
4. Banyakkan makan ikan & sayur . Ikan Parang tak boleh makan.
5. Amalkan pemakanan yang sihat
6. NO FAST FOOD
7. NO makanan dalam Tin ( tuna, sardin etc )
8. NO STRESS
Please checkup at least 6 bulan sekali. Jangan ko berani nak bagi alasan, ala malu la. Kalau kena dengan Dr laki macam mana. Jawab aku ” Abah kau ! Malu konon “.
Dah memang reality Dr O&G ni banyak lelaki, terima je la. Ak dari dulu Dr laki yang check. Ko ingat tak malu?? Tapi nak buat macam mana. Hakak redho jela. Nasib tadi Dr perempuan yang check.
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik. Hatta ada kkm sekalipon. Mudah sungguh orang kita percaya ngan kkm tu. Ntah betul ke tidak heheh. Ingat girls. Jangan menyesal.