Pelakon, Catriona Ross meluahkan rasa syukurnya apabila melihat perkembangan terkini anak lelaki autistiknya yang kini sudah pun berusia 13 tahun.
Tidak mudah untuk dilalui namun ia pengalaman paling membahagiakan buat dirinya dalam membesarkan anaknya itu. Begitu kongsi Catriona menerusi Instagramnya.
Bersempena hari lahir anak lelakinya, Jammal Raess yang kini berusia 13 tahun, ibu cantik jelita ini menitipkan ucapan istimewa buat jantung hatinya itu malah sempat meluahkan rasa hatinya sepanjang perjalanan membesarkan Raess.
“Sudah 13 tahun hari ini dan saya masih tertanya-tanya bagaimana masa berlalu begitu pantas. Sekelip mata saja, kini ada seorang lagi remaja di dalam rumah,” luahnya sebak.
Akuinya, perjalanan membesarkan anak autistik bukanlah satu jalan yang mudah.
Ads
Bermula pencarian tanpa henti untuk pusat intervensi terbaik serta hari-hari yang dipenuhi persoalan tanpa jawapan. Ia bukan perjuangan satu hari dua, tetapi perjuangan hidup yang penuh kasih dan tekad demi membesarkan Raess.
“Masih segar dalam ingatan saat kami diberitahu dia Autistik. Saya masih ingat pencarian yang tiada kesudahan untuk pusat yang sesuai, malam-malam tanpa tidur, soalan-soalan yang tiada jawapan. Tapi kini, 13 tahun telah berlalu.
“Kata dunia, mungkin dia kurang mampu berbuat segalanya. Tapi bagi kami, dia cukup sempurna. Melalui kaca mata manusia biasa, mungkin sukar memahami seseorang yang tidak berbicara. Tapi Alhamdulillah… for those who truly know him, we understand each other, in ways words could never express.
Ads
“Happy 13th birthday, sayang. You are our miracle in motion,” tulisnya menerusi kapsyennya.
Catriona turut berkongsi sambutan hari jadi Jammal Raess di sekolah bersama rakan-rakan dan guru-gurunya.
Suasana mungkin ringkas, tetapi cukup untuk menggambarkan betapa dia kini membesar dalam dunia yang penuh kasih sayang dari kedua ibu bapa serta insan-insan sekeliling yang sentiasa menyokongnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada lagi sebarang pertikaian. Aktivis kemanusiaan, Mizz Nina mengesahkan dia mempunyai dokumen lengkap sebagai penjaga yang sah kepada anak angkatnya, Musa malah tidak mahu hal itu dibangkitkan lagi.
Nina hadir ke mahkamah hari ini bagi menghormati prosedur mahkamah malah tampil mengesahkan dokumen pengangkatan dimana tidak tertulis nama bekas suaminya, Noh.
“Jadi, dengan ada dokumen ini bermaksud tiada pertikaian.
“Saya tegaskan tiada lagi pertikaian sebab ini bukan kes hak penjagaan dan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang lengkap,” katanya.
Malah akui Nina lagi, dia mahu anak angkatnya itu membesar dengan baik disamping orang-orang yang menyayanginya.
“Musa ada mama dan baba, dia juga ada keluarga besar, jiran, persekolahannya dan semua orang yang sayangkannya.
“Jadi, saya mahu Musa dibesarkan dengan cara terbaik,” katanya.
Hak penjagaan penuh pada Mizz Nina
Sementara itu, peguam Mizz Nina iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan berkata Mizz Nina adalah ibu angkat Musa yang sah dan tiada isu berbangkit kerana kes kedua-dua kes sudah rasmi ditarik balik.
“Hak anak angkat juga sudah diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina, jadi tiada isu seperti kes hak penjagaan.
“Ini kes anak angkat bila anak angkat itu sudah diberikan kepada Mizz Nina sepenuhnya, jadi tiada siapa boleh melawat.
“Keputusan muktamad adalah ibu kandung Musa memutuskan untuk memberi hak penjagaan penuh kepada Mizz Nina,” katanya lagi.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Bahagian undang-undang Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang mengambil langkah untuk memfailkan kebankrapan terhadap pelakon terkenal, Rozita Che Wan, 51, atau Che Ta, bersama anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, selepas gagal melunaskan pinjaman berjumlah hampir RM1 juta yang tertunggak sejak tahun 2017.
Tiada siapa yang mahu hidupnya diuji dengan dugaan sebesar ini. Di sebalik kemelut yang berlaku, pasti berat untuk Cha Ta dan anaknya memikul beban ini, apatah lagi dengan pandangan serta tekanan daripada masyarakat.
Dalam pada itu, tindakan tersebut adalah langkah susulan oleh MARA selepas selebriti itu gagal menyelesaikan hutangnya selama tujuh tahun, meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan semula bayaran termasuk membawa kes ini ke peringkat mahkamah.
Difahamkan, pinjaman MARA sebanyak RM960,000 itu dibuat oleh syarikat milik Rozita, RCW Worldwide Sdn Bhd, dengan Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy, bertindak sebagai penjamin.
Menurut maklumat, pada Julai tahun lalu, MARA telah memfailkan notis kebankrapan terhadap Rozita dan anaknya. Namun, notis tersebut terpaksa ditarik balik pada bulan lalu akibat isu teknikal sebelum tindakan Writ Penyitaan dan Penjualan (WSS) ke atas harta milik pelakon itu dilaksanakan pada Selasa lalu.
Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tindakan kebankrapan kali ini hanya akan dihentikan jika Rozita membayar sepenuhnya pinjaman itu susulan MARA tidak lagi memberi pelanjutan tempoh pembayaran hutang terbabit selepas mahkamah membuat keputusan muktamad mengenainya.
Beliau berkata, tindakan itu adalah proses sama yang diambil MARA terhadap mana-mana peminjam yang enggan atau gagal melunaskan hutang mereka seperti terkandung dalam perjanjian ditandatangani selepas pelbagai pemudah cara pembayaran diberikan.
“Saya sudah mengarahkan bahagian undang-undang MARA mengambil tindakan muflis terhadap pelakon itu kerana kita sudah memberi tempoh secukupnya untuk beliau melunaskan hutang pinjaman hampir RM1 juta yang dibuatnya sejak tujuh tahun lalu.
“Tiada siapa boleh menghalang tindakan MARA ini kerana ia perintah mahkamah. Sebenarnya, kita tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas atau memilih bulu dalam tindakan dilakukan.
“Ini kerana MARA terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang, malah sebelum sebarang tindakan perundangan dilakukan, nilai ‘ihsan’ juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam yang bermasalah untuk datang ke MARA berunding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka,” katanya kepada BH, hari ini.
Asyraf Wajdi berkata, tindakan perundangan adalah jalan terakhir diambil pihaknya jika semua usaha dilakukan MARA untuk pembayaran semula pinjaman tidak diendahkan peminjam dan ketegasan ini bagi memastikan setiap sen wang rakyat dapat dikutip semula untuk manfaat orang lain pula.
Beliau berkata, MARA sebelum itu sudah membuka pintu rundingan supaya penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman dapat dilakukan jika mereka menghadapi masalah.
“Bagaimanapun, bagi kes pelakon ini, saya difahamkan dia tidak memberi kerjasama sepatutnya, malah kes berlarutan lama kerana banyak kali mahkamah ditangguhkan kerana dia membuat pertukaran peguam,” katanya.
Mengulas serbuan dibuat di rumah Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya, Asyraf Wajdi berkata, ia susulan alamat yang tertera pada perjanjian ditandatangani dengan MARA membabitkan rumah berkenaan.
“Nilai sebenar barangan yang disita dari rumah itu pula hanya diketahui selepas lelongan dibuat nanti. Setakat ini, jumlah itu jauh lebih rendah daripada hutang sebenar yang perlu dibayarnya kepada MARA,” katanya.
Jumlah pinjaman RM960,000
Sementara itu, sumber berkata, pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat di MARA Selangor dengan pelakon itu dan anaknya sebagai penjamin, selain simpanan tetap RM80,000 dijadikan cagaran.
Bagaimanapun, katanya, simpanan tetap itu sudah dicairkan MARA sebelum ini.
“Tidak dinafikan pelakon itu pernah beberapa kali memohon untuk mengurangkan bayaran pinjaman dan membuat penjadualan semula, tetapi selepas itu dia senyap begitu saja.
“Penghakiman terhadap Rozita dan anaknya dibuat mahkamah pada Mei tahun lalu. Peguam Rozita juga ada menghubungi MARA tetapi arahan yang diterima ialah pelakon terbabit perlu melunaskan hutang itu sepenuhnya,” katanya.
Sumber berkata, antara barangan yang disita di rumah Rozita pada Selasa lalu termasuk sebuah kereta, perabot, kasut dan peralatan rumah.
Katanya, mereka hanya menunggu tarikh daripada mahkamah untuk melakukan lelongan barangan berkenaan yang akan ditentukan kemudia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu mana yang tak tercalar bila lihat anak dikasari di sekolah. Kes tular seorang kanak-kanak yang dikasari seorang pengasuh di sebuah tadika turut mengundang kemarahan pelakon dan pengacara, Elly Mazlein.
Elly yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengakui amat terkesan selepas menonton video yang tular beberapa hari lalu.
Bahkan kata Elly, kerjaya mengasuh dan mendidik kanak-kanak di sekolah perlukan kesabaran yang tinggi dan tidak sewenang-wenangnya memegang amanah itu.
“Kalau nak jaga budak, kau kena bersabar. Kalau kena dekat anak-anak aku, lunyai kau ni. Hal lain no last, no 1 kau lunyai dulu.
“Aku ni menggelegak je tengok & baca. Apa nak jadi la orang sekarang ni. Kesal,” tulisnya tegas menerusi Instagramnya.
Bahkan kata Elly lagi menerusi perkongsiannya di Instagramnya, setiap sekolah perlu mempunyai CCTV yang lengkap serta guru-guru yang berpengalaman selayaknya.
Malah turut mengesyorkan beberapa panduan terbaik agar amanah menjaga anak-anak dapat dilaksanakan dengan telus.
Perkongsian dari Elly itu sudah semestinya mendapat sokongan wargamaya.
“Wajibkan semua ada nursery ada CCTV. Ibu bapa berhak untuk tengok. Kalau tak dibenarkan tengok, kau dah kenapa tak bagi tengok? Memang sesuatu.
“Pekerja harus kursus, jangan nak kaut untung saja, main ambil je pekerja tak ada pengalaman.
“Pekerja pun harus ada minat dalam kerja menjaga anak. Bukan main tangkap muat je. Lepas tu suka-suka hati kau je tak boleh salahkan sekolah.
“Sekolah harus bertanggungjawab sebab mereka yang ambil pekerja sampah macam ni,” tulisnya lagi.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...