Semua ibu bapa mengimpikan anak mereka membesar sihat dan bijak. Cabaran membesarkan anak di zaman millennial bukan perkara yang mudah.

Perlu diingatkan yang perkembangan otak sahaja tidak cukup untuk jadi penentu kejayaan si kecil di masa hadapan. Tetapi mereka perlu mempersiapkan anak dengan pelbagai kemahiran bagi menghadapi cabaran masa hadapan. Dalam masa yang sama ada beberapa faktor yang ibu bapa tidak boleh abaikan dalam membesarkan Si Manja.

1. Jangan abaikan kesihatan dan kegembiraan anak

Perkembangan Otak Sahaja Tak Cukup Jadi Penentu Kejayaan Si Kecil Di Masa Hadapan, Kena Lengkap 360ᵒ

Dalam usaha kita membesarkan anak berhadapan cabaran masa hadapan, jangan sekali-kali mengabaikan faktor kesihatan dan kegembiraan mereka.  Ini kerana kanak-kanak yang membesar dalam suasana gembira dan tanpa tekanan akan lebih mudah belajar banyak perkara.

Bila badan cergas maka otak pun akan cerdas. Kanak-kanak yang aktif dapat belajar banyak perkara, sentiasa bersemangat dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Kanak-kanak secara semula jadi mempunyai perasaan ingin tahu apa sahaja yang ada di sekeliling mereka.

2. Memiliki otak yang bijak sahaja tidak mencukupi untuk berjaya di masa hadapan

Perkembangan Otak Sahaja Tak Cukup Jadi Penentu Kejayaan Si Kecil Di Masa Hadapan, Kena Lengkap 360ᵒ

Memiliki anak yang bijak adalah satu bonus tetapi otak yang bijak sahaja tidak mencukupi untuk berjaya di masa hadapan. Erti kejayaan sebenar merangkumi pelbagai aspek termasuk sokongan daripada ibu bapa, rangsangan yang diterima, pendedahan kepada kemahiran asas hidup seperti pengurusan diri sendiri, pengurusan asas kerja rumah dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak sejak kecil.

Ibu bapa mungkin sudah biasa mendengar maklumat tentang kepentingan DHA untuk perkembangan otak anak tetapi sebenarnya Si Manja perlukan lebih daripada sekadar DHA untuk merangsang otaknya. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu anak mencapai tahap perkembangan optimum dalam kehidupan mereka. Kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa membantu tumbesaran positif perkembangan anak.

IKLAN

 

3. Kepentingan menjaga kesihatan diri sebelum menjadi seorang yang celik minda

Perkembangan Otak Sahaja Tak Cukup Jadi Penentu Kejayaan Si Kecil Di Masa Hadapan, Kena Lengkap 360ᵒ

Kesihatan merupakan aspek paling penting dalam kehidupan. Jika si kecil selalu tidak sihat maka ia akan menjejaskan perkembangan fizikal dan mindanya. Badan yang sihat akan mempengaruhi keseluruhan perkembangan tubuh badan. Kesihatan usus berkait rapat dengan sistem penghadaman, imuniti seterusnya fizikal yang sihat.

Kesihatan fizikal, imuniti dan penghadaman adalah asas kepada tubuh yang sihat. Bila tubuh anak kita sihat dan jarang sakit barulah otaknya lebih cepat berkembang.

Memandangkan anak-anak masih kecil, sistem imuniti mereka tidak sekuat orang dewasa. Oleh itu ibu bapa perlu lebih peka dengan tahap kesihatan anak. Anda perlu lakukan beberapa cara untuk memastikan tahap imuniti badan anak berada pada tahap paling maksimum.

IKLAN

 

4. Jangan dilupakan faktor perkembangan sosial turut penting untuk membina keyakinan diri, sikap berdikari dan mudah bergaul anak kita

Perkembangan Otak Sahaja Tak Cukup Jadi Penentu Kejayaan Si Kecil Di Masa Hadapan, Kena Lengkap 360ᵒ

Mengajar anak berdikari seawal usia juga penting membantu perkembangan IQ mereka. Menurut Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli, penting untuk mengajar anak kemahiran menguruskan diri  kerana mereka akan mendapat faedah berikut:

  • Mudah menguruskan emosi
  • Mudah bergaul dengan rakan
  • Tahu mempertahankan diri dari dibuli
  • Berdisiplin dan teratur dalam menyiapkan tugasan
  • Tahu tanggungjawab di sekolah dan di rumah
  • Mudah berempati dengan orang lain
  • Boleh berbincang jika tidak dapat apa yang diinginkan
  • Mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi

5. Pemakanan yang sihat membantu ibu mempersiapkan anak membesar sihat fizikal dan dalaman

IKLAN

Perkembangan Otak Sahaja Tak Cukup Jadi Penentu Kejayaan Si Kecil Di Masa Hadapan, Kena Lengkap 360ᵒ

Makanan turut memainkan peranan penting untuk mempersiapkan anak membesar sihat dan cerdas. Amalkan pemakanan seimbang, berkhasiat dan elakkan memberi anak makan makanan tidak berkhasiat. Pemilihan susu adalah salah satu daripada langkah utama untuk mencapai misi tersebut.

Susu Dumex Dugro® NextGen NUTRI menyokong keperluan nutrisi diperlukan oleh generasi masa hadapan yang menyokong PERKEMBANGAN 360ᵒ   setiap kanak-kanak bersama kasih sayang anda untuk mudah belajar, sihat fizikal dan mampu bersosial dengan ramai orang

Dumex Dugro® NextGen NUTRI mengandungi:

DHA Tertinggi**, Tinggi Zat Besi & Vitamin C, DHA yang banyak ditemui di dalam otak, manakala Zat Besi membantu pembentukan sel darah merah dan Vitamin C menyumbang dalam penyerapan Zat Besi daripada makanan.

**Berdasarkan kandungan DHA/100G dalam kategori umur 1-6 tahun, dalam lingkungan harga yang sama (<RM35/KG), Nielsen syer >9% sebagaimana pada Januari 2020.

  • Tinggi Kalsium & Vitamin D. Kalsium membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat, manakala Vitamin D menggalakkan penyerapan Kalsium
  • Vitamin A membantu menjaga kesihatan kulit dan membran mukus dan penting untuk fungsi mata.
  • Vitamin E melindungi lemak dalam tisu badan dari pengoksidaan
  • Inulin adalah sejenis serat yang berasaskan sumber semulajadi
  • Tanpa Sukrosa

Ibu boleh dapatkan sample percuma Dumex Dugro® NextGen NUTRI untuk merasai kebaikannya dengan klik di sini  atau layari dugro.com.my untuk ketahui lebih lanjut.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI