Perlu Berperang Untuk Tidur Malam? Elakkan 6 Kesilapan Ini Kalau Nak Bayi Senang Tidur

Ada ketikanya, mama dan papa perlu berperang untuk tidurkan bayi. Susahnya mereka nak tidur, apa puncanya?

Apabila anak menjangkau usia 9 hingga 12 bulan dan ke atas, banyak perubahan yang berlaku. Selain perubahan pada fizikal yang semakin ketara dan lebih aktif, tidur malam juga kerap tertunda. Ia berkemungkinan disebabkan oleh beberapa kesilapan yang dilakukan oleh mama dan papa tanpa disedari.

Tidur amat mustahak untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak. Otak mereka berkembang semasa tidur! Maka elakkan melakukan enam kesilapan ini bagi mengelakkan mama dan papa perlu memaksanya tidur setiap malam.

6 KESILAPAN PERLU ELAK JIKA MAHU ANAK SENANG TIDUR

1.Tidur siang terlalu lama

Ini menjadi salah satu punca utama masalah sukar tidur malam. Apabila bayi tidur siang terutamanya pada waktu petang terlalu lama, mereka akan rasa segar, tidak mengantuk dan bertenaga pada malam hari.

Ia akan menyebabkan sama ada mama dan papa perlu membiarkan anak bermain sehingga mengantuk sendiri awal pagi atau perlu berperang untuk memaksanya tidur dengan cara paksaan yang mana perlu dielakkan. Pesan kepada pengasuh anda untuk tidak membiarkan bayi tidur terlalu lama supaya dia mudah tidur pada waktu malam.

2.Persekitaran bising dan terlalu cerah

Suasana bising dan keadaan pencahayaan yang terlalu cerah boleh menjadi sebab kenapa bagi sukar untuk tidur pada waktu malam. Seelok-eloknya wujudkan suasana yang cosy apabila waktu tidur anak kian hampir. Malapkan pencahayaan dengan memasang lampu meja dan memadamkan lampu siling. Matikan TV dan gajet sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu tidurnya.

3.Terlebih rangsangan

Elakkan melakukan aktiviti rangsangan seperti bermain permainan yang melibatkan pergerakan fizikal yang aktif dengannya supaya pergerakan badan mula perlahan dan bersedia untuk tidur.

4.Elakkan bergantung kepada alatan

Peralatan seperti buaian seringkali menyebabkan kebergantungan. Kalau tak ada alatan ini, bayi tidak mahu tidur atau amat susah untuk melelapkan mata. Jadi, kalau anda tidak mahu pergantungan pada kemudian hari, elakkan dari membiasakan bayi dengan buaian daripada awal lagi.

5.Elakkan bergantung kepada pergerakan

Membiasakan bayi didodoikan dengan didukung atau didodoikan dengan cara pergerakan. Apabila tidak dapat dua cara ini, ia boleh jadi punca bayi sukar untuk tidur. Seelok-eloknya biarkan bayi tidur di atas tilam. Paling tidak, mama dan papa hanya menepuk pahanya sehingga tertidur.

6.Tiada ada rutin tidur yang tetap

Bayi tidak mempunyai rutin tidur yang tetap akan mengalami masalah untuk tidur. Mama dan papa perlu wujudkan rutin tidur bagi memudahkan mereka tidur. Tapi perkara ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat. Rutin tidur yang seelok-eloknya mula diciptakan pada seawal selepas pantang. Misalnya selepas mandi malam, disusukan malam dan kemudian tidur. Patuhilah rutin ini bertegaslah untuk mengelakkan berperang untuk tidur di waktu malam.

 

 

 

IKLAN

Azma ML

Recent Posts

Hilang Dahaga, 5 Resipi Air Sesuai Untuk Dihidang Di Hari Raya. Memang Lazat!

Walaupun kita beraya dalam keadaan pandemik COVID-19, namun jangan pula kita tidak

5 hours ago

Baca Al-Fatihah, Ulang Ayat Kursi 7x Sebelum Hantar Anak Pada Pengasuh, Mohon Tuhan Lindung Anak

Semalam kita digemparkan dengan berita yang sangat menyayat hati apabila polis mengesahkan

5 hours ago

Ingatkan Prihatin, Sebenarnya Ibu Ayah Kawal Semua Benda. Anak Tak Pandai Berdikari, Emosi Terganggu!

Sebagai ibu ayah, sudah menjadi lumrah kita menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Kalau boleh tak

9 hours ago

Tip Nak Nasi Impit Cantik & Licin Buat Macam Ni! Tak Perlu Kacau Banyak Kali Pun

Hari raya kalau tiada hidangan nasi impit dengan kuah kacang ibaratnya macam tak lengkap. Jadinya

9 hours ago

Buat Yang Menanti Kehadiran Anak, Bacalah Doa Ini Setiap Hari. Moga Ada Berita Gembira

Jodoh, zuriat, rezeki dan kematian semuanya rahsia Allah. Kita tak tahu pun tetapi bila sampai

10 hours ago

“Tidur Awal-Awal, Adik Datang Kejut”. Sebak Dengar Pesanan Anak Ziarah Kubur Ayah

Kehilangan insan yang tersayang adalah rindu yang tiada penghujungnya. Tambah lagi bagi anak kecil yang

11 hours ago