Permohonan program matrikulasi Sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Disember. Permohonan fasa satu untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, dibuka bermula 1 Disember ini hingga 28 Februari 2025.
Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Dibuka Mulai 1 Disember
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan fasa dua dan proses pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.
Menurut kenyataan itu, permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my Keputusan permohonan akan dikeluarkan Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan.
“Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM,” menurut kenyataan itu.
Melalui laporan Suara Merdeka, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam menarik semula kenyataannya di Dewan Negara selepas tersilap menyebut nama bapa kepada salah seorang remaja yang dikaitkan dengan kes buli melibatkan Allahyarham Zara Qairina.
Menurut Saifuddin, beliau mengakui kekhilafan itu ketika menjawab soalan lisan pada 18 Ogos lalu dan mengesahkan perkara tersebut semasa membentangkan laporan penuh perubatan kes Zara di Dewan Negara.
“Saya akui khilaf apabila menyebut nama terbabit. Saya tarik balik kenyataan itu,” jelas beliau.
Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa doktor yang merawat pelajar Tingkatan Satu tersebut telah menyediakan laporan perubatan lengkap berhubung keadaan mangsa selepas kematian. Sebelum ini, Saifuddin turut menegaskan bahawa tiada campur tangan VVIP dalam siasatan kes berkenaan di Sabah.
Isu ini bukan sahaja mengundang perhatian kerana melibatkan tokoh pemimpin, tetapi juga kerana ia menyentuh soal anak-anak remaja dan bagaimana nama baik keluarga boleh terpalit hanya dengan sedikit salah faham.
Video urus jenazah bayi, menteri agama tegur pengendali pengurusan jenazah. Semua pihak yang terbabit dalam proses pengurusan jenazah diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menyiarkan video sensitif, termasuk urusan memandikan jenazah menerusi media sosial.
Video Urus Jenazah Bayi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menegaskan tindakan itu tidak wajar dilakukan kerana ia boleh menyebabkan keaiban kepada si mati atau keluarganya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. – Foto BERNAMA.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. – Foto BERNAMA.
“SEMUA PIHAK DISERU SUPAYA TIDAK SEWENANG-WENANGNYA MENYIARKAN VIDEO PROSES URUSAN MANDI DAN PENGURUSAN JENAZAH KERANA IA MEMBABITKAN KEMULIAAN INSAN (KARAMAH INSANIAH) YANG PERLU DIJAGA SEBAIK-BAIKNYA.
“Bahkan Baginda Rasulullah SAW memberikan peringatan supaya sentiasa berlaku ehsan serta tidak mematahkan tulang jenazah. Dalam satu hadis Riwayat Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya mematahkan tulang orang beriman yang mati seperti mematahkan tulang orang beriman yang masih hidup,” katanya.
Menteri Agama Tegur Pengendali Pengurusan Jenazah
Mohd Naím turut berkongsi firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan” (Al-Isra’:70)
BELIAU MENGULAS KECAMAN RAMAI PIHAK TERHADAP SEBUAH BADAN PENGURUSAN JENAZAH YANG BERKONGSI SIARAN LANGSUNG DI FACEBOOK PROSES MEMANDIKAN JENAZAH SEORANG BAYI LELAKI DINAMAKAN ADHAM YANG DIKEBUMIKAN SELEPAS 16 HARI ‘DITAHAN’ DI SEBUAH HOSPITAL SWASTA.
Susulan perkongsian itu, ramai netizen yang memberi respons antaranya meminta video terbabit dipadamkan kerana boleh menimbulkan salah faham, kekeliruan dan keaiban kepada ahli keluarga bayi itu.
Difahamkan, bayi terbabit dilahirkan tidak sempurna tanpa sebelah mata, hidung dan lubang dubur sebelum meninggal dunia beberapa minit selepas kelahiran.
Bagaimanapun, kontroversi timbul susulan pendedahan pihak yang menguruskan jenazah bayi berkenaan yang mendakwa pihak hospital tidak membenarkan jenazah bayi itu dituntut memandangkan terdapat tunggakan bil rawatan.
Kredit foto: Facebook Mr Wan Cai Official
Mengulas lanjut, Na’im turut meminta semua pihak berkaitan supaya merujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri dalam hal pengurusan jenazah.
“Secara umumnya, pihak berkuasa agama Islam negeri iaitu Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri sudah mempunyai panduan pengurusan jenazah.
“Semua pihak adalah dimohon untuk sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa agama Islam dalam hal pengurusan jenazah agar semuanya dilaksanakan dengan baik dan sempurna,” katanya.
Facebook Mr Wan Cai Official
Mengenai kes bayi berkenaan, beliau meminta semua pihak bertenang memandangkan ketika ini ia masih di bawah siasatan polis, Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak berkuasa agama Islam negeri.
“Saya ingin menasihatkan semua pihak untuk tidak lagi menyiarkan video tular pengurusan jenazah bayi yang sudah mengeras kerana disimpan lama dalam peti sejuk beku sebuah hospital.
“Kita perlu menjaga aib si mati serta tidak mengguris hati mana-mana pihak yang sedang berada dalam kesedihan. Ini adalah akhlak yang diajar dalam Islam,” katanya.
Lapan pasangan kembar buat cikgu selalu keliru gara-gara semua belajar satu sekolah. Sebuah Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India telah menarik perhatian orang ramai selepas tular kisah lapan pasangan kembar belajar di sekolah tersebut.
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru. Kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar yang tidak membuat kerja sekolah.
Guru Besar, H Lalventluanga berkata, kemasukan lapan pasangan kembar itu sekali gus memecah rekod sekolah itu, yang sebelum ini pernah merekodkan pendaftaran empat pasangan kembar.
Lapan pasangan kembar bergambar dengan guru di Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India. Foto Agensi
Lapan pasangan kembar bergambar dengan guru di Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India. Foto Agensi
“Kebetulan semua kanak-kanak kembar ini dimasukkan ke sekolah ini bersama-sama.
“Kami gembira apabila mengetahuinya ketika perbincangan dengan kakitangan bahawa kami mempunyai lapan pasangan kembar dalam satu sekolah,” katanya sambil menambah mereka mempunyai empat pasangan kembar pada tahun lepas.
Menariknya, Lalventluanga juga mempunyai anak kembar tidak seiras di sekolah sama di mana anak lelakinya bernama Remruatdika dan yang perempuan, Lalzarzovi, akan berusia lima tahun pada 21 Julai depan.
Situasi sama turut berlaku di Sekolah Arena di Udaipur, Rajasthan di mana 14 pasangan kembar belajar di sekolah sama. –
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.