Menjadi kebiasaan kita anak-anak akan membelikan barangan untuk kegunaan ibu bapa di kampung. Tak kiralah dari sekecil-kecil barang hinggalah sebesar-besar barang. Memang niat kita untuk memberi kesenangan pada kedua ibu bapa kita.
Namun apabila mereka telah meninggal dunia, pasti kita merasakan barangan yang pernah kita berikan itu adalah hak milik kita bukan? Maka ramailah yang akan ambil kembali barang tersebut. Namun menurut perkongsian Ustaz Ahmad Nassri Ibrahim, haram jika kita mengambil kembali barang yang pernah kita berikan pada mereka kerana barang tersebut termasuk dalam harta pusaka peninggalan arwah.
Ads
“Periuk eletrik, peti ais, dapur, almari dan lain-lain perabot kita beli dan bagi kepada orang tua (ibu bapa).”
“Bila mereka meninggal dunia kita ambil balik pemberian sebab kita kata itu semua kita yang belikan untuk ibu.”
Ads
“HARAM tu tuan-tuan.”
“Barang-barang tu dah jadi pusaka. Tidak boleh ambil sebelum mendapat keizinan semua waris. Jangan suka-suka kita main ambil balik sebab ada hak waris lain dalam harta pusaka tu. Barang yang dah bagi dekat orang bukan milik kita lagi. Lain keadaannya kalu kita hanya bagi orang tua pinjam.”
Ads
“Jika was-was dan bimbang termakan harta batil dari harta pusaka, lebih baik kita rujuk kepada yang pakar. Kami adalah syarikat amanah wasiyyah shoppe berhad adalah pakar dalam pengurusan harta pusaka.”
Jika kita pernah mengambil kembali barangan tersebut, minta ahli keluarga untuk halalkan bahagian yang telah kita ambil. Semoga rezeki kita semua sentiasa diberkati oleh-Nya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kepiluan seorang ibu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila kereta yang dipandunya secara tidak sengaja menyeret anak lelaki bongsunya yang berusia tiga tahun hingga mengakibatkan kanak-kakak berkenaan maut di Jalan Ketapang, Taman Rinting, Masai di sini.
Rakan keluarga itu yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari, apabila kereta yang dipandu wanita itu bergerak dari rumah keluarga untuk berniaga makanan ringan berhampiran sebuah sekolah.
Menurutnya, ibu mangsa berusia 30-an menjangka anak bongsunya daripada lima beradik berada di dalam rumah.
Katanya, ketika kejadian bapa mangsa turut berada di rumah.
“Ibu mangsa yang memandu PERODUA Alza hanya menyedari kejadian selepas memandu lebih 10 meter ke hadapan.
“Apabila ibu mangsa turun dari kenderaan kerana menjangka terdapat objek yang tersangkut, dia terkejut mendapati anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Penawar Pasir Gudang, namun amat menyayatkan hati apabila anaknya itu tidak dapat diselamatkan.
“Ibu mangsa pilu dengan apa yang berlaku dan sebagai wanita dan rakan wanita berkenaan saya dapat merasakan perasaan kepiluan dan trauma dialaminya,”katanya.
Sementara itu, ibu mangsa berkata, dia pada awalnya menjangka kenderaannya menyeret sampah yang tersangkut di bahagian bumper.
Menurutnya, dia terkejut mendapati anaknya berada di bawah bumper dalam keadaan tidak bermaya.
“Saya masih keliru dengan apa yang berlaku kerana ketika keluar, anak masih di dalam kawasan rumah,” katanya ketika dihubungi.
Suasana pilu turut menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), apabila ibu mangsa turut membawa bekalan susu yang biasa dibancuh untuk mangsa.
Malah beberapa kenalan keluarga mangsa juga hadir ke Jabatan Forensik bagi memberi sokongan moral kepada ibu mangsa supaya tabah menghadapi dugaan berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Norazam Shaari mengesahkan kejadian berkenaan.
“Ketika ibu mangsa memandu bergerak dari rumah, dia merasakan sesuatu berada di bawah bumper kenderaannya.
“Apabila wanita berkenaan turun dari kenderaan mendapati anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.
“Mangsa dibawa ke Hospital Penawar Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.
Perlu Berwaspada, Peka Keadaan Sekelililing
Dalam hal sebegini, mencari kesalahan sesiapa bukanlah penyelesaiannya walaupun ia dikira kecuaian ibu bapa itu sendiri.
Di sini pentingnya sikap berhati-hati. Kejadian nak berlaku sekelip mata sahaja tapi kita sebagai orang dewasa mungkin perlu lebih beringat dan berwaspada.
Sikap suka tergesa-gesa memandu kereta keluar dari rumah menyumbang kepada kegagalan ibu bapa untuk memastikan keadaan sekitar berada dalam keadaan selamat sebelum menggerakkan kenderaan.
Sikap semula jadi kanak-kanak juga boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan tersebut.
Memang sifat semula jadi kanak-kanak yang berasa teruja jika melihat ibu bapanya. Tidak kurang ada juga kanak-kanak yang begitu aktif dan agak nakal.
Namun, ini bukanlah alasan bagi kita untuk membiarkan mereka tanpa sebarang pengawasan.
Zon buta
Faktor luaran seperti keadaan kereta dan persekitaran juga dilihat antara yang boleh menyumbang kepada kes-kes kemalangan sedemikian.
Sekiranya kenderaan tidak dilengkapkan dengan alat pengesan undur kereta, ia akan menyukarkan pemandu untuk mengenal pasti objek yang berada di belakang.
Ini ditambah pula dengan keadaan enjin kereta yang berbunyi bising sehingga tidak dapat mendengar suara lain di sekeliling.
Zon Buta kenderaan turut perlu diambil kira dalam memastikan keadaan di sekitar kenderaan selamat.
Sumber: BH Online & Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi berusia enam bulan meninggal dunia. Laporan polis daripada seorang bapa mengenai kematian bayinya berusia enam bulan akibat kemalangan tidak benar apabila bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan perbuatan jenayah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohamad Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima satu maklumat daripada seorang lelaki iaitu bapa mangsa bahawa bayi lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedar di rumah pada Isnin.
“Namun apabila urusan bedah siasat dilakukan, kecederaan tersebut dapat dikesan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohamad Nasir berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.
Menurut beliau, pihaknya bertindak menahan suspek yang berusia 25 tahun semasa berada di pekarangan Unit Forensik, Hospital Kajang pada Isnin jam 11.30 malam.
Katanya, ujian air kencing ke atas suspek mendapati positif dadah jenis syabu.
Menurutnya, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 April bagi siasatan lanjut.
Seorang bayi lelaki di Nashik, India dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan apabila tercekik pengetip kuku dalam kerongkongnya.
Tertelan ketika sedang bermain
Difahamkan, kejadian berkenaan hanya disedari oleh ibu bapanya selepas mendapati anak berusia lapan bulan itu tertelan objek terbabit sepanjang dua inci ketika sedang bermain.
Bimbang keadaan anaknya menjadi semakin teruk, kedua-dua ibu bapa bergegas membawa kanak-kanak itu ke hospital.
Hampir halang laluan pernafasan
Hasil imbasan sinar-X menunjukkan pengetip kuku tersebut tersekat pada bawah kerongkongnya dan hampir menghalang laluan pernafasan.
Dalam pada itu, Pakar Perubatan, Dr Vasantrao Pawar mengatakan pihaknya berjaya mengeluarkan objek tersebut melalui pembedahan yang mengambil masa selama sejam.
Ujarnya lagi, bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih selepas prosedur pembedahan.