Siapapun kala berdepan dengan dugaan penyakit sehebat kanser pastinya akan merasa sedih dan kecewa. Tertanya-tanya mengapa kita menjadi insan terpilih untuk melalui semua ini. Namun kalimat alhamdulillah menjadi ucapan pertama Ustaz Hanafi kala diberitahu oleh doktor mengenai sakitnya itu.

Tiga tahun lalu, pada 31 Januari 2017, pendakwah bebas ini disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat. Meskipun dugaan ini maha berat untuk dilaluinya, namun Ustaz Hanafi atau Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek menerimanya dengan penuh rasa syukur.

 

Dan kini beliau semakin sihat malah semakin pulih daripada kanser yang dilaluinya.

Pernah Hidap Kanser Tahap 4, Kini Ustaz Hanafi Makin Sihat, Kongsi Formula 5 S Untuk Lawan Kanser!

” Bila saya disahkan mengidap kanser, perkataan pertama yang saya sebut adalah alhamdulillah. Alhamdulillah Ya Allah, syukur kepada Allah. Saya terima dengan hati yang lapang, tenang dan hati yang terbuka.

“Alhamdulillah selepas itu kami terus lakukan pembedahan segera. Saya tak pernah rasa terdetik kenapa saya dipilih Allah.

Apa yang saya buat adalah saya doakan pada Allah, jika Allah nak ambil nikmat yang lain, ambilah tapi saya mohon agar Allah jangan ambil nikmat saya untuk berdakwah dan bersolat jemaah,” katanya berkongsi.

Pernah Hidap Kanser Tahap 4, Kini Ustaz Hanafi Makin Sihat, Kongsi Formula 5 S Untuk Lawan Kanser!

IKLAN

Tak Kisahkan Soal Makan
Dalam pada itu, kata ustaz lagi apa yang dilaluinya adalah satu ujian pada dirinya. Katanya lagi, beliau adalah seorang yang cukup gemar makan dan antara makanan kesukaannya adalah Yong Tau Foo. Malah setiap kali ke mana sahaja, makanan menjadi keutamaannya untuk dicuba.

Sunnah Rasullullah iaitu berhenti makanan sebelum kenyang tidak pernah diikuti dan dijadikan panduan dalam hidupnya. Dan akhirnya kini beliau akur dengan ujian untuk dirinya.

“Saya suka sangat makan fishball, fishcake, crab stick, terlalu banyak benda-benda segera yang saya makan.

” Bila saya berkonvoi, saya cukup suka makan dan mencuba pelbagai jenis makanan” katanya lagi.

Pernah Hidap Kanser Tahap 4, Kini Ustaz Hanafi Makin Sihat, Kongsi Formula 5 S Untuk Lawan Kanser!

Kongsi Formula 5 S & 2 Z
Dalam pada itu, Ustaz Hanafi juga turut berkongsi beberapa tip dan panduan kepada pesakit yang baru disahkan menghidap kanser agar melalui detik ini dengan tenang dan bersyukur sepertinya.

IKLAN

“Syukur atau sabar. Bila kita sebut alhamdulillah, jiwa kita akan menjadi lapang, tenang menerima kenyataan dan ujian, tenang berdepan dengan kanser itu sendiri. Tenang akan datang darupada jiwa yang sentiasa bersyukur.

Bersangka baik. Sentiasalah bersangka baik pada Allah. Apa yang Allah nak bagi selepas itu, untuk apa, pastinya ada sesuatu yang Allah mahu berikan kepada kita.

” Sakit macam mana pun jangan tinggalkan solat. Walaupun saya koma, menurut kata isteri saya, setiap kali tiba azan, saya akan bertayamum dan solat, kemudian saya koma balik. Wallahuallam.

“Seterusnya banyakkan bersedekah dalam hidup kita. Ketika sakit, jemputan berceramah semakin berkurangan. Apa yang saya buat setiap kali solat subuh berjemaah di masjid, saya bersedekah atas nama arwah ibu saya.

“Sedekah ini boleh memadamkan dosa. Mungkin sedekah inilah memadamkan kemurkaan Allah dan menyembuhkan penyakit saya.

IKLAN

Pernah Hidap Kanser Tahap 4, Kini Ustaz Hanafi Makin Sihat, Kongsi Formula 5 S Untuk Lawan Kanser!

“Dan yang terakhir, makanlah makanan yang sihat, pilihlah makanan yang seimbang. Saya bertaubat, saya tak makan lagi seperti dulu, saya makan makanan sihat dan kawal pemakanan saya. Saya juga baca pelbagai buku untuk mengawal kanser melalui pemakanan,” ” katanya berkongsi tip untuk melawan kanser.

Dan selebihnya kalau beliau, lengkapkanlah dengan dua amalan ini iaitu zikir dan ziarah.

“Banyakkanlah berzikir kerana kita tidak tahu bila masa kita mati. Jadi biarlah kita mampu menyebut raja segala zikir iaitu lailahaillallah.

” Banyakkan berziarah. Barang siapa yang bertawakal Allah akan menunjukkan jalan keluar. Wallahuallam,” katanya berkongsi.

Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!

Pernah Hidap Kanser Tahap 4, Kini Ustaz Hanafi Makin Sihat, Kongsi Formula 5 S Untuk Lawan Kanser!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI