Betullah orang kata, semangat seorang wanita ni kuat. Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan, namun berkat kesabaran itu akhirnya pasti dapat kemanisan dipenghujungnya. Tambah pula bila dah ada anak, ia menjadi sumber kekuatan buat wanita bergelar ibu.
Sama jugalah situasi yang dilalui oleh Siti Norhidayah Mohd Ali, balu allahyarham Abam Bocey yang kini dah mula berjaya setelah bangkit selepas kehilangan insan tersayangnya pada 2020. Menjadikan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sebagai kekuatan, kini Hidayah boleh menjadi contoh buat ibu tunggal yang lain.
Ini kerana selepas bertungkus lumus membina kehidupan baru bersama Hamzah dengan menjalankan pelbagai bisnes tanpa mengenal erti penat lelah, Hidayah dah mampu tersenyum kerana berjaya memiliki sebuah kereta idaman yang selesa untuk kegunaannya sekeluarga.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hidayah memuat naik gambarnya dengan Hamzah di depan kereta Vellfire sempena Hari Raya Aidiladha yang lalu.
Dalam perkongsian itu, ramai yang tumpang gembira melihat kehidupan Hidayah dan Hamzah yang makin stabil dan masing-masing mengucapkan alhamdulillah atas kejayaan Hidayah hari ini. Ini membuktikan seorang wanita itu mampu walaupun diuji dengan pelbagai ujian.
Ada yang bertanya mengenai kereta baru tersebut dan jawapan Hidayah ia adalah hasil titik peluhnya menjalankan bisnes sabun dan produk kecantikan.
“Alhamdulillah syukur berkat kerja keras hasil bisnes jual sabun daun sukun & serum Dieya Beauty,” kongsi Hidayah.
Ads
Dapat tunaikan kembali hasrat arwah Abam
“Alhamdulillah… Akhirnya dapat juga Dayah tunaikan kembali hasrat arwah beli kereta besar untuk keselesaan Hamzah dan keluarga Dayah… Semoga Dayah berjaya dunia dan akhirat…”
“Alhamdulillah.. kereta hasil usaha sendiri.. cantik ❤️”
“Dulu di kata tak mampu bayar.. Sekarang bukti yang usaha tak kan mengecewakan.. Hasil dapat beli sebiji.. Tahniah kak.. Membanggakan.. ❤️❤️❤️❤️”
Sebelum ini, Hidayah pernah meluahkan rasa sebaknya apabila melihat kereta yang pernah dinaiki bersama arwah suami di jalan raya, baru-baru ini.
Ads
Menerusi perkongsian Hidayah dalam video yang dimuat naik di akaun TikToknya itu, kereta itu banyak kenangan kerana arwah suaminya membeli kenderaan jenis Toyota Vellfire itu ketika mereka masih bersama untuk keselesaannya bersama anak.
Hanya tinggal kenangan kereta arwah suami. Bila Hamzah dah besar ini la kereta ayah. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya.
Dalam masa yang sama Hidayah turut memohon doa agar perniagaannya terus berjaya dan dia dengan Hamzah dapat hidup senang.
Tak sangka Allah makbulkan doa Hidayah dan semua orang. Allah Maha Hebat. DIA dengar doa setiap orang.
Diharapkan Hidayah dan Hamzah terus berada dalam rahmatnya dan moga Hidayah dapat terus berkongsi rezeki dengan ibu ayah dan ahli keluarganya yang lain.
Bergelar seorang bapa di usia muda bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi Alif, kehadiran anak dianggap pembawa rezeki buatnya dan isteri.
Berkongsi mengenai cabaran dalam membesarkan anak-anak, Alif mengakui ianya bukanlah sesuatu yang mudah namun tetap menjadi momen indah buat dirinya dan kisah ini dikongsi dalam Anugerah BEST PAPA MILLENIAL 2022.
“Ada dugaan dan cabaran. Alhamdulillah sekarang bapa kepada 3 orang anak.”
“Setiap anak ada karakter sendiri, apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Dan Alif bangga jadi ayah kepada anak perempuan. Tak pernah ada rasa kasih sayang yang berbeza-beza setiap anak, kena adil. Alif percaya kita kena lead by example. Kalau diaorang nak bermanja, layan.”
Tambah Alif lagi, sebagai bapa kepada 3 cahaya mata dia menjadikan Rasulullah sebagai idola dalam mendidik anak-anak.
“Cara Rasulullah layan kanak-kanak, dengan kelembutan. Jadi Alif cuba buat benda yang sama.. anak datang tepuk-tepuk muka kita, panjat kita masa solat, tapi Alif tak pernah rasa marah. Kanak-kanak tetap kanak-kanak jadi kita layan sebaiknya.”
“Waktu Alif di rumah, bila ada masa terluang, Alif akan curi masa (Waktu main key point) contoh waktu anak sebelum tidur, selepas tidur atau hantar anak ke sekolah Alif akan ambik masa tu, pikul tanggungjawab supaya anak sentiasa rasa kehadiran ayah mereka.”
Pemenang Anugerah Best Papa Millenial 2022 ini turut berkongsi tip untuk tidak ‘stress’ dalam menguruskan keluarga tercinta kerana baginya ibu bapa perlu pandai menguruskan emosi sebelum menguruskan anak-anak.
“Antara saya dan isteri, Shadila of course kami bahagi-bahagi tugas. Daddy time, mommy time (Me time) perlu jugak dan sangat penting sebab kita pengendali kapal. Kena tahu masa untuk jaga anak-anak dan jaga diri sendiri, diri kita as parents. Kena sentiasa ada masa untuk diri sendiri barulah rasa lancar dan best je. Hantar anak-anak rumah atuk nenek dia, mama papa pergilah dating”
Siapa sangka dari seorang yang biasa-biasa kini dirinya antara selebriti dan pengacara pilihan ramai. Nak tahu perkongsian lebih tentang bagaimana Alif sebagai seorang papa dan suami melaksanakan tanggungjawabnya pada keluarga dalam kesibukannya bekerja, saksikan video di bawah.
Doktor selebriti, Dr. Izzar Anwar berkongsi beberapa pesanan berkenaan penjagaan kesihatan buat semua masyarakat memandangkan sekarang ini merupakan musim hujan dan banjir.
Menurutnya, jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan jika terdapat sebarang gejala atau masalah kesihatan ketika musim banjir.
BANJIR & KESIHATAN
Mari doakan keselamatan dan kesihatan semua orang di Malaysia terutamanya yang sedang menghadapi musibah banjir sekarang. Banjir ni bukan sahaja merosakkan harta benda, tetapi ia juga memberi impak kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang. Tambah-tambah lagi kita tengah menghadapi cabaran COVID-19 sekarang ni.
Buat masa sekarang, tiada bukti lagi C-19 dapat merebak melalui air termasuk air banjir. Tetapi, terdapat penyakit-penyakit yang merbahaya semasa banjir yang disebabkan oleh air tercemar seperti demam typhoid, cholera, salmonella, e. coli dan macam-macam lagi. Ini kerana air banjir ni telah dicemari oleh najis/ kotoran dari pembentungan, loji kumbahan, dll. Makanan/minuman pun boleh tercemar kalau tak bersihkan betul-betul.
Antara gejala-gejala dari penyakit makanan /air tercemar adalah cirit-birit, demam muntah, demam, dan sakit kepala.
Oleh itu:
❌ Jangan biarkan anak-anak bermain dengan air banjir
🟢 Lindungi/utamakan golongan tua, kanak-kanak, & ibu mengandung
🟢 Makan makanan yang baru dimasak semasa masih panas. Minum air yang telah dimasak/ air botol. Elak makan makanan mentah.
🟢 Jaga kebersihan diri & persekitaran.Cuci tangan sentiasa, buang sampah dengan betul.
🟢 Jumpa doktor jika bergejala demam, cirit, muntah, sakit perut etc
🟢 Jaga kesihatan fizikal & mental diri serta keluarga.
🟢 Teruskan mengambil ubat sedia ada seperti ubat kencing manis, darah tinggi, dll (jika ada). Simpan dokumen perubatan (buku ubat, buku mengandung, buku vaksinasi anak)
🟢 Patuhi SOP
Semoga kita semua tapat mengharungi dugaan banjir serta COVID-19 ini dengan selamat. Allah selamatkan kita semua. Aminn
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allah sebaik-baik perancang, berkat hari Jumaat yang mulia, siapa sangka adik Ainul Mardhiah dah mula menunjukkan perkembangan yang baik setelah diberi alat bantuan pernafasan dan ditidurkan buat kali kedua beberapa hari lalu.
Melalui perkembangan terkini yang dikongsikan oleh bapa Ainul, Ahmad Safiuddin, Ainul mula memberi respon yang baik hari ini dan mula angkat tangannya.
“Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah. Our little fighter dah mula angkat-angkat tangan,” tulisnya.
Susulan perkongsian tersebut, orang ramai mengucapkan syukur ats nikmat tersebut dan ternyata semangat Ainul sangat kuat walaupun keadaannya masih lemah.
Sebelum ini, Ainul dilaporkan berada dalam keadaan tak memuaskan kerana diserang sawan panas banyak kali sehingga doktor ambil keputusan untuk rehatkan badannya.
Walaupun diuji dengan ujian tersebut, ahli keluarga Ainul tak berputus asa dan sentiasa memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat Ainul.
Sikap positif daripada walid dan mama Ainul ini juga mungkin jadi kekuatan Ainul untuk terus kuat.”
Dengan perkembangan baik yang ditunjukkan oleh Ainul, ramai yang memanjat kesyukuran dan berharap si comel ini terus sihat dan dan diberi kesembuhan dari segala penyakit.
“Allahu, di hari Jumaat yang INDAH . U’re the real fighter AINUL MARDHIAH ! Bangkit yeee anak.”
“Allahuakbar. Alhamdulillah.. Ainul kuat 💪 semoga cepat sembuh dari segala kesakitan. Aaminn”
“Syukur Alhamdulillah terus kuat ye adik Ainul sayang❤️”
“Alhamdulillah. Mudahan Allah kurniakan Ainul kesihatan sempurna dan membesar dengan sihat dan solehah”
Sewaktu keadaan Ainul berada dalam keadaan tak memuaskan, walidnya memang berserah pada Allah dan memohon ada keajaiban untuk Ainul. Kesedihan itu juga sangat dirasai oleh semua rakyat Malaysia.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.