Kadang-kadang dalam rumahtangga, kita terlajak kata bila emosi dan badan tidak sihat. Itulah yang dilalui oleh penyanyi Syasya Rizal, yang berkongsi pengalaman dirinya bergelar seorang isteri di media sosial baru-baru ini.
Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal menceritakan bagaimana dia secara tidak sengaja mendoakan suaminya, Nasrullah Mohd Sapie, ketika dirinya sedang demam.
“Beberapa hari lepas saya demam. Bila sakit dan emosi, saya tidak sengaja buat sesuatu yang tidak patut. Masa tengah demam, saya terasa hati dengan suami. Mulut terlepas cakap, ‘saya doakan awak pula demam, biar awak rasa macam mana sakit’. Masa itu saya ingat gurau kasar sahaja, tak sangka betul-betul jadi. Allahu, terus rasa berdosa,” kongsinya.
Ads
Kuasa Doa Seorang Isteri
Menurut Syasya, kata-kata seorang isteri bukan sekadar luahan kosong. Malah, doa isteri sangat mustajab dan kadang lebih cepat dimakbulkan daripada yang disangka.
“Jangan doa yang tak baik untuk suami, walau dalam keadaan marah atau sakit hati. Daripada doa benda yang tak elok, lebih baik gunakan kuasa doa isteri untuk kebaikan. Itu doa paling cepat Allah makbulkan,” nasihatnya.
Ads
Pesanan Untuk Para Isteri Muda
Dalam perkongsian itu juga, Syasya menitipkan pesanan kepada para isteri , jangan biarkan emosi menguasai diri hingga mulut melepaskan kata-kata negatif. Sebaliknya, gunakan kuasa doa untuk mendoakan kebaikan dalam rumah tangga.
Ads
Dalam rumahtangga, pasti ada pasang surutnya. Kadang kala kita penat, stres dengan anak-anak, atau sakit badan sehingga mudah rasa kecil hati dengan pasangan. Tetapi sebagai isteri dan ibu, doa kita sangat kuat kesannya. Doakanlah kesihatan, rezeki, dan kebahagiaan untuk suami dan keluarga.
Seorang isteri maut akibat dibelasah oleh suaminya dengan tukul besi disyaki akibat cemburu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.00 pagi tadi di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun yang menyebabkan mangsa, 41 tahun, cedera parah di dahi dan muka.
Sebelum kejadian, mangsa baru pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah dan setibanya di rumah pasangan itu mula bergaduh.
Difahamkan, selepas mangsa dibunuh, suspek keluar dari rumah dan pergi ke rumah datuknya yang terletak tidak jauh dari lokasi sebelum memberitahu seorang kakaknya, dia telah membunuh isteri dengan tukul besi sambil menangis dan ketakutan.
Kebanyakan ibu bapa rasa didikan pada anak-anak dah betul. Tapi sedarkah kita cara mendidik itu buat anak memendam rasa hinggakan depan kita anak berpura-pura baik sedangkan di belakang kita anak buat perangai yang ibu bapa pun sendiri tak jangka.
Menurut Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak berjaya, anak hebat, anak mendengar kata semuanya hasil acuan dari ibu bapa. Jika kita silap, itulah yang menyebabkan kita rasa anak-anak cuba menguji kesabaran mak ayah.
Nak tahu cara mendidik anak dengan betul, 22 panduan ini sangat membantu ibu bapa.
1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas.
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya”
Kes yang tular semacam mengenai pasangan infleuncer yang memindahkan harta sepencariannya menjadi hak milik kekal isterinya menjadi perbualan dan sorotan ramai.
Soalnya, bolehkan harta yang dicari bersama-sama itu menjadi hak milik mutlak isteri? Penulis, Mohd Ezairol Rezan Zainol turut berkongsi hal ini yang tak pernah isteri tahu. Ikuti perkongsian beliau.
Viral hari ni pasal kes Aisyah. Ramai yang emotional dalam memberikan komen dan pendapat. Tahniah la pada Alif kerana setuju serahkan semuanya kepada Aisyah.
Memindahkan 100% harta sepencarian menjadi hak milik si isteri perlulah dilakukan dengan izin dan redha suami.
Harta yang dibina bersama-sama pasangan, ada haknya masing² disitu. Di situ, ada hak suami dan ada juga hak isteri.
Segala pengorbanan suami atau isteri, tenaga serta keringat yang dia sumbangkan malah mungkin juga ada idea dia dalam pemilikan harta ketika bersama perlu dibahagikan secara adil dan saksama.
Melainkan salah satu pihak redha dan bersetuju untuk berikan kesemua bahagian miliknya kepada pasangan yang pernah tidur sebantal dengannya, itu lain cerita.
Berhati-hatilah dalam membuat keputusan. Buatlah pembahagian harta sepencarian itu dengan adil dan waras. Dalam pada kita gigih melindungi diri agar tidak dizalimi, jangan sampai kita pula yang menzalimi pasangan atau bekas pasangan kita.
Dalam hidup ini, jangan kejar harta yang banyak, tapi kejarlah harta yang berkat untuk bekal di akhirat.
Ramai surirumah sebenarnya tak tahu yang mereka boleh menuntut harta sepencarian walaupun mereka itu adalah surirumah sepenuh masa.
Boleh baca kehendak undang-undang Islam berkaitan harta sepencarian yang dipetik dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.
KEHENDAK UNDANG-UNDANG BERKAITAN HARTA SEPANCARIAN – JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KELANTAN
Di dalam menentukan apa-apa aset/harta sebagai harta sepencarian, kita hendaklah memahami kehendak undang-undang bahawa maksud harta sepencarian itu boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu:-
1) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha bersama mereka;
2) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu; dan
3) Harta yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’ oleh pihak yang satu itu atau dengan usaha bersama suami isteri.
Semoga Allah pandu kita semua dalam berbuat keputusan yang adil dan tepat.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.