Risau pula setiap hari tengok anak-anak bercakap kuat, menjerit. Walaupun ditegur masih lagi bersikap begitu. Mungkin kita sebagai ibu bapa perlu kenal pasti kenapa anak bercakap kuat, menjerit-jerit. Perkongsian daripada Ibu Rose boleh dijadikan panduan untuk kita semua sebagai ibu bapa.
(Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kanak-kanak di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.)
Kenapa Anak-anak Kecil Bercakap Kuat-Kuat?
Sebab bila dia bercakap perlahan kita tidak beri dia perhatian
Atau dia lihat orang dewasa bercakap kuat-kuat. Kat TV selalu adegan orang marah dan cakap kuat-kuat.
Ads
Lagi pun bila bunyi bising, contohnya lagu dipasang kuat dalam kereta, atau bunyi enjin kuat, anak-anak itu cuba ambil perhatian lalu bercakap kuat.
Itu sebabnya cara mengubat yang paling mujarab, beri perhatian bila dia minta sesuatu, dengar dan beri tumpuan.
Caranya begini:
Ads
1.Beri perhatian dengan apa yang dia mahu sampaikan. Melutut dan pandang wajahnya.
2.Respon pada keinginannya dengan suara perlahan dan tidak menjerit. Sama ada anda akan penuhi atau tidak, itu perkara ke dua.
Ads
3.Dimasa yang lain, selalulah pesan dan ingatkan dia, jika dia hendak sesuatu, minta dengan baik, cakap dengan suara tidak menjerit dan nyatakan kalau dia menjerit anda tidak akan layan permintaannya.
Biasa dengar orang cakap tentang sakit tonsil, tonsil bengkak dan buang tonsil kan? Namun tak ramai yang faham apa itu tonsil, peranannya serta bahaya bengkak tonsil kepada kanak-kanak. Sebenarnya fungsi tonsil kepada sistem pertahanan anak sangat penting.
Semasa di awal pembesaran kanak-kanak, tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan. Tonsil akan melawan jangkitan kuman yang melalui saluran pernafasan dan mulut kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dijangkiti kuman, tisu tonsil akan menghasilkan sel untuk melawan kuman dan ini menyebabkan tonsil bengkak, menjadi radang dan membesar.
Menurut Doktor Hidung, Telinga, Tekak (ENT), Dr Ezairy M. Sallih, ibu bapa kena ambil tahu mengenai hal ini bila anak kerap demam atau ada masalah pernafasan.
Anda tahu tak saiz tonsil anak-anak kita ni ada gred 0 sampai 4?
Bila dah gred 4 ni, nak bernafas memang susah. Suara pun jadi lain!
Jadi bawalah jumpa doktor, mana tahu perlu dibedah. Hati-hati kalau ada ciri-ciri di bawah. Mungkin perlukan pembedahan!
Lepas ni ibu bapa kena lebih peka ya. Jika ada tanda-tanda seperti di atas jangan berlengah dan segera berjumpa doktor untuk rawatan dan pemberian ubat yang bersesuaian.
Setiap anak datang ke dunia dengan potensi yang luar biasa — ada yang bijak dalam akademik, ada pula yang menyerlah dalam bidang sukan atau seni. Namun potensi ini ibarat benih, dan hanya akan tumbuh menjadi pohon yang subur jika disiram dengan kasih sayang, kepercayaan, dan sokongan. Kisah adik Aneesa, pemain boling muda dari Akademi Syaidatul Afifah, membuktikan bahawa minat seorang anak, jika disokong oleh ibu bapa, mampu menjadi laluan kejayaan yang sebenar. Bukan kerana dia dilahirkan hebat, tetapi kerana dia diberi peluang untuk menjadi hebat.
Aneesa tidak terus menyertai sukan boling sebagai satu impian — ia bermula secara sederhana, seperti yang dikongsikannya:
“Awalnya dari ibu saya, di mana saya hanya bermain saja-saja. Selepas itu akademi saya mencari pemain baharu, jadi saya minta ibu saya UNTUK TURUT SERTA, dan akhirnya saya diterima untuk menjadi salah seorang pemain boling di akademi tersebut.”
Minat yang kecil itu mula tumbuh apabila ibunya, Puan Rafidah, menyedari sesuatu yang lebih mendalam pada diri anaknya:
“Awalnya saya mula hantar Aneesa bila saya nampak minat dia yang lebih mendalam dalam sukan boling ini. Bukan dari itu sahaja, Aneesa juga mula pupuk perasaan minat selepas menonton video-video coachnya iaitu Syaidatul Afifah. Dari situlah saya memupuk perasaan yakin untuk beri sepenuh sokongan kepada Aneesa.”
Setiap kejayaan kecil Aneesa bukan dicapai dengan mudah. Ia dibina atas latihan yang berterusan dan kesungguhan yang luar biasa. Bila ditanya tentang latihan harian:
“Saya ambil masa 2 jam setiap kali latihan.”
Di sinilah keajaiban terjadi — apabila ibu bapa tidak hanya melihat latihan sebagai aktiviti sampingan, tetapi sebagai satu jalan untuk membina jati diri, disiplin dan daya tahan. Dan Aneesa membuktikan, dengan sokongan, anak-anak mampu mengurus masa, semangat, dan cabaran dengan cara yang luar biasa.
Sebagai bekas pemain boling negara dan kini jurulatih kepada Aneesa, Coach Syaidatul Afifah melihat potensi luar biasa dalam diri anak muda ini:
“Aneesa ni seorang pemain yang berbakat, cepat belajar dan sangat konsisten dengan permainan dia sekarang.”
“Untuk umur Aneesa ni, progress dia sangat pantas dan membanggakan, tapi masih ada banyak lagi ilmu dan teknik yang boleh kita tingkatkan.”
Apa yang menjadikan Aneesa istimewa bukan sekadar bakat, tetapi sikap dan semangat yang ada dalam dirinya:
“Dia ada ‘fighting spirit’ yang tinggi dan sentiasa cuba perbaiki diri. Sifat ini patut ada kepada semua orang sebab inilah attitude yang kita inginkan dalam diri seorang atlet.”
Kisah Aneesa kini bukan lagi sekadar tentang anak kecil yang minat bermain boling — ia sudah berubah menjadi sebuah perjalanan besar. Hasil daripada minat yang disemai, disiplin yang dibina, dan sokongan tanpa syarat daripada ibu bapanya, Aneesa kini telah berjaya mencatat sejarah peribadi apabila secara rasmi terpilih sebagai atlet untuk SUKMA 2026.
Akademi Syaidatul Afifah sendiri menyatakan dalam satu ucapan rasmi:
“Tahniah setulus hati kepada pelajar kami di Akademi Syaidatul Afifah (ASA), Aneesa Sofea kerana telah terpilih dalam senarai panjang untuk SUKMA 2026! Dedikasi anda benar-benar membuahkan hasil, dan kami sangat bangga dengan anda. Ketika anda meneruskan latihan bersama pasukan KL Wipers, ingatlah bahawa ini hanyalah permulaan perjalanan anda. Teruskan percaya pada diri sendiri dan jangan berhenti berusaha — tiada had kepada apa yang anda boleh capai.”
Kejayaan ini bukan semata-mata pencapaian peribadi Aneesa — ia adalah simbol kekuatan hubungan antara anak dan ibu bapa, dan bukti bahawa apabila keluarga hadir sebagai penyokong utama, langit bukan lagi hadnya.
Mungkin anda tidak tahu ke mana minat anak akan membawa mereka. Tapi cukup dengan satu kepercayaan, satu dorongan, dan satu ruang untuk mencuba — mereka mungkin akan berdiri di pentas seperti Aneesa hari ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap perkembangan anak kita berbeza-beza, baik anak lelaki mahupun anak perempuan. Namun satu hal yang ibu perlu ketahui adalah menjadi perkara biasa bila anak lelaki kita sedikit lambat perkembangannya. Jadi ibu jangan mudah panik ya.
Menurut Puan Aisyah Kassim, Patalogis Pertuturan Bahasa daripada Aisyah Kassim Academy, perkembangan anak lelaki sememangnya sedikit lambat namun ia tidak membimbangkan selagi berada pada usia yang tepat.
Ya BETUL..
Memang perkembangan kanak-kanak lelaki lebih lambat sikit berbanding anak perempuan, termasuk la bercakap. Tapi sikit saja tau.. Hanya 2-3 bulan sahaja.
Dan kena ingat lambat sikit tu tak terkeluar dari JULAT PERKEMBANGAN NORMAL KANAK-KANAK.
Contoh: Purata kanak-kanak start bercakap pada usia 1 tahun. Mungkin kanak-kanak perempuan dah start sebut perkataan pada usia setahun, tapi kanak-kanak lelaki sebut perkataan pada usia 1 tahun 3 bulan.
Kalau dah lebih dari 1y 6m dan masih lagi tidak sebut perkataan bermakna, jaga-jaga, sebab ianya dah masuk border line speech delay yang ringan. Jika dibiarkan, akan makin teruk lah.
Tapi tak kisahlah lelaki ke perempuan, tugas kita jangan berhenti beri rangsangan. Tak mustahil anak lelaki lebih cepat bercakap dari anak perempuan jika rangsangan yang diterima lebih banyak.
Apa yang ibu boleh lakukan di rumah adalah sentiasa merangsang anak setiap hari. Jangan pernah jemu bagi melihat perkembangan anak yang lebih progresif.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...