Siapa yang tidak sayangkan zuriat sendiri, kan? Namun adakalanya sikap anak boleh menguji kesabaran ibu bapa. Jom kenal pasti 5 perangai anak yang boleh mendatangkan kebimbangan.
Kebimbangan mengenai sikap anak
Sebagai ibu bapa, pastinya tertanya-tanya apakah perwatakan anak yang mungkin di luar batasan normal seorang kanak-kanak.
Tidak dinafikan pada tahap tertentu, anda perlu berdepan dengan tingkah laku anak yang mungkin mendatangkan masalah.
Pastinya cara anda bertindak balas terhadap sikap anak itu memainkan peranan utama.
Pun begitu, terdapat beberapa perangai anak boleh dianggap sebagai petanda masalah yang lebih serius dan memerlukan bantuan profesional.
Fahami perangai anak
5 sikap anak berikut mungkin bermaksud mereka menderita gangguan tingkah laku atau didasari masalah tertentu.
Ia boleh digunakan untuk membantu anda mengenal pasti permasalahan anak, seterusnya membawa mereka untuk mendapatkan bantuan profesional bagi pencegahan awal.
#1. Membantah
Walaupun terdapat banyak penjelasan yang mendasari perangai anak ini, namun seringkali ia disebabkan gangguan tingkah laku seperti:
Ads
Gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD)
Gejala bertentangan dan bantahan (oppositional defiant disorder, ODD)
Conduct disorder (CD). Selalu tanda-tanda gangguan di atas sering bertindih kerana mempunyai gejala yang lebih kurang sama. Namun, perwatakan anak yang suka membantah ini akan lebih terserlah pada anak dengan ODD dan CD.
Walau bagaimanapun tidak dinafikan, ia adalah perkara biasa untuk seorang anak menguji had kesabaran anda. Jadi jika anak membantah permintaan anda, tawarkan sesuatu kepadanya, seperti, “Kalau Qila kemas mainan, kita boleh pergi berjalan di taman.”
Dan sekiranya mereka masih tidak mahu mengikutinya, berikan amaran yang diikuti dengan akibat. Paling penting, pastikan anda konsisten. Jangan hari ini anda memarahi perangai mereka dan keesokan harinya, tiada sebarang hukuman jika anak mengulanginya.
#2. Kurang tumpuan
Antara sikap anak yang paling menguji kesabaran ibu ayah apabila mereka tidak memberikan fokus. Situasi ini seringkali berlaku jika mereka tidak berminat kepada sesuatu perkara itu.
Namun, sekiranya anda menyedari mereka sukar menumpukan perhatian atau kerap bertukar aktiviti tanpa menyelesaikannya, ia mungkin gejala ADHD.
Anak juga mungkin tampak impulsif – melakukan sesuatu dengan terpaksa dan terlalu aktif.
#3. Agresif secara fizikal
Ads
Bermula daripada tantrum hingga interaksi negatif dengan rakan sebaya lain, perangai anak yang agresif secara fizikal pastinya perlu ditangani segera.
Sebagai contoh, bagi anak dengan CD, perwatakan ini mungkin akan dikembangkan dengan mencederakan haiwan pula.
Secara keseluruhan, anak akan mungkin lebih terlibat dalam pengaduhan dan sukar mendengar kata.
#4. Menyalahkan individu lain
Apabila anak berkelakuan buruk, adakah mereka akan menyalahkan individu lain?
Secara umumnya, ia adalah sikap anak yang biasa untuk mengelak daripada mendapat masalah. Tetapi bagi anak yang mempunyai gangguan tingkah laku, perwatakan ini akan lebih ketara dan kerap dilakukan.
Anda akan melihat perangai anak yang secara berterusan tidak mahu menggalas tanggunjawab serta keengganan untuk menanggung kesalahan mereka sendiri.
#5. Tingkah laku antisosial
Ads
Jangan tersilap ya parents, sikap malu dan antisosial tidak sama. Biasanya kanak-kanak lelaki yang menghidap conduct disorder akan lebih cenderung menunjukkan tingkah laku antisosial berbanding kanak-kanak perempuan.
Tingkah laku antisosial yang teruk pada fasa awal kanak-kanak akan membawa kepada diagnosis CD atau ODD.
Sebagai ibu bapa, anda juga akan melihat pelanggaran peraturan sosial, mengingkari autoriti dan mengabaikan individu lain.
Mengubah tingkah laku anak
Umumnya, seorang kanak-kanak cenderung meneruskan tingkah laku yang sama apabila diberikan penghargaan dan menghentikannya apabila tidak diendahkan.
Konsistensi tindak balas anda terhadap perangai anak adalah penting.
Ini kerana jika anda pernah memberi pujian di atas sikap anak yang tertentu, tapi pada hari lain hukuman diberikan untuk tingkah laku yang sama, ia boleh menyebabkan mereka keliru.
Apabila anda menganggap tingkah laku anak sebagai keadaan yang mendatangkan masalah, tiga pilihan berikut boleh dilakukan:
Tentukan bahawa perwatakan tersebut tidak menjadi masalah kerana ia sesuai dengan usia dan tahap perkembangan anak
Cuba untuk menghentikan sikap tersebut sama ada dengan tidak mengendahkannya atau memberikan mereka hukuman tertentu yang bersesuaian
Memperkenalkan tingkah laku baharu yang anda sukai dan perkukuhkan dengan memberi penghargaan pada anak jika mereka mengikutinya
Bersabar dengan sikap anak
Masalah tingkah laku kanak-kanak dapat diatasi dengan strategi disiplin yang konsisten.
Perlu diingat bahawa adalah perkara biasa bagi anak-anak membuat perangai sekali-sekala.
Ini merupakan satu proses perkembangan yang perlu dilalui oleh anak anda. Tetapi, jika masalah tingkah laku tidak bertindak balas terhadap strategi disiplin atau sikap anak mula menjejaskan pelajaran dan hubungan rakan sebaya, berbincanglah dengan pakar pediatrik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rumah tangga yang harmoni semestinya mampu dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik antara pasangan suami isteri. Berkasih sayang, tolak ansur dan persefahaman antara kunci utama mencapai bahagia.
Rasulullah SAW menyuruh para suami supaya berbuat baik kepada isteri dan bersederhana dalam mendidik para isteri.Rasulullah SAW pernah bersabda “Aku berwasiat kepada kamu agar menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ”.
Peranan seorang suami dalam mencetuskan semangat terhadap isteri tidak terhenti setakat itu sahaja. Suami juga perlu mewujudkan suasana yang positif, cukup mendamaikan dalam sesebuah institusi keluarga.
Para suami juga dituntut untuk mengajar anak-anak dalam soal-soal yang melibatkan pemantapan akhlak dan sahsiah diri. Misalnya ajar anak-anak tentang kepentingan menjaga kebersihan dan menghormati orang lain.
Sebagai ketua keluarga, suami juga sewajarnya memastikan anak-anak mampu menikmati gaya hidup yang lebih baik. Perlu bertindak sebagai ‘role model’ untuk anak-anak dan isteri dengan menerapkan adab dan akhlak yang baik bersandarkan kefahaman serta prinsip-prinsip Islam.
Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, ke mana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya. Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba di sisi Allah SWT. Ini bersesuaian dengan firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam ”. (Surah Al-An’am , ayat 162).
Saling mendoakan, rumah tangga bahagia
Dalam hal ini, untuk mencapai kebahagiaan antara suami isteri, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki ada berkongsikan doa yang perlu dibaca antara suami isteri dan setiap anak pun boleh amalkan juga untuk ibu bapa.
Semoga setiap suami isteri saling mendoakan dan setiap anak dan ibu ayah tetap mendoakan. Doa ini boleh dibaca untuk satu keluarga agar cenderung mencintai Allah dan menekuni ajaran Nabi Muhammad SAW.
Pernah tak kita hadapi anak mengamuk, menangis, menumbuk lantai macam boboboi. Berguling di shopping mall. Menangis sampai tak ingat.
Biasa mak ayah masa anak ni mengamuk macam tu. Kita punya otak bahagian emosi pun mulalah macam ada api membara. Membakar sampai mengetam anak. Bibir kita pun mengetip ketat.
Sebenarnya. Bila berlaku macam tu yang kena bertenang bukanlah anak tu. Tapi mak ayahnya lah. Kalau tak ada juga mak ayah yang jadi super sayya (Goku).
So mak ayah bila berlaku macam ni. Pergilah tenangkan diri dulu.
+ Tarik nafas. Istighfar.
+ Kemudian tanya soalan pada diri. Macam mana aku nak ngadap anak aku ni. Masa ni kita boleh anggap anak ni bukan anak kita. Sama ada kita layan dia dengan baik. Itu pilihan yang kita ada.
Apa lagi mak ayah boleh buat dengan anak yang mengamuk tak tentu pasal ni.
1. Anggap anak ni dalam keadaan tingkah laku stres bukan tingkah laku nakal. Bezakan antara dua benda tu.
2. Sentiasa tenang dan dekat dengan dia. Kalau kita tanya mereka masa mereka dah ok.
Mereka pun tak ingat. Cuma dia macam ada hormon pelik kan. Dia menangis tak tentu pasal mengamuk. Memang otak mereka belum matang lagi.
Pelukan ibu ayah sangat pentjng. Bila peluk je terus keluar hormon tenang. Boleh la anak ni cool down sikit.
3. Masa dia mengamuk. Anak ni tak dapat nak beri perhatian pada emosi mereka dan cara kita nak selesaikan masalah mereka.
4. Kita kena cek perasaan mereka. Just gunakan skrip ni.
“Mama boleh nampak adik terlalu marah ni.”
“Mama tahu adik tak pilih pun cara nangis macam ni”.
“Mama tahu benda susah adik tak suka kan”.
Jangan biarkan mereka dan berlalu pergi. Emotional isolation ni tak bagus untuk perkembangan anak.
Memang susah nak hadapinya. Tapi kalau kita tak tunjukkan sikap perlu dibuat ketika ini. Anak ini lagi rasa terpinggir.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila mempunyai anak kecil, bukan mudah untuk golongan ibu bapa mengawal keletah mereka ketika berada di luar lebih-lebih lagi sewaktu makan di kedai. Lumrah anak kecil yang suka meneroka dan tak duduk diam ditambah pula mood yang selalu berubah-ubah membuatkan ada ibu bapa ‘serik’ nak bawa anak-anak makan di luar.
Sama seperti ibu bapa lain, Encik Akif yang juga pensyarah psikologi berkongsi pengalaman bagaimana dia menguruskan anak kecil yang aktif ketika berada di luar. Semoga bermanfaat buat semua.
“Bagi saya & isteri, nak bawa anak berumur 1 tahun yang agak aktif untuk makan di luar sangat mencabar”
Ini cara bagaimana kami melakukannya:
1. Salah seorang masuk kedai dulu & buat pesanan.
Seorang lagi teman anak berjalan-jalan di luar. Bagi dia keluarkan “energy” dulu.
2. Kalau dia tak nak jalan-jalan, kami akan bawa buku untuk dibacakan.
3. Kadang kala kalau mood dia tak berapa baik, terpaksa dukung bawa jalan-jalan untuk tenangkan dia dulu.
4. Sementara suap dia makan, bagi dia pegang props. Kali ini ada orang bagi belon
5. Sementara isteri makan, saya pula layan budak ni baca buku.
6. Akhirnya dapat juga makan
7. Yang paling ialah “teamwork.” Kalau buat berseorangan memang kelam kabut.
Ini bukan perkongsian berdasarkan kajian-kajian atau teori-teori parenting. Ini hanya pengalaman kami sendiri sahaja. Ada ibu bapa di luar sana yang hadapi isu yang sama?
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.