Penyanyi popular, Shahila Amzah yang kini hamil 5 bulan lebih berkongsi pengalamanya berhadapan dengan pelbagai soalan dari peminat di instagram.
Mendirikan rumahtangga pada April tahun lalu, dia kini hamil anak pertama mereka. Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah diijabkabulkan dengan Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.
Ada orang Tanya kenapa at 21 weeks perut sha besau? Maybe angle gambar pun main peranan. Sha pun tak tau nak jawab apa.. Perut sha makin lama makin kedepan macam basket ball tu.. Hahaha.. Org kata sbb mengandung anak lelaki..
And sha baca kat cik gugel, kalau badan kita pre pregnancy mmg dah besau.. Mmg lambat sikit nak timbul perut dia..
Ads
Plus baby still kecik so tersorok dek lelemaks, Tapi kalau badan normal senang sikit nampak.. Entah la kite first timer wak.. Baik Tanya kat yang lebih berpengalaman
Anyways, Alhamdulillah thank you sbb selalu doakan sha.. Hari2 dapat dm yang baik2.. Sha tak balas tapi sha baca
Yang mana Tanya soalan masalah2 tu sila la ke gynae anda.. Sbb Tanya doctor senang.. Jgn Google pulak
Soalan-soalan yang diterima oleh Shila rupanya pernah diterima oleh netizen lain. Masalah saiz perut semasa mengandung memang menjadi persoalan ramai. Netizen turut berkongsi pengalaman berhadapan dengan situasi ini.
Memang macam tulah, perut besar orang tanya
Ads
Ikut Genetik Jugak
Samalah, by the time masuk 3rd trimester selalu orang tanya anak kembar ke
Ads
Dia juga pernah memuatnaik gambar ujian imbasan bayinya dan meminta pendapat netizen berkenaan nama bayi lelaki yang sesuai dan pendek. Katanya tak nak terlalu panjang, kesian bayinya nanti.
I can’t wait to see you baby. Sekarang mommy and daddy tengah pening nak letak nama apa. Korang ada suggestions tak for a baby boy? Sbb sebelum ni kitorg panggil dia peanut je
Taknak nama panjang.. Hahaha kesian nanti nak masuk periksa sampai 3 nama belum campur bin Haris Idraki lagi
Rata-rata teruja dan tidak sabar menunggu kelahiran baby Shila Amzah dan mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.
Hamil ataupun tidak? Semua orang tahu tanda-tanda awal kehamilan lazim seperti tidak datang haid, mual-mual dan muntah ataupun pitam. Pun begitu, tidak ramai yang sedar akan tanda-tanda awal lain yang menunjukkan anda sedang berbadan dua. Ada antara simptom-simptom kehamilan ini kedengaran pelik untuk anda.
1 Lelehan faraj lebih pekat
Ya, anda mungkin mengalami masalah lelehan faraj pada satu-satu tempoh setiap bulan. Namun, kebanyakan wanita hamil akan mengalami lelehan faraj yang lebih pekat berbanding hari biasa di mana cecair yang keluar adalah berwarna putih melekit atau kuning pucat. Gejala ini biasa dialami semasa berada dalam trimester pertama disebabkan peningkatan hormon dan aliran darah pada vagina. Awas! Anda mungkin mengalami jangkitan jika mengalami simptom di bawah:
Maka, segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.
2 Kerap terkencing
Jika anda sering berulang-alik ke tandas kerana ingin terkencing, ini mungkin berita baik untuk anda. Boleh jadi anda sedang hamil kerana rahim yang sedang membesar menekan-nekan pundi kencing anda. Rajin-rajinlah untuk melakukan senama kegel bagi menguatkan otot pelvis.
3 Kembung perut
Sesetengah wanita hamil akan mengalami gejala ketidakselesaan pada bahagian perut seperti perut kembung dan berangin, sehingga membuatkan anda akan kerap sendawa atau terkentut. Sama keadaannya seperti semasa anda mengalami premenstrual syndrome atau PMS. Ini berikutan regangan rahim yang berlebihan semasa hamil bagi menampung bayi yang bakal lahir. Bagi mengurangkan jumlah gas pada badan anda sekali gus merawat masalah kembung perut, amalkan pengambilan makanan seperti brokoli, kubis bunga dan jagung.
4 Tak sedap badan
Rasa letih, lesu dan nak demam? Ini mungkin antara simptom awal kehamilan anda. Ibu hamil akan mengalami gejala seperti hendak demam dan kurang bertenaga disebabkan tahap hormon anda sedang meningkat ketika ini. Ada kalanya anda akan rasa letih tanpa sebarang sebab munasabah. Jadi, banyakkanlah berehat supaya badan anda kekal segar. Pastikan juga anda minum air secukupya dan mendapatkan makanan seimbang untuk membina tenaga.
5 Period?
Jika anda mengalami pendarahan ringan atau bintik darah muncul pada hari sepatutnya anda haid, ini juga mungkin tanda anda hamil. Tahukah anda, kira-kira 25 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami spotting atau pendarahan ringan pada awal kehamilan mereka? Namun, ini bukanlah bermaksud bahawa anda sedang haid.
Pendarahan ringan berlaku kerana telur yang telah disenyawakan menempel pada lapisan rahim. Ia dinamakan pendarahan implantasi, dan lazimnya berlaku kira-kira dua minggu selepas konsepsi.
6 Kuat sentap
Anda yang dulunya hati kering, kini sudah menjadi begitu sensitif. Ada kalanya anda merajuk dan berkecil hati hanya disebabkan hal kecil sahaja. Hah! Ini mungkin tanda anda sedang berbadan dua. Hormon kehamilan yang ada dalam badan anda membuatkan anda mengalami mood swings.
7 Air liur lebih banyak
Perubahan hormon semasa hamil menyebabkan sesetengah wanita hamil mengeluarkan lebihan saliva (air liur) tiga atau empat kuarts setiap hari. Bagi mengurangkan ketidakselesaan ini, anda boleh mencuba minum jus lemon.
Sesetengah simptom yang disenaraikan di atas mungkin akan menyebabkan anda tertekan. Kami sarankan supaya anda menikimati alam kehamilan anda kerana siapa tahu selepas bersalin nanti anda akan rindukan salah satu daripada simptom-simptom tersebut. Good luck, Mama!
Bila kandungan melepas tarikh jangkaan bersalin (overdue), ibu berdebar. Macam-macam yang bermain di fikiran. Bimbangkan si kecil & proses bersalin nanti.
Ibu yang kandungan overdue Jangan abaikan perihal berkaitan usia kandungan. Kandungan melepasi tarikh jangkaan bersalin atau overdue perlu diberikan perhatian ekstra & perlu dirujuk ke hospital segera. 7 Risikonya ini boleh menyebabkan impak besar kepada bayi & ibu.
Usia kandungan melepasi tarikh jangkaan bersalin memang mendebarkan para ibu. Tentunya kerisauan akan bermain di fikiran, memikirkan tentang diri dan tertanya-tanya bagaimana keadaan bayi, mudaratkah situasinya?
Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau berkongsi info bahawa keadaan hamil overdue ini banyak berlaku.
Hanya kira-kira 5% sahaja ibu yang melahirkan tepat pada tarikh jangkaan.
“Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.
“Sekiranya anda mencapai usia kehamilan 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi dan saiznya. Selain itu, bukaan serviks juga diperiksa untuk melihat sama ada ia sudah bersedia untuk proses kelahiran,” kata Dr Sharina.
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
1.Bayi mati dalam kandungan.
2.Fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.
3.Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami Sindrom Aspirasi Mekonium yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke-40.
4.Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.
5.Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.
6.Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.
7.Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.
Menurut Dr Sharina, kehamilan yang melepasi tempoh jangkaan bersalin atau overdue ini banyak terjadi kepada wanita hamil yang mempunyai ciri-ciri ini;
#1. Ibu tidak pasti tarikh hari pertama haid terakhir sebelum hamil.
#2. Kehamilan pertama.
#3. Ibu mempunyai sejarah overdue sebelum ini. Jadi tidak hairanlah jika seorang ibu mengalami beberapa kehamilan yang overdue.
#4. Hamil bayi lelaki.
#5. Ibu mempunyai berat badan berlebihan.
#6. Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).
a)Indius pada 41 minggu.
b)Membrane sweeping daripada minggu ke 38 ke atas.
Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran.
Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim.
Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.
Selain membrane sweep, berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
Mungkin ramai bakal ibu yang merungut tatkala doktor meminta mereka memberikan sampel air kencing semasa temu janji rutin. Mana tidaknya, ramai ibu mengandung yang lain beratur untuk memberikan sampel air kencing dan anda sangat yakin bahawa anda tidak ada masalah kencing kotor.
Perkataan “menyusahkan” sememangnya lazim digunakan bagi mendefinisikan keadaan tersebut. Namun, adakah ujian air kencing tersebut dianggap tidak perlu kepada ibu yang tidak mengalami sebarang simptom kencing kotor?
Kencing kotor lazim dialami wanita
Apabila kita berbicara tentang kencing kotor, pasti anda akan terbayangkan air kencing keruh umpama air teh dan berkeladak. Hakikatnya, bukan semua individu yang mengalami masalah kencing kotor dapat didiagnosis daripada rupa air kencing mereka.
Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI) merupakan masalah kesihatan yang lazim dialami oleh golongan wanita. Pada kebanyakan kes, jangkitan ini disebabkan oleh bakteria, namun ada juga yang disebabkan oleh kulat atau virus meskipun ia jarang berlaku.
Saluran kencing melibatkan organ buah pinggang, salur ureter (menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing), pundi kencing dan salur urethra (saluran yang membawa keluar air kencing).
Kebanyakan UTI yang berlaku hanya melibatkan salur urethra dan pundi kencing. Jika jangkitan tersebut berlaku pada organ buah pinggang atau salur ureter, kebiasaannya individu tersebut akan mengalami simptom yang lebih teruk.
Terdapat beberapa sebab mengapa kencing kotor lazim berlaku pada wanita berbanding dengan lelaki:
Kenapa wanita mengandung berisiko mendapat masalah kencing kotor?
Kencing kotor semasa mengandung memang boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu dan janin di dalam kandungan. Namun, pernah tak anda terfikir, kenapa wanita hamil lebih berisiko?
Perubahan hormon yang berlaku ketika hamil bukan sahaja boleh memberikan kesan positif kepada janin untuk membesar, ia juga boleh menyebabkan kekuatan otot salur ureter dan pundi kencing bertambah renggang.
Perkara ini boleh menyebabkan aliran air kencing menjadi perlahan. Apabila rahim mula membesar, ia berupaya untuk menyekat lebih banyak air kencing. Ditambah pula dengan kelemahan otot pundi kencing untuk menolak air kencing keluar, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Faktor-faktor lain seperti peningkatan tahap keasidan air kencing dan gula yang terdapat di dalamnya berikutan perubahan hormon yang berlaku menjadikan wanita hamil mudah untuk didiagnosis dengan masalah kencing kotor.
Tanpa rawatan, jangkitan tersebut boleh menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan keradangan pada organ buah pinggang. Apabila sudah sampai ke tahap itu, kuman yang terdapat pada sistem salur kencing wanita hamil mudah untuk bergerak masuk ke dalam aliran darah.
Jika tidak dirawat dengan serta merta, ibu yang mengalami kencing kotor semasa mengandung boleh mati. Jadi, adakah anda enggan menjalani ujian air kencing seperti yang dipinta oleh doktor hanya kerana anda rasa prosedur tersebut menyusahkan?
Ketahuilah bahawa kencing kotor tidak selalunya didiagnosis pada mereka yang mempunyai air kencing yang keruh atau berkeladak. Mereka yang mempunyai masalah UTI kebiasaannya akan mengalami simptom seperti:
Jika seseorang itu mengalami jangkitan pada buah pinggang, antara simptom yang akan dialami adalah:
Ambil langkah berjaga-jaga
Ujian saringan yang dilakukan oleh doktor merupakan satu keperluan bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kencing kotor seperti jangkitan buah pinggang. Jika anda disahkan positif jangkitan, terapi antibiotik akan diberikan secara serta merta bagi merawat keadaan tersebut.
Doktor akan menentukan jenis antibiotik yang selamat dimakan oleh anda mengikut kepada keperluan semasa. Jika anda hamil, sudah semestinya antibiotik yang diberikan tidak akan menyebabkan komplikasi kepada anda mahupun anak di dalam kandungan.
Bagaimana pula dengan mereka yang tidak dijangkiti? Anda boleh mencuba tip berikut:
Kencing kotor semasa mengandung lazim dialami oleh wanita hamil. Pemeriksaan awal oleh doktor penting bagi memastikan komplikasi kencing kotor dapat dielakkan.
Jika anda mengalami gejala seperti yang tersenarai di atas, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan daripada doktor.
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)