29 Januari yang lalu, seorang kanak-kanak warga China berumur 4 tahun datang bercuti ke Langkawi bersama keluarganya. Dengan penularan wabak virus coronavirus ketika itu, dia juga turut disahkan positif menghidap virus tersebut.
Namun dia kini telah pulih dan disahkan bebas sepenuhnya daripada virus yang telah meragut ramai nyawa. Menurut laporan Berita Harian, Ia adalah kes pertama membabitkan individu disahkan positif coronavirus yang pulih daripada jangkitan itu di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sampel klinikal terhadap kanak-kanak berusia empat tahun itu yang dirawat di wad isoloasi Hospital Sultanah Maliha, kini didapati negatif daripada 2019-nCoV.
Jelasnya, sampel klinikal diambil sebanyak dua kali berturut-turut sejak kanak-kanak itu dikesan positif coronavirus pada 29 Januari lalu, sebelum disahkan negatif. Sehubungan itu, katanya, kanak-kanak itu yang kini sihat, sudah dibenarkan pulang.
Boleh dirawat
Ads
“Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China.
“Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat.
Ads
“KKM ingin mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan yang rapi sehingga kanak-kanak ini sihat semula dan dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ads
Malaysia masih kekal dengan 10 kes positif coronavirus
Pada 29 Januari lalu, Dr Noor Hisham memaklumkan mengenai kes positif kanak-kanak itu, selain dua lagi individu yang turut dikesan positif pada hari sama.
Setakat jam 6 petang semalam, sebanyak 10 kes didapati positif 2019-nCoV di negara ini, termasuk seorang rakyat Malaysia pertama dijangkiti wabak itu, manakala kes disyaki (PUI) ialah 213.
Sebak! Hanya itu sahaja yang dapat digambarkan saat melihat video baby Mysha Alhayaa’ Irdina binti Amir Fatihi yang tular menerusi aplikasi Tiktok apabila dia menangis setelah mendengar suara ibu dan abah buat pertama kali selepas 7 bulan lahir.
Menurut Encik Amir, baby Mysha mempunyai masalah pendengaran sejak lahir dan beberapa masalah kesihatan lain. Pada awal usia kandungan semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja, namun segalanya berubah selepas usia kandungan isterinya mencecah 35 minggu.
Tambahnya lagi, selepas anak syurga ini lahir pelbagai usaha dilakukan untuk menjaga zuriat tercinta sebaik mungkin. Namun takdir tidak menyebelahi keluarga ini apabila puteri kesayangan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pertengahan tahun ini.
Ikuti kisah yang banyak memberikan inspirasi buat ibu bapa lain yang dikongsi oleh Encik Amir ini.
Mysha Alhayaa’ Irdina merupakan penantian kami selepas 7 tahun menunggu. Namun pada usia kandungan 35minggu arwah lahir secara Emergency Czer kerana masalah perkembangan bayi tidak sama dengan usia kandungan (IUGR). Anak saya perlu dirawat di wad ‘special care nursery’ (SCN) selama 30 hari.
Bayi pramatang sangat sinonim dan terdedah dengan pelbagai komplikasi. Oleh yang demikian, doktor menasihati kami untuk menjalankan banyak ujian klinikal. Doktor mengesahkan anak saya menghidapi kondisi ‘Laryngomalacia’. Irdina perlu menggunakan tiub pemakanan (feeding tube) sehingga ke satu masa yang ditetapkan. Agak bahaya untuk dia minum susu melalui botol susu kerana risiko tersedak susu dan memasuki saluran pernafasan. Ini kira pertama kali saya menjaga anak yang memerlukan tube pemakanan.
info: (Larymgomalacia adalah masalah kongenital tisu larinks (kotak suara) di saluran pernafasan bahagian atas peti suara. Ini adalah masalah paling biasa ditemui di kalangan bayi yang mengalami masalah nafas berbunyi. Dan kebiasaannya masalah ini akan menjadi semakin baik mengikut perkembangan bayi)
Alhamdullilah kami suami isteri mempunyai ilmu dalam bidang kesihatan. Kami juga meluangkan masa membaca info-info kesihatan. Kesedaran ini penting dalam membantu proses pemulihan Irdina. Saya merasakan penglibatan ibu bapa dalam proses penyembuhan atau pemulihan anak-anak berkeperluan khas ini sangat digalakkan. Ibu bapa jangan pernah mengalah, InsyaALLAH akan ditunjukkan jalan penyelesaiannya.
Sayangnya Irdina juga gagal dalam ujian pendengaran. Semasa ujian saringan audiometer, pesakit perlu ditidurkan dan dengan menggunakan alat khas Audiometer untuk memeriksa tahap kehilangan pendengaran. Dan pegawai audiologi mengesahkan Irdina mempunyai masalah “Severe Sensory Neural Hearing Loss”. InsyaALLAH, kami percaya dengan intervansi yang sesuai Irdina mampu mendengar dan bertutur.
Namun sebagai bapa, saya percaya usaha tanpa lelah pasti membuahkan hasil. Pelbagai usaha diteruskan sehinggalah dia mampu untuk berinteraksi. Rangsangan audio-visual-sensori sangat penting di dalam memastikan perkembangan fizikal, sesori dan kognitif. Di antara intervensi yang kami lakukan adalah terapi fizikal dan carakerja secara berkala setiap 2minggu. Irdina juga menjalani terapi air (hydrotherapy) agar dapat memberi ransangan kepada sensori dan otot agar dia dapat berjalan. Kami juga melakukan aktiviti bersama seperti “shadow play”, “star gazing” dan “story telling” sebelum tidur.
Agak sukar pada mulanya urusan perubatan dan pemulihan Irdina disebabkan PKP. Untuk dapatkan alat pendengaran itu sahaja, saya terpaksa menunggu 4 bulan. Alat bantuan pendengaran membantu dia boleh mendengar beberapa tahap bunyi. Jika ingin melihatnya bertutur, Irdina perlu menjalani implan koklea.
Pastinya detik teristimewa bila dia mampu mengekspresikan dirinya buat pertama kali. Saya kongikan momen itu di tiktok hanya untuk berkongsi rasa dengan semua.
Saya percaya ia adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar. Saya membuat keputusan untuk berhenti kerja atas banyak faktor selain sifat perkerjaan saya yang memerlukan saya bekerja di luar kawasan. Pengorbanan meninggalkan kerjaya pastinya demi memastikan Irdina memiliki kehidupan yang lebih berkualiti.
Banyak masa dihabiskan bersamanya, dibantu oleh isteri dan anak sulung. Bagai diberi kekuatan untuk berjuang bersama-sama apabila saya memandang wajah comel Irdina. Saya tak jemu dalam memenuhi tuntuan temujanji anak malah lebih bersemangat bila melihat perubahannya. Saya terapkan dalam hati, sekecil-kecil manapun perkembagan Irdina, ia tetap perkembangan, patut dirai dan disyukuri.
Nasihat pegawai audiologi, kami guna-pakai. Irdina perlu memakai alat itu sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari untuk merangsang saraf pendengarannya. Jangan pernah mengalah walau anak tidak memberi respon apabila kita bercakap dengannya. Alhamdulillah bila terbiasa dengan menggunaan alat pendengaran dia mudah menunjukkan respon pada terapi.
Saya sangat bahagia bila mengenang momen Irdina bersama abangnya membaca buku cerita. Alhamdulliah dia juga boleh mengekpresikan emosinya dengan lebih baik.
Setiap orang ada ujiannya. Redha itu penting supaya tahap emosi kita dalam keadaan baik. Kita juga perlu bijak dalam menyalurkan tekanan bila menjaga anak-anak bekeperluan khas. Setiap orang mungkin lain caranya, dan saya suka meluangkan banyak masa dgn anak-anak dan isteri untuk kekal positif seperti berjalan-jalan di pantai. Sepanjang 2 tahun ini, saya berjumpa dengan ramai ibu bapa yang hebat-hebat. Saya memahami perjuangan mereka.
Banyak lagi perancangan untuknya seperti implan koklea. Sesungguhnya, hanya Allah sebaik-baik perancang. Tanggal 17 Jun 2022, Irdina pulang ke Negeri Abadi pada Jumaat hari yang mulia dalam dakapan saya asbab jangkitan kuman.
Semoga pengorbanan kecil saya ini dipandang Allah. Saya pasti merinduinya, segala-galanya tentang dia. Semangatnya akan selalu bersama saya. Bermainlah wahai anakku, sehingga bertemu kembali di Syurga Allah.….
Batuk dan selsema dianggap penyakit dua serangkai yang tidak dapat dielakkan. Paling tidak dalam setahun, mesti beberapa kali diri kita sendiri atau anak-anak mengalami batuk dan selsema. Biasanya ubat dari klinik atau dibeli dari farmasi sudah ada tersimpan di rumah.
Cumanya bagi ibu bapa yang ada anak kecil, tak boleh sebarangan berikan anak-anak ubat batuk atau selsema tanpa nasihat doktor. Bimbang kesannya boleh memudaratkan anak kita.
Bagaimanapun anak kecil yang tak diberikan ubat , ibu bapa boleh ikhtiar dengan rawatan alternatif untuk membantu mengurangkannya.
Perkongsian dari Puan Noraliza Alwi mengenai dua cara yang digunakannya untuk rawat masalah batuk dan selsema anak dengan menggunakan buah lemon dan dilema bolehlah dicuba.
Sebelum ini adik Ammar demam panas tengah malam waktu hari pertama di Paris. Kami dah gelabah. Ubat demam memang bawa, cumanya selepas 4 jam bagi syrup paracetamol tu, panasnya mencanak semula.
Mesti mahu lemon juga ni. Malam tu juga menapak ayahnya meredah hujan cari juga lemon. Mujur ada kedai masih lagi buka.
Caranya buat mandi dan letak dalam stokin tidur malam.
Alhamdulillah baru mahu kebah. Senanglah sikit hati nak jalan-jalan esoknya. InsyaAllah setakat ini kalau anak demam memang lemon saja ikhtiar dia.
Hari ni dah balik rumah baby dah mula nak jadi selsema dan batuk nampaknya.
Ok juga dah ada di rumah. Kelengkapan semua ada. Jadi malam ni mama mula rawatan di rumah saja. Ubat batuk tak berani nak bagi untuk baby bawah 1 tahun. Saya biasa guna ubat batuk natural saja.
Ada 2 cara, saya guna dua-dua.
🍋Cara 1 (cara luaran)
1. Guna bawang putih 3 ulas dan hirisan lemon
2. Air mendidih
3. Campurkan bawang putih dan lemon tadi dalam air mendidih dan wapkan baby.
4. Buatlah sehari dalam 3-4 kali. Paling wajib sebelum tidur malam mesti sekali.
🍅 Cara 2 (bagi minum jus delima)
1. Potong separuh buah delima, perahkan jusnya.
2. Dapat dalam 5ml dah ok
3. Bagi baby minum dalam 2-3 kali
4. Wajib bagi sekali sebelum tidur malam.
Alhamdulillah dari pagi batuk kong kong dengan hidung berair saja, lepas bagi 2 cara ini, boleh nampak dia lega 80%.
Buat masa ni lemon, bawang putih dan delima cukup serasi dan cepat baik selsema dan batuknya. Kalau dah lebih setahun, boleh campur madu juga.
Apa yang menyebabkan “Karies Gigi Botol Susu” atau lebih dikenali dengan Early Childhood Caries?
Menurut Doktor Digi, Dr Azila Mohd Kassim, sebab utama ialah kerana gula yang terkandung dalam makanan ringan seperti coklat, lollipop malah susu formula boleh terhakis di gigi anak anda.
Jika anak anda mempunyai kebiasaan tidur atau berjalan-jalan dengan botol susu ia boleh menyebabkan gula sering disimpan di mulut anak anda.
Proses risikonya seperti berikut:
⚡Gula yang senang dijajah oleh bakteria-bakteria
⚡Bakteria boleh menghasilkan Asid
⚡Asid boleh menyumbang kepada kerosakan gigi
Ingat ya anak anda memerlukan gigi susu yang sihat untuk mengunyah makanan dan bercakap. Jadi bukan orang dewasa sahaja kena check gigi, anak-anak kecil pun kena periksa gigi juga.
Tak comel takpa janji gigi tak hitam🤗
CEGAH KARIES GIGI SUSU
1. Mulakan memberus gigi anak anda apabila gigi pertama sudah tumbuh.
2. Gunakan ubat gigi berflorida
• Secalit nipis umur kurang 2 tahun
• Sebesar saiz kacang ‘pea’ 2-5 tahun,
• 2 minit x 2 kali sehari
3. Jangan biarkan anak anda tidur sambil menghisap botol susu.
4. Jangan kongsi sudu/garpu atau merasa makanan sebelum menyuap kepada anak anda.
5. Elakkan gula ke dalam botol susu.
6. Pantau tahap pengambilan gula dan kekerapan pengambilan makanan ringan.
7. Tidak terlalu awal untuk membawa anak anda untuk menjalankan pemeriksaan gigi.
8. Pastikan pemeriksaan gigi dilakukan sebelum kanak – kanak berumur satu tahun.
9. Jika anak anda mengalami sakit gigi atau bengkak sila dapatkan rawatan segera.