Ramai ibu menyusu berkongsi petua milk booster banyakkan susu ibu. Ada macam-macam petua makanan yang boleh banyakkan susu ibu. Antara yang popular adalah air barli, air longan, susu oat campur kurma dan macam-macam minuman lagi.

Tapi mungkin kita terlepas pandang atau ada yang tak tahu rupa-rupanya buah-buahan yang kaya dengan vitamin C boleh membantu ibu menyusu membanyakkan susu ibu. Ia dikongsi oleh Cik Ara Syikin Susuibupro di Youtube.

Dengan kata lain ia sangat mudah dan tak memerlukan anda untuk memasak atau melalui proses penyediaan membuat milk booster yang kadang kala mengambil masa lama.

Ibu boleh terus makan buah-buahan tersebut atau kalau rajin boleh dibuat jus sama ada hendak digabungkan dengan pelbagai jenis buah atau dicampur dengan susu segar dan coklat.

Kalau rasa malas nak buat sendiri, pergi sahaja ke kedai makan dan order jus buah tersebut. Yang penting ia mesti dijadikan amalan dan rutin supaya penghasilan susu ibu terus terangsang. Namun elakkan penggunaan susu pekat atau gula semasa membuat jus.

Ini antara jus buah yang boleh banyakkan air susu ibu.

  1. Jus avocado
  2. Jus betik
  3. Jus oren
  4. Jus lobak merah + susu segar
  5. Jus lemon/limau
  6. Jus nenas
  7. Jus mangga
  8. Jus jagung
  9. Jus tembikai
  10. Jus tembikai susu
  11. Jus epal
  12. Jus tomato

Cara membuat jus avocado

Petua Milk Booster Terbaik Hanya Guna Buah Tinggi Vitamin C. Antaranya Jus Avocado. Sedap Dan Mudah!

Bahan-bahan

IKLAN

1 biji buah avocado yang ranum

1 cawan susu segar

Sedikit sirap coklat cair

Beberapa ketul kiub ais

Cara-caranya

IKLAN
  1. Potong buah avocado 2 bahagian, buang bijinya. Korek isi avocado dengan sudu dan masukkan dalam blender.
  2. Masukkan susu, ais kiub dan sedikit air masak.
  3. Kisar sehingga halus. Ia akan semakin memekat. Tambah air kalau suka cair sedikit.
  4. Tuang ke dalam gelas dan masukkan coklat cair mengikut citarasa anda.

Cara buat jus tomato

Petua Milk Booster Terbaik Hanya Guna Buah Tinggi Vitamin C. Antaranya Jus Avocado. Sedap Dan Mudah!

Selain boleh membantu menambahkan susu ibu, tomato juga terkenal bagus untuk penjagaan kulit muka selembut kulit bayi kalau diamalkan selalu.

Bahan-bahan

1 biji buah tomato

IKLAN

1 biji buah epal merah

1/2 batang lobak merah

1 cawan susu segar

Cara-caranya

  1. Potong kecil tomato, epal dan lobak merah dan masukkan dalam blender.
  2. Masukkan susu segar dan kisar sehingga halus.
  3. Tuang ke dalam geas dan boleh tambah sedikit madu jika tak suka rasa terlalu masam.

Semoga dengan mengamalkan pemakanan sihat dan rajin makan buah-buahan secara mentah atau dibuat jus, makin bertambah banyaklah penghasilan susu ibu anda semua.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI