Mama pastinya dah cari dan sediakan resipi menarik untuk juadah berbuka puasa esok. Apa juadah untuk anak kecil kita yang belajar berpuasa? Selain makanan berkhasiat, cari juga resipi yang mampu menarik perhatian anak-anak kita. Barulah semangat mereka nak meneruskan puasa hingga ke petang.

Resipi yang dihasilkan oleh Puan Mishalie Daniel ini memang cute. Menariknya warna ungu ini dihasilkan daripada buah naga. Bukan saja berkhasiat bahkan warnanya pun menarik. Jom tarik perhatian anak-anak kita untuk berpuasa esok hari. Ayuh mama!


Roti Jala Dragon Fruit With Sos Ala Castard In The House??. Amboi…panjangnya nama. Biasa roti jala asyik warna kuning je kan ? Apa kata kita tukar roti jala warna pink pulak.

Pikat Selera Anak Berpuasa Dengan Roti Jala Dragon Fruit Ni, Cutenya, Confirm Anak Suka!

IKLAN

Bahan-bahan:
Buah naga
1 cawan tepung gandum faiza
Susu full cream fernleaf
1 biji telur

Cara membuatnya:
Blend kan semua bahan2 di atas sehingga sebati.
Masukkan adunan roti jala ke dalam acuan.
Lengserkan sedikit minyak di atas kuali, dan golek ke kiri dan ke kanan / kirai acuan.
Biarkan 1 minit , angkat dan gulung roti jala yang telah siap.

Pikat Selera Anak Berpuasa Dengan Roti Jala Dragon Fruit Ni, Cutenya, Confirm Anak Suka!

IKLAN

Untuk sos ala castard
Susu fernleaf full cream
1 sudu besar tepung jagung ( bancuh dgn air )
1 biji kuning telur ( kuning saja , yg putih buang )
Esen vanilla
Puree kurma

Pikat Selera Anak Berpuasa Dengan Roti Jala Dragon Fruit Ni, Cutenya, Confirm Anak Suka!

IKLAN

Cara membuatnya

Panaskan sekejap susu dan hampir mendidih, keluarkan dan tuang ke dalam mangkuk.
Masukkan kuning telur ( sambil masukkan kuning telur sambil pukul susu tu laju-laju, untuk elakkan telur menjadi masak )
Masukkan balik ke dalam periuk, puree kurma , esen vanilla dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat
Siap!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI