Nampak sedapkan Thai bread carbonara ala burger Malaysia? Anak-anak pun confirm suka! Jom kita godek bahan-bahan yang ada. Bukan sahaja boleh dijadikan sarapan pagi malah sebagai kudap-kudap petang. Yang paling penting, intinya terpulang pada citarasa mama atau anak-anak.

Resepi Thai Bread Carbonara Viral, Ala Burger Malaysia


Pikat Selera Anak Dengan ‘Thai Bread Carbonara’ Viral, Ala Burger Malaysia!

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
3/4 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil baking powder

Pikat Selera Anak Dengan ‘Thai Bread Carbonara’ Viral, Ala Burger Malaysia!

IKLAN

Cara Penyediaan:

Satukan dulu yis, gula dan air suam dalam gelas. Kacau rata. Pastu satukan tepung gandum dan baking powder dalam bekas. Tuang air yis tadi. Takyah tunggu yis kembang. Kacau rata. Uli. Uli gitu-gitu je.

Bila dah rata sikit, letak marjerin. Uli lagi sampai licin sikit dohnya. Pastu perap sejam. Dah perap, tumbuk doh. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Pastu bulat-bulatkan. Pahtu celup dalam telur yang dipecah dan golek-golek dalam serbuk roti.

IKLAN

Pastu perap lagi dalam 30/40 minit. Goreng dengan api perlahan. Siap.

Pikat Selera Anak Dengan ‘Thai Bread Carbonara’ Viral, Ala Burger Malaysia!

Inti dia pakai sos carbonara saje…tumis bawang holand dan bawang putih..cincang sosej dan tumis dengan lada hitam.. Campur kiub ayam sikit ..letak air sikit ..agak-agak dah pekat baru tutup api. Nak letak inti apa-apa pun boleh

IKLAN

Pikat Selera Anak Dengan ‘Thai Bread Carbonara’ Viral, Ala Burger Malaysia!

Kresit : Che Fyqah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pikat Selera Anak Dengan ‘Thai Bread Carbonara’ Viral, Ala Burger Malaysia!

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI