Bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di UK dalam jurusan Pengajian Kanak-Kanak (Childhood Studies) di United Kingdom. Anak mereka, Maream Esabel turut dibawa ke sana.
Setelah berpisah dengan Ally pada tahun 2016, Farah dilihat suka berdikari dan banyak melakukan aktiviti sukarelawan. Pemilik jenama pakaian Omma & Esabel ini telah memuat naik status di Instagram mengenai penghijrahannya itu.
Sebelum Farah & Maream berlepas ke UK, Ally Iskandar juga turut memuat naik gambarnya bersama anaknya yang berusia 4 tahun itu berserta kapsyen yang pendek tapi amat mendalam maksudnya.
Ads
Tidak dinafikan, menuntut ilmu bersama anak di luar negara tidak mudah. Di samping memberikan tumpuan kepada pelajaran,anak juga perlu diberikan perhatian. Ramai yang mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada ibu muda ini.
Lapan pelancong dari China disyaki dijangkiti koronavirus dikuarantin di hotel di Johor Bahru untuk pemeriksaan lanjut.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, mereka dikuarantin buat sementara waktu berikutan mempunyai hubungan terus dengan satu kes koronovirus yang dilaporkan di Singapura semalam.
“Kita baru sahaja menerima maklumat bahawa di Singapura ada satu kes dilaporkan dan lapan orang yang dikuarantin ada (disyaki) hubungan terus dengan kes berkenaan.
“Mereka sudah diasingkan di hotel di Johor Bahru dengan penelitian pasukan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) bagi memantau pesawat AK1310 dari Singapura ke Ipoh yang tiba di lapangan terbang berkenaan di Ipoh, hari ini.
Dr Boon Chye berkata, kesemua lapan warga China itu akan dikuarantin sekurang-kurangnya selama seminggu.
“Mereka bukan pesakit dan cuma disyaki kerana mempunyai hubungan terus dengan kes di Singapura,kesemua mereka akan dipantau,” katanya
Katanya, setakat ini tiada kes membabitkan warga tempatan yang dijangkiti wabak itu.
“Kita akan terus memantau dan membuat saringan agar kita dapat ‘pick up’ pada peringkat awal dan asingkan sekiranya mereka ada kes sedemikian melepasi sempadan kita,” katanya.
Beliau berkata, setakat ni sudah terdapat lebih 800 kes di seluruh dunia membabitkan 26 kes kematian dengan kebanyakan tempat di negara China sudah mempunyai kes berkenaan kecuali di tiga daerah.
“Terdapat juga kes yang dilaporkan di beberapa negara termasuk di Singapura, Hongkong, Macau, Taiwan, Jepun, Thailand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, ini menunjukkan ada risiko kerana kita menerima pelancong deripada negara China hampir tiga juta setiap tahun,” katanya.
Dr Boon Chye berkata, pihaknya ketika ini turut sedang mengkaji langkah untuk membuat saringan khususnya mereka yang datang dari China melalui Singapura.
“Kita sedang mengkaji bagaimana kita hendak membuat membuat saringan khususnya mereka yang datang dari China melalui Singapura kerana kita mahu memastikan bahawa tidak ada kes koronavirus masuk ke dalam negara kita,” katanya.
NSTP sebelum ini melaporkan seorang warga China diuji positif sekali gus menjadi mangsa pertama wabak coronavirus di negara seberang tambak itu.
Lelaki berusia 66 tahun berasal dari Wuhan, China tiba di Singapura bersama sembilan rakan lain, pada Isnin lalu menginap di Resort Shangril-La Rasa Sentosa, dekat sini.
Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan mengesahkan kes itu.
Sumber: Hmetro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran adakalanya tidak dapat dijangkakan. Apatah lagi jika sudah ada tanda-tanda awal seperti pendarahan & kontraksi. Pengalaman yang dilalui ibu ini unik dan istimewa apabila melahirkan cahaya matanya di dalam kenderaan di parkir sebuah ibu pejabat polis (IPD).
Ibu muda, Anis Syabila Roslan, 19 tidak sempat tiba di hospital untuk bersalin dan menyebabkan dia terpaksa melahirkan di dalam kereta di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau.
Dia yang selamat melahirkan seorang bayi perempuan dalam kereta di kawasan parkir IPD Arau kira-kira 12 tengah semalam dalam perjalanan bersama dengan ibu mentua dan ibu bapanya dalam perjalanan dari rumah ke hospital pada kira-kira 11.30 pagi.
“Anak lelaki saya sebelum itu telefon beritahu isterinya mengalami pendarahan disamping mengadu berasa sakit hendak bersalin.
“Saya dan besan kemudiannya ke rumah mereka untuk membawa Anis ke hospital,” kata ibu mertua Anis yang dikenali sebagai Toyibah.
Namun keadaan menjadi cemas ketika dalam perjalanan dan sampai di bandar Arau. Menurut Toyibah, besannya yang turut serta telah memaklumkan kepala bayi sudah kelihatan.
“Besan lelaki yang sedang memandu kereta cemas dan gusar melihat keadaan itu. Dia terus membelokkan kereta ke pekarangan IPD dan meminta kebenaran anggota polis untuk Anis bersalin di situ,” katanya.
Menurutnya, anggota polis memberi kebenaran kepada mereka serta turut membantu keluarga berkenaan bagi memudahkan menantunya bersalin. Namun dalam suasana cemas dan kesakitan yang dialami Anis, proses kelahiran terpaksa diteruskan di dalam kereta.
“Pada mulanya anggota polis menawarkan bilik kosong tetapi dengan keadaan Anis yang sedang bertarung nyawa, kami terpaksa biarkannya bersalin dalam kereta.
“Kira-kira 12 tengah hari, Anis selamat melahirkan bayi perempuannya yang disambut sendiri oleh besan,” katanya.
Menurut Toyibah, kira-kira 10 minit selepas kelahiran ambulans tiba dan kemudiannya membawa Anis dan bayinya ke hospital. Dia turut memanjatkan kesyukuran diberikan bantuan ketika saat genting itu.
“Kami bersyukur kerana semuanya selamat dan berterima kasih kepada pihak IPD Arau yang turut membantu menantu bersalin,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan ia pertama kali berlaku di IPD berkenaan.
“Melihatkan keadaan mereka yang darurat, semestinya anggota kami akan membantu sedaya mungkin untuk memudahkan urusan keluarga berkenaan.
“Kami bersyukur tiada komplikasi yang berlaku ketika bayi berkenaan dilahirkan dan adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai dan anggota polis untuk membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya.
Sampainya hati ibu! Langsung tiada rasa belas kasihan. Siapa sangka bayi yang baru dilahirkan maut selepas dicampak dari tingkat 13 sebuah apartmen di Bandar Baru Farlim, Air Itam, Georgetown, pagi ini (10 Julai).
Kecederaan parah di kepala
Difahamkan mangsa dicampak ibunya yang berusia 18 tahun. Ibu bapa kepada wanita berusia 18 tahun itu dipercayai berada di rumah ketika kejadian.
Mayat bayi yang mengalami kecederaan parah di kepala itu ditemui penduduk yang mahu ke tempat kerja.
Kejadian kedua dalam tempoh 2 bulan
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan kejadian itu.
Ini adalah kejadian kedua berlaku di kawasan itu dalam tempoh dua bulan.
Pada 13 Mei lalu, bayi yang baru dilahirkan dicampak dari tingkat empat sebuah flat di Persiaran Mayang Pasir 5, beberapa jam selepas dilahirkan.
Dalam kejadian 13 Mei itu, bayi perempuan terbabit ditemui dalam keadaan masih bernyawa di bahagian kawasan terbuka flat.
Susulan itu, ibunya yang berusia 18 tahun dan teman lelakinya ditahan polis untuk siasatan.
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...