Pilih Jurusan Pengajian Kanak-Kanak, Farah Lee Lanjut Pelajaran Ke UK. Maream Pun Ikut Sekali

Share

Bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di UK dalam jurusan Pengajian Kanak-Kanak (Childhood Studies) di United Kingdom. Anak mereka, Maream Esabel turut dibawa ke sana.

Setelah berpisah dengan Ally pada tahun 2016, Farah dilihat suka berdikari dan banyak melakukan aktiviti sukarelawan. Pemilik jenama pakaian Omma & Esabel ini telah memuat naik status di Instagram mengenai penghijrahannya itu.

HIJRAH AKU PADA TARIKH HIJRAH NABI

RUMAH UNTUK SETAHUN (MUNGKIN JUGA LEBIH)

#ommamareamUK

Sebelum Farah & Maream berlepas ke UK, Ally Iskandar juga turut memuat naik gambarnya bersama anaknya yang berusia 4 tahun itu berserta kapsyen yang pendek tapi amat mendalam maksudnya.

Tidak dinafikan, menuntut ilmu bersama anak di luar negara tidak mudah. Di samping memberikan tumpuan kepada pelajaran,anak juga perlu diberikan perhatian. Ramai  yang mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada ibu muda ini.

Sumber: Instagram farahlee_ & allyiskandarrasmi

IKLAN