Bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di UK dalam jurusan Pengajian Kanak-Kanak (Childhood Studies) di United Kingdom. Anak mereka, Maream Esabel turut dibawa ke sana.
Setelah berpisah dengan Ally pada tahun 2016, Farah dilihat suka berdikari dan banyak melakukan aktiviti sukarelawan. Pemilik jenama pakaian Omma & Esabel ini telah memuat naik status di Instagram mengenai penghijrahannya itu.
Sebelum Farah & Maream berlepas ke UK, Ally Iskandar juga turut memuat naik gambarnya bersama anaknya yang berusia 4 tahun itu berserta kapsyen yang pendek tapi amat mendalam maksudnya.
Tidak dinafikan, menuntut ilmu bersama anak di luar negara tidak mudah. Di samping memberikan tumpuan kepada pelajaran,anak juga perlu diberikan perhatian. Ramai yang mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada ibu muda ini.
Dalam kita sibuk bergembira meraikan hari raya dengan baju baru, rumah cantik, perhiasan rumah baru masih ada lagi yang tetap bersyukur meraikan hari raya walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Menurut perkongsian daripada pengguna Facebook, Tuan Abd Ghani Haron dia berkongsi sebuah cerita dimana sepasang suami isteri yang serba kekurangan sedang memilih baju terpakai buat anaknya kerana mereka tidak mampu.
Sebuah kisah akhir Ramadhan buat renungan
Pasangan suami isteri itu berpakaian lusuh Mengendong Anak Tak Berbaju
Petang menjelang 1 syawal yang lalu, kami menerima kunjungan sebuah keluarga kecil yang datang untuk memilih pakaian terpakai yang digantung di bawah bumbung di luar pagar. Pasangan suami isteri itu tampak berpakaian lusuh, si suami mengendong anak lelaki yang tidak berbaju, manakala si isteri memegang tangan anak perempuan lingkungan usia 8 tahun.
Membelek helaian baju yang digantung
Mereka begitu tekun membelek helaian baju yang digantung. Sekejap-sekejap kedengaran tawa riang anak perempuan kecil itu bila ibunya mengacu baju ke badannya..barangkali gembira beroleh pakaian baru yang sesuai. Saya dan isteri kebetulan berada di luar rumah selepas melawat ibu kami. Isteri saya menegur mereka dan bertanya dari mana mereka datang. Nyata mereka datang dari sebuah kawasan perumahan flat di sungai petani yang jaraknya hampir 20km dari rumah kami.
Tak Mampu Beli Pakaian Baru Untuk Anak-Anak
Bila ditanya kenapa datang begitu jauh, jawapan si ayah membuat saya bungkam. “Kak, saya tak mampu nak beli pakaian baru untuk anak-anak sempena hari raya ini. Cukuplah saya dapatkan pakaian terpakai ni untuk gembirakan hati anak kami, lagipun baju-baju di sini nampak masih elok untuk dipakai”.
Kita Lupa Mensyukuri Nikmat Sedangkan Ada Lagi Manusia Serba Kekurangan
Kata- kata ini membuat saya merenung betapa seringkali kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan, meminta-minta untuk mendapatkan yang lebih, sedang ada manusia yang serba kekurangan memanjatkan syukur yang amat pada rezeki yang tidak seberapa di mata kita. Sedang kita asyik mendongak memandang ke langit, cemburu melihat apa yang tidak mampu dicapai, kita lupa menunduk ke bawah merenung apa yang di bumi, mensyukuri apa yang telah dikecapi.
Kita Merungut Tak Boleh Beraya Sakan, Tapi Keluarga Ini Bahagia Memilih Pakaian Terpakai
Ketika kita merungut tidak boleh beraya dan bergaya sakan dengan baju raya tahun ini dek kerana pkp, keluarga ini cukup bahagia memilih gantungan pakaian terpakai untuk menyambut hari raya. Seolah tiada gundah di hati mereka pada riak wajah yang gembira melayan anak-anak memilih baju terpakai. Demikianlah rasa cukup apa yang ada yang melahirkan ketenangan pada jiwa-jiwa yang bersyukur.
Allah berfirman dalam Surat Ibrahim ayat 7 berikut:
Ertinya: Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pandanglah orang yang berada dibawah kalian, jangan memandang yang ada di atas kalian, itu lebih baik membuat kalian tidak mengkufuri nikmat Allah” (HR. Muslim)
Kekayaan Hakiki Adalah Hati Yang Sentiasa Berasa Cukup
Ingatlah pesan Rasulullah SAW kepada umatnya: “Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang sentiasa berasa cukup.” ( hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Muhasabah Diri
Ayuh kita muhasabah diri, sudahkah kita melafazkan syukur hari ini kepada Allah, atas nikmat nafas yang dihela, nikmat mata yang boleh melihat, nikmat tangan yang boleh memegang, nikmat kaki yang boleh berjalan, nikmat pakaian yang menyamankan, nikmat kereta yang memudahkan pergerakan, nikmat rumah untuk perlindungan. Berhentilah merungut pada perkara yang tidak dimiliki, mulalah menghitung nikmat yang lupa untuk disyukuri.
Untuk makluman, Projek sedekah pakaian terpakai ini telah berlangsung hampir 9 tahun. Ia telah menjadi saksi beribu-ribu pakaian bertukar tangan. Beribu-ribu hati yang gembira dan berbunga menyarung pakaian hasil sumbangan anda para dermawan. Sehingga kini, kami masih menerima sumbangan pakaian terpakai untuk disedekahkan. Malah ada juga yang menyumbangkan periuk, pinggan mangkuk, kasut, buku cerita dan kelengkapan bayi seperti stroller dan child car seat. Sumbangan boleh disampaikan dengan datang sendiri ke rumah Cikgu Ghani ( sebelum jam 6petang) di Tikam Batu atau poskan ke alamat 318B, Kg Masjid, 08600, Tikam Batu, Kedah. Semoga sumbangan kecil kita ini terus dapat menggembirakan hati mereka yang memerlukan. InsyaAllah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasih suami buat isteri terlihat dari caranya melayan isteri. Begitulah dapat digambarkan bagaimana bahagianya kehidupan berumah tangga pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang sentiasa melayani isteri dengan kasih dan sayang.
Menerusi perkongsian terbaru Ebit Lew di instagramnya, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang baik dan banyak bekorban demi kebahagiaan rumah tangga. Walaupun Ebit Lew mampu namun sikap isterinya yang tidak meminta-minta membuatkan dia sebak dan bersyukur.
Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi benar bersyukur pada Allah. Selamat hari lahir bidadariku tercinta. Terima kasih bidadari abang sebab sentiasa menemani hidup ini dari dulu sehingga hari ini. Bahagia bersyukur kerana Allah menemukan kita. Allah yang maha baik yang mengaturkan segalanya.
Kasih sayang Allah. Doa bidadari ini. Dulu abang sentiasa ada doa mak ayah. Sekarang Allah tambah beri bidadari dalam hidup abang. Masa berlalu. Entah berapa hari yang tinggal. .
Terima kasih kerana sentiasa bersama abang. Tak pernah meminta apa-apapun. Tak susahkan abang.
Terima kasih 4 kali hampir ‘mati’ melahirkan anak kita. 4 kali mati untuk abang. Abang takde korban apapun.
Terima kasih Allah atas semua nikmat dalam hidup ini. Syukur Allah hadiahkan bidadari disisi menemani perjuangan ini. Rindu dapat berjuang di jalan Allah. Membantu orang miskin dan anak yatim. Dirimu segalanya dalam hidup ku. Isteriku Bidadari. Hidup didunia saat rasa penat,pedih sakit,Allah beri dirimu bidadariku penyejuk mata, jiwa dan hidup ini.
Terima kasih sayang bidadariku. Selamat hari lahir 17 Jun. Allah beri bidadari abang sentiasa cantik menawan lawa baik solehah takwa paling indah dalam hidup ini-ebitlew
Jauh di sudut hati Muhammad Rizal Jusoh, 42, bapa kepada Muhammad Nur Rashdan berusia 19 bulan yang meninggal dunia akibat dikelar ibu kandung di FELDA Jengka 13, Maran telah memaafkan perbuatan isterinya.
“Saya maafkan perbuatan isteri dan tidak menolak kemungkinan akan menarik semula laporan polis yang dibuat, namun undang-undang lebih ‘kuat’ daripada saya untuk menentukan nasib seseorang.”
Muhammad Rizal turut akan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada sanak saudara termasuk keluarga sebelah isterinya, sama ada mahu membiarkan undang-undang menjatuhkan hukuman atau menarik semula laporan.
Katanya, dia turut mengesahkan kejadian itu berlaku tanpa disedari isterinya dan menolak dakwaan sesetengah pihak yang membuat spekulasi mengatakan suspek sedar ketika mengelar anak bongsu daripada tiga beradik itu.
“Sedangkan Allah SWT memaafkan hambaNya apatah lagi manusia biasa seperti saya.
“Hidup saya tidak lengkap tanpa dia (ister) dan siapa yang hendak menjaga makan minum dua lagi anak Mohamad Nur Rusyaidi, 7, dan Mohamad Rafiuddin, 5.
“Dia memang tidak sedar kerana dia boleh tanya semula apa yang berlaku dan siapa yang bunuh Muhammad Nur Rashdan,” katanya
Ketika pengebumian jenazah Muhammad Nur Rashdan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Jengka 13 kelmarin, Mohamad Nur Rusyaidi dan Mohamad Rafiuddin kelihatna sugul, namun mengerti apa yang sebenar berlaku.
Dalam kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempatkejadian akibat kehilangan banyak darah.
Suspek mengelar anaknya selepas membawa masuk ke dalam bilik sebaik sahaja selesai membaca al-Quran di dalam bilik lain.
Kejadian disedari Muhammad Rizal selepas terdengar suara mangsa merengek lemah dan berasa pelik sebelum masuk bilik untuk melakukan pemeriksaan.
Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula kelmarin di Balai Polis Maran bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.