Tempoh berpantang yang lama membuatkan ada ibu yang baru melahirkan mula rasa tidak selesa sepanjang tempoh itu. Menyediakan bilik berpantang yang selesa, cantik serta mengikut citarasa ibu berpantang sememangnya menjadikan ibu lebih bersemangat sepanjang tempoh berpantang.
Mahu lebih selesa sepanjang masa, idea ibu ini, Ezah Hazreen yang mewujudkan bilik berpantang sendiri memberi inspirasi kepada semua.
Tidak perlukan modal yang banyak, hanya menggunakan perabot sedia ada dan ditambah beberapa aksesori yang baharu, ruang sekeliling menjadi cukup cantik, kemas dan selesa.
Jom intai idea dekorasi tema warna putih kelabu ini. Memang kemas!
Sharing bilik berpantang sis.
Masa tahu pregnant dah set dalam kepala nak pantang tenang-tenang ( siap ambik CL 2 weeks), so terjadi la bilik tema Cool & Cozy.
Ads
First sekali deco bilik kakak dulu, ajar dia tidur bilik asing, alhamdulillah berjaya tidur bilik asing sebelum adik lahir.
Barang banyak yang sedia ada, banyak jugak beli baru.
Baby cot boleh buka tengah, bila baby dah lahir kita buka palang tu, jadi macam Bedside je. Senang untuk BF mommy. Katil ni katil kakak dulu beli 5y ago, Brand Sweet Cherry, tak tahu ada jual lagi ke tak.
Cermin dah drill dekat dinding, jangan risau.
Ads
Ni letak dekat luar bilik sebab tak nak crowded, malam-malam tolak troli masuk bilik senang nak tukar pampers baby.
Tempat changing tu jangan biar baby sorang-sorang taw, ni kita snap gambar kejap jee, kerusi dekat sudut ni tempat termenung.
Bakul beli dekat Eco, susun baju baby, mana yang dah tak muat bagi je orang, ehhh.
Ads
Tempat termenung Sis, tapi suami lebih banyak termenung.
Sesi pembelajaran dari rumah atau PdPR yang dilaksanakan anak-anak kita di rumah kini menuntut lebih banyak fokus bukan hanya dari anak itu sendiri bahkan ibu bapa.
Bagi memantau pembelajaran anak di rumah, seorang ibu, Pn Hazlina Humaini tampil berkongsi cara mudah bagi membolehkan anak-anaknya belajar dengan selesa di rumah tanpa mengeluarkan belanja wang besar.
Cukup kreatif bila ibu ini menghasilkan ruang belajar seolah-olah berada di tempat kerja, siap dengan pembahagi ruang supaya anak-anak punya ruang belajar sendiri.
Menariknya kos yang digunakan cukuplah murah malah paling mudah hendak disediakan.
Ini cara saya buat station online anak-anak sebab semua nak berkumpul dekat-dekat terpaksalah mama guna dining table aje sebab 4 orang nak guna.
Mama pun senang nak pantau anak-anak sambil WFH. Nampak lebih fokus cara macam ni.
Kos sekeping partition RM2.10, Total saya pakai 14 keping, jadi lebih kurang below RM30 sahaja.
Diorang suka lah sebab rasa ada tempat sendiri.
Lebih fokus anak-anak nak belajar sebab tak ada gangguan di sebelah.
Saya pun suka sebab mudah nak pantau anak-anak. Lagi pun bila keadaan kemas saya tak rasa serabut dengan cable-cable yang berselirat.
p/s: Ramai betul yang komen nampak screen ada roblox. Ini waktu petang dah habis time online class. Budak-budak ni pun dah pakai pyjamas hahahah.
Satu usaha yang bukan sedikit namun dengan cara ini bukan hanya buat anak lebih fokus belajar malah buat anak lebih seronok untuk belajar bersama-sama di ruang sendiri. Terbaiklah!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menyimpan wang di masa hadapan setiap bulan selalu sahaja buat kita terbabas. Ada kalanya kita culas dek mendahulukan keperluan yang lebih diutamakan. Sudahnya simpanan terpaksa dilupakan.
Apa kata kita memilih untuk membuka akaun simpanan emas pula demi masa depan kita dan anak-anak. Cara ini sudah semestinya lebih baik dan berkesan untuk kita. Menurut perkongsian superdaddy, Khairul Abdullah, cara ini ternyata lebih konsisten!
Kenapa kita perlu simpan emas sebagai persediaan awal demi kesejahteraan keluarga?
1. Emas merupakan asset bernilai zaman-berzaman. Emas adalah logam yang berharga sejak zaman dahulu dan sehingga kini, emas dilihat sebagai simbol kekayaan. Emas sentiasa laku, boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Emas adalah duit kerana simpanan emas hanya menukarkan duit kepada emas. Penyimpan emas sudah tentu memiliki duit, tetapi orang yang berduit belum tentu memiliki emas.
2. Emas melindungi ekonomi keluarga kerana emas adalah duit. Emas merupakan asset yang mudah cair dan boleh ditukarkan kepada duit pada bila-bila masa. Ini menjadikan emas sebagai pelindung kewangan dan ekonomi keluarga sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
3. Emas bersifat kalis inflasi. Berbanding duit, nilai emas langsung tidak terkesan dengan kadar inflasi. Disebabkan inflasi, nilai wang ringgit kita sekarang tidak akan sama dengan beberapa tahun yang akan datang berbanding nilai emas yang akan sentiasa kukuh sekian lamanya.
4. Emas sebagai dana pendidikan. Dengan emas, pendidikan anak-anak akan terjamin seterusnya mendapat pekerjaan yang baik. Setiap tahun, yuran pendidikan semakin meningkat tetapi dengan simpanan emas kita bukan sahaja tidak perlu risau, malah anak-anak juga tidak perlu terikat dengan hutang pendidikan sebaik tamat belajar.
5. Emas sebagai deposit pembiayaan rumah idaman. Masih ramai yang masih menyewa meskipun bilangan keluarga semakin bertambah. Pengalaman kebanyakan penyimpan emas ternyata membuktikan mereka mampu memiliki rumah idaman setelah berjaya mengumpul emas untuk dijadikan deposit pembiayaan.
Misi 1 keluarga, 1 kilogram emas (InsyaAllah cukup sebagai pelindung kekayaan keluarga)
1. Mulakan simpanan hari ini dengan membuka akaun simpanan emas. Nanti sedar-sedar dah ada 10g, 100g dan seterusnya 1000g dalam simpanan.
2. Buka juga akaun simpanan emas untuk setiap anak selepas dilahirkan. Simpan 1 gram sebulan dalam akaun anak-anak dan juga tukar duit raya, duit tabung, duit hadiah anak kepada simpanan emas.
3. Konsisten setiap bulan. Jadikan simpanan emas ini sebagai komitmen bulanan dan wajib untuk diasingkan sebaik sahaja beroleh pendapatan atau gaji. Paksa dan disiplinkan diri untuk simpan dahulu sebelum berbelanja.
4. Jangan tunggu harga emas turun, tetapi beli emas terus ketika ada duit. Bimbang jika tunggu, akhirnya duit yang ada yang habis dulu. Waktu terbaik membeli emas adalah ketika mempunyai duit. Biar menyesal beli, dari menyesal tak beli.
5. Pilih untuk membuka akaun simpanan emas dengan syarikat pengeluar emas yang teguh dan dipercayai, di samping menawarkan harga yang murah, mempunyai banyak cawangan serta mudah untuk melakukan apa-pa urusan. Syarikat yang memiliki kesemua ciri ini ialah Public Gold Sdn. Bhd.
Jom mulakan misi ini sekarang. Caranya, buka akaun simpanan emas GAP (Gold Accumulation Program) dengan
Public Gold di mana untuk permulaan, hanya pembelian minimum RM100 sahaja diperlukan. Dapatkan bimbingan dari dealer yang aktif dan dipercayai untuk mendapat informasi terkini, tips serta promosi tentang simpanan emas Public Gold.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat anak-anak menjinjit beg duit saban waktu hanya kerana ingin membeli barangan kesukaannya buat kita rasa terhibur. Namun inilah konsep menabung yang perlu kita terapkan pada anak.
Konsep tabung sedekah subuh antara yang boleh kita kongsikan dengan anak. Insyallah rezeki kita dan anak-anak tak akan putus-putus. Rezeki sentiasa dipermudahkan malah hati pun lebih tenang. Niatkan bersedekah pada yang memerlukan, insyallah Allah beri lebih rezeki untuk kita dan anak-anak.
FORMULA REZEKI INFINITI DENGAN TABUNG SEDEKAH SUBUH
1. Masukkan derma seikhlas walaupun 50 sen setiap hari pada waktu Subuh. Jangan miss walau sekali pun. Ingat, Allah tak pandang nilai wang, tetapi keikhlasan tika kita memberi.
2. Cukup sebulan, dermakan ke masjid atau beri makan kepada anak yatim, orang yang memerlukan atau kepada mereka yang sangat layak untuk menerima sumbangan. Mungkin saudara mara kita sendiri, sahabat yang dalam kesusahan atau kurang berkemampuan. (Nanti, ingatkan saya untuk menulis apakah kebaikan bersedekah kepada mereka yang di dalam kesusahan ini).
3. Waktu tiap kali menderma ke “Tabung Subuh” tu, lakukan ia sambil berdoa dengan spesifik dan jelas serta penuh tenang dan rasa gembira (elevated emotion). Kemudian, ucapkan alhamdulillah penuh kesyukuran dan keyakinan. Ingat, ALLAH Maha Mendengar.
Yakinlah bahawa ganjaran dari Allah itu boleh dihantarkan melalui rezeki yang tidak disangka-sangka (oleh akal fikiran kita yang terbatas ini) serta dari pelbagai pintu dan arah. Yakin juga bahawa tidak ada yang sukar bagiNya. Dan Dialah Al Ghanni (Maha Kaya) dan Al Mughni (Maha Pemilik Kekayaan).
4. Jika tidak sempat sediakan “Tabung Subuh” di rumah, kumpulkan setiap hari dan sedekahkan kepada masjid/surau. Jika bertugas di luar kawasan (berjauhan dari rumah contohnya) jangan lupa bawa wang sedekah dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau.
Dalam sebuah hadits Nabi ﷺ menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di pagi hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
“Tidak ada satu Subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)”
(HR Bukhary 5/270)
5. Tulis nama pada tabung
Tulis nama pada tabung ini adalah sebagai affirmation kita nak komited dengan amalan mulia ini. Supaya kita rajin dan harus buat setiap hari. Kalau boleh tabung kita tu buat cantik-cantik sikit atau guna tin atau bekas yang cantik.
Agar kita sendiri rasa seronok dan tak sabar nak menderma untuk keesokan hari pula. Anda tahu tak, bila buat begini kita juga akan secara tidak sengaja akan rajin untuk bangun solat Subuh di awal waktu.
6. Tabung subuh buat anak-anak
Kalau anak-anak kita diberikan kefahaman untuk bersedekah dan memilik Tabung Subuh masing-masing lagi baik. Mudah-mudahan ada keajaiban buat anak-anak juga Allah beri nanti.
POTONGAN AYAT AL-QURAN – Surah Ali Imran Ayat 133-134
133. Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
134. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
Jom sahabat semua kita ringankan tangan untuk bersedekah. Sedekah Subuh, bukan bermakna waktu lain kita tidak boleh bersedekah ya. Cuma sedekah subuh ni special kan. Sebab itulah kakak masukkan hadis dan petikan Surah sebagai rujukan.
Sesungguhnya Allah Ar Razzaq Al Mughni (Maha Pemberi Rezeki & Maha Pemegang Kekayaan).
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.