Tiada siapa menduga perjalanan di subuh hari itu adalah yang terakhir buat bayi 9 bulan ini apabila maut dalam kemalangan. Sebaknya!

“Pilunya, Pergimu Di Pagi Subuh…” Bayi 9 Bulan Meninggal, Kereta Dipandu Bapa Terbabas

Perginya anak kecil dalam keluarga ini. Siapa sangkaa perjalanan mereka sekeluarga pada pagi ini adalah yang terakhir buat si kecil ini apabila kereta yang dipandu bapa terlibat dalam kemalangan di Kilometer 31 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Lepar, Kuantan hari ini.

KERETA DIPANDU PAPA HILANG KAWALAN

Perjalanan empat sekeluarga termasuk si kecil Allahyarham Nurul Afiqah Umaira Muhammad Hafiq, 9 bulan itu. Tiada siapa menyangka ia adalah yang terakhir buat si kecil ini apabila dia bersama kakaknya berusia empat tahun, ibu dan bapanya terlibat kemalangan. Kereta dipandu bapanya,Muhammed Hafiq Halim hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri bahu jalan dan terbalik. Lebih memilukan, penumpang termuda ini meninggal dunia di tempat kejadian.

IKLAN

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kereta model Proton Iswara dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari arah Segamat menuju ke Kuantan.

“Pilunya, Pergimu Di Pagi Subuh…” Bayi 9 Bulan Meninggal, Kereta Dipandu Bapa Terbabas
Gambar hiasan.

HILANG KAWALAN SEBELUM TERBABAS

Kamarulzaman memberitahu yang pihaknya percaya pemandu hilang kawalan sebelum terbabas. “Akibat kemalangan itu anak mangsa yang juga bayi perempuan berusia sembilan bulan maut di lokasi kejadian,” katanya kepada Harian Metro.

IKLAN

KAKAK 4 TAHUN CEDERA

Menurut Kamarulzaman berkata kemalangan ini turut menyebabkan kecederaan kepada ibu bapa Nurul Afiqah iaitu Muhammed Hafiq, Roslinawati Ismail serta kakak Allahyarham iaitu Nurul Atiqah Umaira, 4 tahun. Ketiga-tiga mereka  cedera dan dirawat di zon merah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

IKLAN

JALAN LURUS, CUACA BAIK

Kamarulzaman turut menyatakan yang siasatan di lokasi kemalangan mendapati keadaan jalan lurus dan ketika kejadian cuaca berkeadaan baik. “Kita minta saksi yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya. Difahamkan ketika kejadian semua mangsa dibawa keluar oleh pihak bomba dan orang ramai sebelum dihantar ke hospital.

Kamarulzaman berkata, jenazah Allahyarham Nurul Afiqah Umaira dibawa ke HTAA untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI