Ads

Anees Ayunie Ditidurkan Selepas Bersalin Alami Komplikasi Placenta Accreta

Perjalanan seorang ibu untuk melahirkan anak sememangnya tidak pernah mudah. Namun bagi sesetengah wanita, proses yang sepatutnya menjadi detik paling indah dalam hidup boleh bertukar menjadi saat paling mencemaskan apabila berdepan komplikasi yang tidak dijangka.

Baru-baru ini, orang ramai dikejutkan dengan perkongsian usahawan dan personaliti media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli, mengenai keadaan bekas adik iparnya, usahawan dan pempengaruh Anees Ayunie  yang dilaporkan mengalami komplikasi serius selepas melahirkan cahaya mata.

Menerusi satu hantaran di Threads, Iqbal memaklumkan bahawa Ayunie sedang bertarung dengan placenta accreta, satu keadaan yang boleh mengancam nyawa ibu ketika proses kelahiran.

Menurutnya, Ayunie dilaporkan kehilangan lebih dua liter darah dan terpaksa menjalani pembedahan kali kedua selepas bersalin.

“Bekas adik ipar saya, Ayunie, melahirkan anak dan sedang berdepan komplikasi serius akibat placenta accreta. Difahamkan beliau telah kehilangan lebih daripada dua liter darah. Beliau telah menjalani pembedahan kali kedua.”

Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian ramai yang turut sama bersimpati dengan nasib yang menimpa usahawan berkenaan.

Anees Ayunie Ditidurkan Selepas Bersalin Alami Komplikasi Placenta Accreta

Placenta Accreta: Ayunie Masih Belum Sedarkan Diri

 

Dalam hantaran sama, Iqbal turut memohon doa daripada orang ramai agar Ayunie diberikan kekuatan untuk melalui ujian yang amat berat itu.

Beliau bagaimanapun tidak berkongsi terlalu banyak maklumat mengenai keadaan semasa Ayunie kerana menghormati privasi keluarga.

“Saya tidak berani berkongsi terlalu banyak maklumat buat masa ini. Mohon jasa baik semua untuk mendoakan agar Ayunie dipermudahkan segala urusan, diberikan kekuatan dan berada dalam keadaan yang baik.”

Anees Ayunie Ditidurkan Selepas Bersalin Alami Komplikasi Placenta Accreta

Meninjau ruangan komen, seorang netizen bertanyakan sama ada Ayunie sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan.

Ads

Anees Ayunie Ditidurkan Selepas Bersalin Alami Komplikasi Placenta Accreta

Namun jawapan yang diberikan Iqbal membuatkan ramai tersentuh hati.

“Belum. Doktor tidurkan lama sedikit supaya rehat.”

Perkongsian itu mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang membayangkan seorang ibu yang baru sahaja melahirkan zuriat, namun masih belum berpeluang menatap wajah bayi yang dikandung selama sembilan bulan kerana sedang berjuang untuk mendapatkan semula kesihatannya.

Untuk rekod, Ayuni mendirikan rumah tangga buat kali pertama bersama Ahmad Weldan Zulkefli pada 29 Februari 2021 dan pada November 2023, mereka sah bercerai. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan. Kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan pasangan baharunya, Amirul Hakim dua tahun lepas. Ayuni juga merupakan bekas adik ipar kepada usahawan Iqbal Zulkefli.

Luahan Sebelum Bersalin Jadi Perhatian Ramai

Apa yang lebih menyentuh hati, beberapa hari sebelum bersalin, Ayunie sebenarnya pernah berkongsi kebimbangannya mengenai keadaan yang dialaminya.

Difahamkan, doktor pernah menjelaskan bahawa komplikasi tersebut berpotensi menyebabkan pelbagai risiko serius termasuk kemungkinan uri melekat sehingga melibatkan organ berhampiran seperti pundi kencing.

Ads

Malah dalam keadaan tertentu, pesakit juga mungkin terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim demi menyelamatkan nyawa.

Mendengar penerangan doktor mengenai risiko-risiko tersebut sudah tentu bukan sesuatu yang mudah untuk diterima oleh mana-mana wanita, lebih-lebih lagi apabila sedang menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata.

Walaupun dihimpit rasa takut dan gemuruh, Ayunie tetap meneruskan perjuangan sebagai seorang ibu demi menyambut kehadiran insan tersayang ke dunia.

Pengalaman Netizen Berdepan Komplikasi Kehamilan

Meninjau ruangan komen, ramai wanita tampil berkongsi pengalaman mereka sendiri yang pernah berdepan komplikasi kehamilan dan kelahiran.

“Takotnye baca. Saya dah TTC dekat 5 tahun. Rasa takut sangat bila tengok ibu-ibu yang melahirkan. Semoga bakal-bakal ibu kuat, diberikan kekuatan, dikurniakan umur yang panjang dan selamat melahirkan zuriat.”

Seorang lagi netizen turut berkongsi pengalaman berdepan masalah uri melekat selepas melahirkan anak sulung secara normal.

“Saya pengalaman bersalin anak sulung secara normal. Uri melekat dan doktor terpaksa keluarkan secara manual. Memang ngeri betul, siap bersumpah tak nak beranak dah masa tu. Tapi sekarang anak dah dua.”

Selain itu, seorang wanita turut berkongsi pengalaman mengalami placenta abruption, iaitu keadaan di mana uri terpisah daripada rahim sebelum bayi dilahirkan.

Ads

“Saya dulu placenta abruption. Uri terpisah dari rahim. Memang seram sebab ancam nyawa. Bersalin 27 minggu, Alhamdulillah anak sihat sehingga sekarang.”

Ruangan komen juga dibanjiri doa daripada orang ramai yang berharap Ayunie kembali pulih seperti sediakala.

“Ya Allah, selamatkanlah si ibu, permudahkan urusannya, tenangkan hatinya dan gantikan darah yang hilang dengan kesihatan serta kekuatan yang lebih baik.”

“Allahuakbar, moga dipermudahkan segala urusan. Aamiin.”

Apa Itu Placenta Accreta?

Placenta accreta merupakan komplikasi kehamilan yang berlaku apabila uri melekat terlalu kuat dan terlalu dalam pada dinding rahim.

Dalam kehamilan normal, uri akan tertanggal dengan sendirinya selepas bayi dilahirkan. Namun bagi pesakit yang mengalami keadaan ini, uri tidak dapat dipisahkan secara normal dan boleh menyebabkan pendarahan yang sangat banyak.

Keadaan ini sering dianggap sebagai antara komplikasi obstetrik yang paling berbahaya kerana boleh mengancam nyawa ibu jika tidak dirawat dengan segera.

Tanda dan Faktor Risiko

  • Pernah menjalani pembedahan Caesarean (C-section).
  • Pernah menjalani pembedahan pada rahim.
  • Mengalami placenta previa atau uri berada di bahagian bawah rahim.
  • Kehamilan pada usia lebih lanjut.
  • Sejarah komplikasi yang sama dalam kehamilan terdahulu.

Komplikasi Yang Boleh Berlaku

  • Kehilangan darah yang banyak.
  • Pemindahan darah dalam jumlah besar.
  • Pembedahan kecemasan.
  • Kerosakan organ berhampiran seperti pundi kencing.
  • Pembuangan rahim (histerektomi).
  • Risiko kematian ibu jika pendarahan tidak dapat dikawal.

Atas sebab itu, wanita yang didiagnosis dengan placenta accreta biasanya dipantau secara rapi oleh pakar sepanjang kehamilan dan proses kelahiran.

Pengorbanan Seorang Ibu Yang Tidak Semua Orang Nampak

Kisah yang menimpa Ayunie ini sekali lagi membuka mata ramai tentang besarnya pengorbanan seorang ibu.

Di sebalik tangisan pertama seorang bayi, ada seorang wanita yang sanggup menanggung kesakitan, kehilangan darah yang banyak, menjalani pembedahan demi pembedahan dan mempertaruhkan nyawanya untuk membawa kehidupan baharu ke dunia.

Ramai yang melihat kelahiran sebagai detik membahagiakan, namun tidak semua menyedari bahawa ada ibu yang perlu berjuang di ambang maut sebelum dapat memeluk anak yang baru dilahirkan.

Semoga Ayunie terus diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan rawatan dan kembali sihat seperti sediakala untuk menikmati detik-detik indah bersama bayi yang baru dilahirkan.

Pa&Ma mendoakan agar Ayunie segera pulih dan diberikan kesembuhan yang berpanjangan. Amin.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Due Date Dah Dekat, Ini Persediaan Bersalin Ibu Hamil Wajib Sedia!

Due Date Dah Dekat, Ini Persediaan Bersalin Ibu Hamil Wajib Sedia!

Persediaan bersalin yang lengkap membantu ibu hamil menghadapi hari kelahiran dengan lebih tenang. Ketahui senarai persediaan penting menjelang due date termasuk beg hospital, dokumen dan keperluan bayi.