
Peminat barangan koleksi dan budaya pop kini ada satu lagi lokasi menarik untuk diterokai apabila Play Nation secara rasmi membuat kemunculan sulungnya di Malaysia menerusi pembukaan pop-up utama di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Jenama permainan dan gaya hidup yang berasal dari Singapura itu membawa pelbagai koleksi, kolaborasi budaya pop serta pengalaman interaktif yang menggabungkan elemen permainan, kreativiti dan komuniti.

Bukan Sekadar Tempat Membeli Koleksi
Pop-up Play Nation direka sebagai ruang untuk pengunjung meneroka, bergambar dan mencipta pengalaman sendiri.
Antara aktiviti yang boleh dicuba ialah Ocean in a Bottle di Do-It-Yourself Bar dengan harga RM29.90 sebotol. Aktiviti ini turut diberikan secara percuma dengan pembelian minimum RM150.
Pengunjung juga boleh memilih figura mini, menghias botol dengan pasir, cangkerang dan batu kecil sebelum membawa pulang hasil ciptaan sendiri. Terdapat juga photobooth bertemakan Play Nation untuk merakam kenangan bersama keluarga atau rakan-rakan.
Koleksi Popular Turut Dibawa Ke Malaysia
Antara tarikan utama ialah Play Nation Heritage Series yang diinspirasikan daripada elemen nostalgia Malaysia dan Singapura.
Koleksi ini merangkumi antaranya Building Blocks Shophouse & Mama Shop, Hello Malaysia Exclusive Tingkat, Dabao! S2 Plush Blind Boxes dan Mini Building Blocks Set: Kopi Tiam.
Selain itu, peminat turut boleh mendapatkan koleksi hasil kolaborasi bersama Care Bears, Sanrio dan LINE Friends, termasuk pelbagai blind box, plush dan aksesori karakter popular.

Ada Promosi Istimewa
Sempena pembukaan, beberapa produk ditawarkan pada harga promosi terpilih sepanjang September, Oktober dan November.
Antaranya Care Bears Bedtime Magnetic Plush Phone Stand pada harga RM39.90, manakala SUMMER WUNDERLAND – HELLO KITTY DONUT SHIP ditawarkan pada harga RM20.00.
Selain The Exchange TRX, Play Nation turut boleh ditemui di Intermark Mall serta beberapa cawangan Parkson termasuk 1 Utama, IOI City Mall, Sunway Velocity, Labuan dan Setia City Mall.
Bagi yang mahu berkunjung, pop-up Play Nation di Level Concourse, The Exchange TRX dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

