
KUALA TERENGGANU, 14 April -- Aesha Khadeeja Anuar,10 (kiri) dan adiknya, Uwais AlQorni Anuar, 8 (kanan) menunjukkan tablet dan duit raya daripada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim ketika ditemui di kediaman mereka di Ladang Titian hari ini. Keikhlasan dua beradik menghadiahkan duit raya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah menyentuh hati pemimpin negara itu yang membalasnya dengan pemberian sama hari ini. Aesha Khadeeja berkata dia dan adiknya Uwais AlQorni tidak menya
Hadiahkan PMX duit raya, dua beradik, Aesha Khadeejah Anuar dan adiknya Uwais Al Qarni, 8 tahun, kini menerima hadiah istimewa daripada PM Anwar Ibrahim sebagai tanda penghargaan.
Sebelum ini, dua beradik, Aesha Khadeejah Anuar dan adiknya Uwais Al Qarni, mencuri perhatian apabila menyerahkan sampul duit raya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).
Kedua-dua beradik tersebut turut menyerahkan duit raya iaitu sebanyak RM7 yang disimpan kepada Perdana Menteri sebagai tanda keikhlasan. Tindakan spontan dan penuh makna itu menyentuh hati ramai pihak yang menyaksikan momen tersebut.
PM Anwar juga sempat berinteraksi dengan dua beradik tersebut di kawasan pagar lapangan terbang. Walaupun pertemuan itu singkat, ia meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada kanak-kanak tersebut, malah kepada orang ramai yang mengikuti kisah mereka.
Sebagai tanda penghargaan, pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) telah mewakili Perdana Menteri dengan menyampaikan sumbangan berupa tablet, buku Iqra, wang tunai serta beg sekolah kepada dua beradik tersebut.
Momen PMX hadiah iPad dua beradik ini bukan sahaja menjadi tular, malah mendapat reaksi positif daripada masyarakat yang melihatnya sebagai satu penghargaan terhadap nilai keikhlasan.
Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkongsi momen berkenaan di media sosialnya, menyatakan bahawa sudah lama beliau tidak menerima duit raya dan amat tersentuh dengan keikhlasan yang ditunjukkan.
Kisah dua beradik ini bukan sekadar berita pertemuan dengan Perdana Menteri, tetapi sebuah sifat kemanusiaan yang menggambarkan nilai keikhlasan dalam masyarakat.