Apabila mama papa gagal memberikan imunisasi kepada anak, ia akan merisikokan kesihatannya. Lebih teruk lagi, ia turut menjejaskan kesihatan kanak-kanak yang lain terutamanya jika mama papa hantar anak ke rumah pengasuh atau taska. Mama papa perlu memandang serius soal pemvaksinan supaya kita dapat melindungi anak tersayang.

Pneumokokal Boleh Membawa Maut Kepada Kanak-Kanak. Vaksinlah Si Manja Anda!
Sumber foto: www.shutterstock.com

Melalui sesi LIVE Bincang Sihat Pa&Ma yang ditaja oleh Pfizer Malaysia, Dr. Say Shazril berkongsi bahawa di Malaysia sebanyak 4% bersamaan 7000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun meninggal dunia disebabkan pneumokokal. Oleh itu, vaksin ini sangat PENTING untuk mengurangkan risiko serangan penyakit ini.

Kenapa Kena Vaksin Anak?
Dr. Yong Junina yang merupakan Pakar Perunding Pediatrik menjelaskan tentang kepentingan pemvaksinan. Menurutnya, sangat penting untuk mama papa mempunyai kesedaran tentang kepentingan vaksin kepada anak-anak. “Banyak risiko penyakit berbahaya dapat dikurangkan dengan memberi anak vaksin sekaligus ia dapat mengelakkan kecacatan atau kematian,” kata Dr. Junina.

Badan melawan penyakit dengan mengeluarkan antibodi atau dikenali sebagai sistem imunisasi. Apabila seseorang bayi dilahirkan, sistem imunnya masih lemah dan mudah dijangkiti penyakit. “Bayi tiada ‘perisai’ atau ‘pendinding’ secara natural untuk melawan penyakit. Sebab itulah anak mudah jatuh sakit. Di sinilah vaksin memainkan peranan untuk memberi perlindungan kepada anak,” jelas Dr. Junina lagi.

IKLAN
Pneumokokal Boleh Membawa Maut Kepada Kanak-Kanak. Vaksinlah Si Manja Anda!
Sumber foto: www.shutterstock.com

Bagi pengetahuan mama papa, secara ringkasnya vaksin merupakan cebisan bakteria yang telah mati dan disuntik pada bayi. Apabila badan bayi mengenali cebisan bakteria ini, ia akan mengeluarkan antibodi dan ‘duduk’ di dalam badan. Apabila ada bakteria jahat atau patogen yang ‘menyerang, antibodi di dalam badan anak akan bersedia untuk melawannya.

Sebab itulah lebih lama kita biarkan anak tanpa vaksin, badannya akan mengambil masa yang lama untuk mengenalpasti kuman jahat yang menyerang sebagai musuh. Pada ketika badannya mula menyedarinya, kerosakan mungkin sudah berlaku.

IKLAN

Pneumokokal Bahaya!
Pneumokokal ialah sejenis pneumonia yang biasanya disebabkan oleh bakteria bernama Streptococcus pneumoniae (pneumococcus).

“Pneumokokal ialah penyakit bakteria paru-paru berjangkit yang mungkin berbahaya kepada kanak-kanak dan boleh dijangkiti pada bila-bila masa dan di mana saja,” tambah Dr Junina lagi.

IKLAN

Ikut Jadual Imunisasi
Sangat penting buat mama papa untuk memastikan anak divaksin mengikut jadual imunisasi. Pemvaksinan dapat mencegah komplikasi penyakit berbahaya seperti pneumokokal. Anak akan mendapat perlindungan apabila diberikan vaksin seawal mungkin supaya tidak berdepan dengan risiko dijangkiti penyakit terutamanya jika terpaksa hantar anak ke taska atau ke rumah pengasuh.

Pneumokokal Boleh Membawa Maut Kepada Kanak-Kanak. Vaksinlah Si Manja Anda!
Sumber foto: www.shutterstock.com

Jangan ambil mudah tentang soal kesihatan anak. Mama papa perlu lebih peka dengan jadual imunisasi si manja dan pastikan mereka mendapat perlindungan yang terbaik. Lebih baik mencegah daripada merawat.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI