Bila anak mula makanan pejal, pola penyusuan pun berubah. Paling tak selesa bila payudara bengkak.
Bila bayi berusia enam bulan, makanan pelengkap akan dimulakan. Ada bayi yang mempunyai selera makan yang baik & sangat berselera memakan puri buah dan bubur. Ini menyebabkan mereka jadi kurang kerap menyusu sehingga menyebabkan payudara ibu membengkak dan susu perahan (EBM) yang dibekalkan kepada taska/ pengasuh juga tidak dihabiskan seperti sebelum ini.
APABILA MAKANAN PELENGKAP DIBERIKAN
Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Omar, BSc, CISA, IBCLC & Pengarah Nurturing Concepts Sdn Bhd Apabila bayi membesar dan mula diperkenalkan makanan tambahan apabila mencecah umur 6 bulan, penghasilan susu akan berpadanan dengan permintaan/ pengambilan bayi ketika itu.
Keperluan bayi untuk nutrisi pada peringkat umur enam bulan perlu dilengkapkan dengan pemakanan keluarga.Ini merupakan proses semulajadi. Apabila bayi mengambil lebih makanan maka tidak hairanlah sekiranya permintaan untuk susu juga mungkin berkurangan. Ini secara langsung akan mempengaruhi penghasilan susu ibu.
Ads
Kajian terkini menunjukkan pengambilan susu ibu tidak berubah mengikut umur atau berat badan bayi antara usia satu hingga enam bulan. Selepas enam bulan, pengambilan susu ibu akan berterusan pada amaun yang sama. Bergantung kepada pengambilan makanan pejal, bayi akan secara beransur-ansur kurang menyusu susu ibu.
KUANTITI SUSU BERBEZA
Kadang kala, di antara enam bulan dan satu tahun (memandangkan makanan pejal diperkenalkan dan perlahan-lahan meningkat) pengambilan susu bayi akan mula menurun tetapi susu ibu seharusnya terus diberikan kepada bayi kerana ia membekalkan majoriti zat pemakanan bayi sepanjang tahun pertamanya. Oleh sebab terdapat perubahan besar dalam amaun makanan pejal yang diambil bayi sepanjang enam bulan kedua, amaun susu ibu yang diambil juga akan berbeza-beza.
Ads
Satu kajian mendapati purata pengambilan susu ibu seseorang bayi adalah 30oz sehari (875 ml/hari; 93% pengambilan keseluruhan) pada usia tujuh bulan dan 19oz (550ml/sehari; 50% jumlah pengambilan tenaga) di usia 11 hingga 16 bulan.
Beberapa kajian yang mengukur pengambilan susu ibu di kalangan bayi antara 12 bulan dan 24 bulan pula mendapati amaun tipikal ialah14oz hingga 19oz sehari (400ml hingga 550ml sehari). Kajian tersebut melihat pengambilan susu ibu antara 24 bulan dan 36 bulan pula mendapati amaun tipikal ialah 10oz hingga 12oz sehari (300ml hingga 360ml sehari).
Elakkan over feeding!
PERHATIKAN PETUNJUK BAYI INGIN MENYUSU, ELAK OVER FEEDING
Ads
Perlu diingat bahawa amaun susu ibu yang bayi ambil pada waktu tertentu akan berbeza sama seperti amaun makanan dan minuman yang diambil oleh orang dewasa sepanjang hari. Ketahuilah, bayi mungkin tidak minum amaun yang sama di setiap sesi penyusuan. Jadi, perhatikan petunjuk bayi (cues)berbanding hanya menggalakkan dia menghabiskan susu ibu perahan.
Jika bayi ketara mengambil lebih daripada purata amaun, pertimbangkan kemungkinan bayi diberi terlalu banyak susu ibu perahan (over feeding) sepanjang dia tidak berada bersama puan. Sebagai contoh, cara pemberian susu perahan dengan menggunakan botol yang salah atau puting yang alirannya terlalu laju boleh menyebabkan masalah over feeding.
Puri adalah makanan yang sering menjadi pilihan ibu bapa untuk diberikan kepada bayi. Campurkan dengan susu ibu jadikan ia lebih sedap untuk bayi.
Jika susu ibu perahan berlebihan, bolehlah mencampurkannya ke dalam bubur nasi atau makanan yang diberikan kepadanya. Bagi mengatasi masalah bengkak payudara pula, anda boleh memerah susu sekadar untuk melegakan bengkak payudara sahaja. Ini kerana apabila payudara tidak dikosongkan sepenuhnya, ia akan berupaya untuk meregulasikan penghasilan susu secara semulajadi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengacara Mat Dan atau nama Islamnya, Karief Daniel Abdullah kini sedang berada di Makkah bagi mengerjakan umrah bersama isteri dan anaknya, Muhammad Zayne Daniel James Tyler.
Perkongsian Mat Dan di akaun Instagram miliknya sepanjang berada di sana sambil membawa anak lelakinya yang baru berusia 11 bulan itu mendapat perhatian pengikutnya.
Rata-rata menyifatkan bayi lelakinya bertuah kerana dapat sampai ke sana di usia yang sangat muda.
Meniarap bukan sahaja boleh kuatkan leher bayi dan elak kembung, tapi ada banyak lagi kelebihan lain. Jangan hanya dukung atau duduk di stroller sahaja, beri bayi masa untuk meniarap lebih lama!
Tummy time atau meniarap ada banyak kebaikannya kepada bayi. Ia bukan sahaja satu milestone bayi, tetapi aktiviti rangsangan untuk si kecil. Menurut Aisyah Rozalli, Occupational Therapist (Juruterapi Cara Kerja) menerusi perkongsiannya di Facebook, bayi yang baru berusia sehari punsudah boleh mula tummy time dalam jangka masa singkat iaitu seminit atau dua minit selepas selesai menyusu.
TIP MENIARAP KEPADA BAYI
Boleh diberikan pada bayi seawal usia 1 hari.
Mulakan dengan meletakkan bayi pada riba ibu ataudi atas bantal dan mengusap-usap bahagian belakang bayi. Ini akan membantu bayi berasa selesa dengan posisi meniarap (pastikan posisi bahagian kepala bayi lebih tinggi dari punggung pasa permulaan ini).
Apabila bayi kelihatan lebih “alert”semasa meniarap di riba atau bantal, meniarapkan bayi di atas lantai atau tilam yang sedikit keras (supaya tidak terlalu terbenam. Jika mahu letak bayi di atas comforter, pastikan tidak tebal kerana ia boleh menyebabkan bayi lemas jika bayi menyembamkan muka ke bawah).
Mulakan tummy time selama 3 hingga 5 minit dahulu dan tambahkan masa bila bayi semakin selesa dan semakin lama mengangkat kepala dalam posisi meniarap.
Letak cermin kecil di hadapan bayi semasa bayi meniarap supaya bayi terstimulasi untuk melihat refleksinya pada cermin.
Meniarap bersama bayi dan berbual dengannya (bayi bawah usia 1 bulan hanya mempunyai jarak penglihatan sejauh lebih kurang 13-15 cm. Jadi, anda perlu berada rapat agar bayi anda dapat melihat anda).
Gunakan permainan berbunyi untuk merangsang bayi anda melihat ke arah bunyi tersebut.
Pastikan anda ada bersama sepanjang aktiviti tummy time untuk bayi kecil. Elakkan dari membiarkan bayi tidur tanpa pengawasan semasa meniarap.
Apabila bayi sudah pandai terlentangkan badannya dari posisi meniarap, ia menunjukkan bayi anda sudah mempunyaikekuatan atas tubuh yang lebih baik. Ia adalah satu pencapaian untuknya!
KEBAIKAN MENIARAP KEPADA BAYI
1.RANGSANG KOMUNIKASI
Sambil meniarap sambil cakap dengan bayi, sambil tepuk-tepuk. Kita bagi stimulasi untuk tingkatkan ‘auditory attention’ bayi. Kalau nak seronok lagi, tiarapkan baby atas perut aama atau papa. Bagi bayi nampak muka mama dan papa, hubungan menjadi lebih rapat.
2.KUATKAN OTOT LEHER, DADA, BAHU & LENGAN
Ini semua otot-otot utama yang akan bantu bayi anda belajar menghisap susu dengan lebih efisien, angkat kepala ke kiri dan kanan, belajar merayap dan merangkak dengan lebih mudah.
Otot-otot yang kuat ini pun penting untuk keselamatan bayi sebagai contog sekiranya dia tertidur meniarap atau mengiring, dia cukup kuat untuk pusingkan kepalanya dan selamatkan hidungnya dari tersembam dan lemas (semoga Allah jauhkan).
3.STIMULASI SENSORI DARI SEKITAR
Masa meniarap, bayi dapat melihat persekitarannya. Jadi tidaklah bayi hanya menatap siling dan ke atas sahaja. Bila bayi dapat tengok persekitaran, mereka akan terstimulasi dengan cahaya, objek dan pelbagai lagi input dari sekitarnya.
4.ELAK ‘FLAT HEAD’
Bila bayi tidak mempunyai otot leher yang kuatakan berisiko untuk berbaring di sebelah bahagian sahaja. Maka, sebelah bahagian tersebut akanakan ‘flat’ atau leper. Ia dinamakan plagiocephaly.
5.KURANGKAN KEMBUNG PERUT
Cuba letakkan bayi meniarap setiap kali lepas menyusu. “Burrrppp!” punya kuat bayi tu nanti sendawa. Maka, kuranglah risiko bayi kembung perut dan kuranglah potensi bayi meragam.
“Babysitter anak minta belikan puting sebab anak saya kuat menangis dan susah tidur. Patut ke saya beli?” Ini antara luahan ibu terutama yang baru pertama kali bergelar ibu dan belum ada apa-apa pengalaman membesarkan anak.
Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Uswatun Hasanah, menganggap anak PASTI mudah tenang dan lena jika diberi puting SEMATA-MATA ( sila baca perkataan ini 10x) tidak tepat. Malah ia mungkin tindakan sia-sia. Puting, tak kira samada tiruan atau ‘original’ kepunyaan ibu, BUKAN gerenti bakal selesaikan masalah. Kenapa? Kerana fakta saintifiknya, ‘menghisap’ atau sucking adalah antara elemen terlemah untuk buat bayi bertenang.
Mana logik faktanya? Baik. PERTAMA, Ya, ketika ada ramai bayi yang cukup gembira setiap kali di sumbat puting ibu atau ‘pacifier’, masih ramai bayi yang:
Marah-marah di puting ibu kerana terpaksa menelan susu ketika mana bayi hanya mahu menghisap untuk bertenang (comfort sucking) dan rileks sebelum tidur. Sama juga halnya dengan bayi penghisap ‘pacifier’ seperti dalam video ini. Gembira menghisap nya hanya sekejap.
KEDUA: menghisap adalah elemen yang bertujuan untuk membantu bayi rileks sebelum tidur (rasa tenang) tetapi TIDAK berfungsi memanjangkan tidur bayi. Sebab itu kita melihat ‘pacifier’ pasti terjatuh saat bayi betul lena atau patut sudah boleh lena sebelum kembali ‘tersedar’ dan mencari balik putingnya. SAMA halnya dengan bayi yang menjadikan puting ibunya sebagai ‘pacifier’. Seringkali bayi akan ‘tersedar’ dan mula menganga-nganga mulut tercari-cari puting ibunya.
Kitaran lelap-jaga cari puting-lelap-jaga cari puting akan berlaku. Jadi, di mana lenanya? Perlu ingat, bayi kecil bukan hanya perlu banyak menyusu untuk ‘grow’ tapi perlu juga cukup tidur. 80% hormon ‘growth’ (perkembangan pembesaran) di rembes ketika tidur.
Jadi nak buat macam mana ni?. Belajar dan faham keseluruhan konsep apa yang bayi kecil perlukan untuk bertenang dan lena. Anda akan dapati ada lagi elemen lain yang di perlukan oleh ramai bayi sebelum betul-betul boleh bertenang dan lena. Ayat mudahnya: ramuan kena bagi cukup!
Faktanya, bedung adalah elemen TERATAS dan paling penting buat semua bayi yang sukar lena. Kenapa? Kerana semua bayi telah merasa bagai di peluk selama 24/7 untuk 9 bulan akibat rahim yang sempit. Malah, lihat sendiri bagaimana akibat tidak di bedung, tangan bayi bikin serabut sampai menjatuhkan puting. Tapi, bedung saja tak cukup.
Sama macam puting saja pun tak cukup. Kena bagi semua ramuan dan benarkan bayi ‘beritahu’ berapa eleman yang dia perlukan! Jika ternyata bayi anda memang perlukan elemen hisapan di samping elemen-elemen lain, baru lah berbaloi membeli puting!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.