Roti yang sudah hampir expirednya jangan terus dibuang, sebaliknya cuba hasilkan sesuatu yang mampu menarik perhatian anak-anak kecil kita. Bosan dengan roti bakar, sandwich dan sebagainya, apa kata mama cuba resipi mudah ini. Punyalah rangup sampai anak makan tak berhenti.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Jauharatuddini Taib ini memang berhantu. Malah resipinya mendapat perkongsian sehingga 3.9 ribu di facebook. Memang awesome!
Resipi ringkas yang dikongsikan olehnya memang mudah malah anak-anak pun boleh sediakannya. Jadi jom cuba seperti yang dikongsikan.
Kudap kudap ringkas tapi apabila makan payah nak stop. Biskut roti rangup ni budak pun suka makan selain mak dan pak budak. Dekat bawah ada cara cara ibu dini share di setiap gambar.
Potong roti gardinear kepada empat bahagian.
Sapu buttercup..nak guna margerin pun boleh terpulang ikut citarasa ye.
Dah sapu dengan butter cup.
Tabur sedikit gula pasir.
Ni masing-masing yang dah siap dan bersedia untuk di bakar.
Senang buat banyak-banyak sambil buat kerja lain bakar je sesambil menunggu turn.
Ibu dini guna air fryer je.Nak guna oven pun boleh. Set time 10 minit dulu, kalau belum garing tambah time sikit lagi. Agak agak lah ye uolls..tengok pada warna roti tu nanti.
Ni rupe yang dah siap bakar.
Satu buku roti gardinear panjang dapat banyak ni. Boleh lah kudap-kudap masa hujan ni minum dengan air kopi o.
Selamat mencuba..fresh dari oven…sedap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja ayam goreng pasti anak teruja untuk makan. Lagi-lagi ayam goreng KFC yang cukup digemari anak-anak kita. Apa kata kali ini, kita cuba buat sendiri ayam goreng ala KFC untuk anak-anak.
Resipi cikgu masakan yang cukup popular di media sosial, Azlina Ina Fans, berkongsi resipi ayam goreng KFC viral paling senang nak cuba. Sedap!
Bahan-bahan:
1 ekor ayam -di bersih
3 biji telur -pecahkan dan tabur siket lada sulah dan kacau
1/2 cawan tepung bistari
1 sk lada sulah atau serbuk cili dan sedikit air -bancuh cair-cair sikit ya
Bahan tepung
1 cawan tepung bistari spicy
3 sb tepung beras
Gaul rata
Celup ayam dalam telur kemudian masukkan dalam bancuhan yang cair tadi, celup ayam dalam tu ulang sampai habis.
Tabur daun kari kalau suka, kalau tak suka tak apa.
Perap sekejap selama 30 minit atau sehingga 1 jam di chiller.
Kemudian lepas perap, keluarkan ayam dan golek-golek dekat tepung yang dicampurkan tadi. Celup semula kat rempah perap tadi kemudian golek-golek lagi. Tekan-tekan ayam dekat tepung untuk tujuan bagi rangup lebih sikit.
Panaskan minyak (wajib goreng dalam periuk) sebab nak tenggelamkan ayam tadi, baru garing.
Api kena sederhana baru dalam dia juicy.
Goreng dan jangan selalu terbalik kan dia, bila dah perang baru terbalikkan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidangan berasaskan sambal antara yang menjadi kegemaran orang Malaysia. Tak kisah sambal itu dimasak sekali dengan lauk atau dijadikan pencicah ia boleh buatkan sesiapa saja makan bertambah.
Sebab itu, kebanyakan ibu-ibu lebih suka buat stok sambal siap-siap dan diletakkan dalam peti. Bila nak makan boleh terus dihidangkan. Kali ini koleksi sambal power Cikgu Afy patut anda cuba. Orang kata tak akan menyesal sama sekali!
Banyak lagi yang akan cikgu pecahkan rahsia sambal sedap lain kali nanti. Ada lima sambal kesemuanya. Resepi ada dekat gambar di bawah.
Sediakan bahan-bahan di bawah;
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1/4 bawang Holland
– *1 biji tomato saiz kecil
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
Betul-betul sedap!
2. Sambal kicap mabeless
Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap untuk menu yang boleh disesuaikan seperti tauhu begedil soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh skroll tengok dekat wall cikgu okay.
3. Sambal ayam penyet mengosek
Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– 2 genggam kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– 1/2 inci belacan
2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika.
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.
3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.
5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.
6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
4. Air asam ketagih
*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu*
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi* Nak makan baru letak.
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 5 biji limau kasturi
– 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.
4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
Yang pasti memang ketagih sungguh.
5. Sambal jantan power
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
Kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.
Makan dengan nasi bungkus ni terbaik sangat
Perghh baca nama pun tak nak kalah ya. Aha Begitulah tentang rasanya. Kepada peminat sambal, sila buat stok macam cikgu.
Cikgu sempat baca komen lepas kawan yang musykil takut sambal rosak kalau buat stok banyak begini. Usah risau. Ikut tips cikgu. Banyak kali dah cikgu buat. Kena betul cara simpan dan gunanya.
Pastikan guna sudu kering setiap kali mengambilnya sahaja. Tapi cikgu yakin sambal tu tetap takkan bertahan lama juga. Mesti cepat habis punyalah. Kalau dah belum makan pun dah menitik air liur, ini pula stok dah ada depan mata. Sedar-sedar dah licin tinggal botol je. Kan?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada waktunya sepanjang tempoh PKP ini kita mula rindukan makanan penjaja di tepi jalan. Rindu pisang goreng, kuih keria dan tidak kurang juga apam balik panas. Bagi mengubat rasa ini, apa kata anda sediakan sahaja di rumah. Inilah waktunya anda menunjukkan kemahiran memasak kepada seluruh keluarga. Mana tahu air tangan anda lebih mantap.
Resipi Apam Balik yang satu ini mama wajib cuba kerana dibuat tanpa diperap seperti biasa. Hanya campurkan sahaja kesemua bahan dan bolehlah di masak seperti biasa. Jom ikuti perkongsian resipi Puan Mizah Ngatiman ini. Terbaik!
Resipi Apam Balik Tanpa Perap
Sila kongsikan, moga bermanfaat sepanjang cuti PKP ini.
Bila tengok Apam Balik ni kan. Teringat kenangan Lz kecil dahulu, inilah kenangan mak dan arwah abah niaga Apam Balik dan Jagung Rebus di pasar malam. LZ dan Kak Long kecil lagi masa itu. Kami selalu ikut mak abah ke pasar naik gerabak (sejenis kenderaan 2 roda yang dipasang/ ditarik di belakang motosikal).
Bayangkan dah lebih 40 tahun. Rasanya kalau hari ini tanya mak resepi asal mak dulu mesti mak pun dah tak ingat agaknya. Mudah-mudahan resepi ini bermanfaat pada sesiapa yang ingin mencubanya. Lz niatkan sedekah semua pahala kebaikan yang datang pada resepi ini pada Al- Marhum Abah Lz, Hj Ngatiman Bin Hj Sarmidin.
Bahan-bahan: (dapat lebih kurang 15 keping)
4 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
2 biji telur gred B
1sk soda bikarbonat
2sk baking powder
2 cawan air masak
Pewarna kuning telur
Bahan tabur:(secukupnya)
Gula pasir
Kacang tanah hancur
Jagung manis tin
Marjerin untuk sapu permukaan apam.
Mixer hingga gebu telur dan gula halus.
Gebu macam ni bertukar warna putih.
Kemudian masukkan soda bikarbonat, sedikit pewarna kuning dan air. Mixer rata lagi.
Kemudian masukkan tepung dan baking powder. Mixer lagi.
Dah siap, adunan tak cair dan tak terlalu pekat. Agak- agak boleh dilenser pada kuali.
Panaskan kuali anti lekat. Api kecil. Kemudian ambil 1 + 1/2 senduk adunan. Lenser pada kuali macam kita buat lempeng tu. Tebal nipis ikut kita.
Biarkan ia berbuih bintik macam ni.
Boleh lah tabur gula, jagung manis dan kacang tadi. Ikut suka banyak mana kita suka.
Kemudian dah berhenti buih buih tadi nampak kering permukaan apam bolehlah dilipat. Tadaaaa dah siap. Boleh sapu marjerin permukaannya.
Boleh lah dipotong dah sejuk.
Isinya lebih jagung dan kacang. Sedap.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai tak sedar bau “fresh” pada pakaian sebenarnya datang daripada bahan kimia tekstil. Ketahui sebab pakar sarankan ibu bapa basuh baju baru anak sebelum dipakai.