Potong Roti Kecil, Bakar Sampai Rangup, Resipi Awesome Ibu Ni Buat Anak Makan Tak Berhenti!

Share

Roti yang sudah hampir expirednya jangan terus dibuang, sebaliknya cuba hasilkan sesuatu yang mampu menarik perhatian anak-anak kecil kita. Bosan dengan roti bakar, sandwich dan sebagainya, apa kata mama cuba resipi mudah ini. Punyalah rangup sampai anak makan tak berhenti.

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Jauharatuddini Taib ini memang berhantu. Malah resipinya mendapat perkongsian sehingga 3.9 ribu di facebook. Memang awesome!

Resipi ringkas yang dikongsikan olehnya memang mudah malah anak-anak pun boleh sediakannya. Jadi jom cuba seperti yang dikongsikan.

 

Kudap kudap ringkas tapi apabila makan payah nak stop. Biskut roti rangup ni budak pun suka makan selain mak dan pak budak.  Dekat bawah ada cara cara ibu dini share di setiap gambar.

Potong roti gardinear kepada empat bahagian.

Sapu buttercup..nak guna margerin pun boleh terpulang ikut citarasa ye.

Dah sapu dengan butter cup.

Tabur sedikit gula pasir.

Ni masing-masing yang dah siap dan bersedia untuk di bakar.

Senang buat banyak-banyak sambil buat kerja lain bakar je sesambil menunggu turn.

Ibu dini guna air fryer je.Nak guna oven pun boleh. Set time 10 minit dulu, kalau belum garing tambah time sikit lagi. Agak agak lah ye uolls..tengok pada warna roti tu nanti.

Ni rupe yang dah siap bakar. 

Satu buku roti gardinear panjang dapat banyak ni. Boleh lah kudap-kudap masa hujan ni minum dengan air kopi o.

Selamat mencuba..fresh dari oven…sedap.

 

IKLAN