Menyentuh tentang menambah bilangan anak, nyata ramai antara kita akan pastikan benar-benar bersedia bukan sahaja dari sudut ekonomi malah emosi dan mental juga.
Namun, jika sudah tertulis direzekikan untuk memiliki anak meskipun dalam tempuh jarak yang dekat, siapalah kita untuk menolak rezeki yang cukup istimewa dariNya.
Baru-baru ini viral juga berkenaan satu video di Tiktok, seorang isteri bernama Jessica Olivia yang menunjukkan keputusan alat pregnancy test kepada suaminya yang ketika itu sedang berada di atas katil sambil menjaga anak kedua mereka yang berusia 3 bulan.
Apabila si suami diberikan alat tersebut, wajahnya terus berubah daripada wajah ceria melayan si anak bertukar kecewa dan cuak. Apa tidaknya, risau memikirkan isterinya telah mengandung lagi sedangkan anak maasih kecil.
Ads
Lebih kelakar lagi, si suami dilihat seakan sukar menerima berita tersebut dan beberapa kali beristighfar dengan berita yang diterimanya itu.
Sedangkan ini semua adalah helah si isteri untuk melihat reaksi si suami andai kata dia mengandung dalam jarak waktu yang terdekat dengan kelahiran sebelum ini.
Melihat reaksi spontan suaminya begitu, tak disangka pula menimbulkan rajuk di hati isterinya pula.
Video ini meraih jumlah tontonan yang ramai dan wargamaya turut terhibur melihat gelagat dan reaksi pasangan suami isteri ini. Sementara itu ramai juga yang meninggalkan komen berkongsi pengalaman masing-masing.
Ada sesetengah orang kata bahawa saiz perut yang kecil adalah petunjuk kepada proses bersalin yang mudah? Bagaimana pula dengan perut bersaiz besar? Adakah ia mitos?
Bermula dari saat perut mula kelihatan, pasti anda perasan ada mata-mata yang memandang ke arahnya bukan? Usah resah dengan situasi seperti itu. Sama seperti bayi, perut ketika hamil pun ada pelbagai saiz dan bentuk. Jangan percaya mitos yang tidak benar!
Lazimnya, bagi kehamilan pertama, perut anda kelihatan “kemas”. Namun, semakin ramai jumlah anak yang pernah dikandungi, otot di bahagian perut menjadi lebih longgar lalu menjadikan perut melebar. Perlu anda tahu, saiz perut juga bergantung kepada kedudukan bayi di dalam rahim dan amaun air ketuban yang ada. Tidak kira besar atau kecil saiz perut anda, pokok pangkalnya anda dan bayi yang dikandungi sihat dan selamat.
BERAT IBU KURANG, BAYI JADI KECIL?
Pada awal usia kehamilan, doktor akan memeriksa Indeks Jisim Tubuh (BMI) anda. Idealnya, BMI berat badan normal adalah di antara 19 dan 25. Sekiranya anda berat badan anda dikesan kurang dan sepanjang hamil tidak mengamalkan pemakanan yang mencukupi,ia berkemungkinan besar memberi kesan kepada saiz bayi.
Janin mungkin mengalami masalah kurang berat badan juga. Malah, dia juga mungkin boleh dilahirkan sebelum tempoh usia matang iaitu sebelum 36 minggu. Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
BERAT BERLEBIHAN MENGUNDANG KOMPLIKASI?
Jika anda hamil dengan BMI lebih daripada 30, ada pelbagai komplikasi yang bakal anda depani. Antaranya tekanan darah tinggi, diabetes dan praeklampsia. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan mengamalkan diet dengan mengehadkan pengambilan makanan. Namun, pengambilan lemak dan gula yang terhad dapat membantu anda mengawal berat badan dalam kadar yang munasabah lalu mengurangkan risiko masalah kesihatan sama ada untuk tempoh jangka pendek mahupun panjang kepada bayi dalam kandungan.
BAYI BESAR, LAHIR SUSAH?
Saiz bayi tidak mempengaruhi kelancaran proses bersalin. Biasanya, kesukaran yang mungkin dialami adalah tertakluk kepada kedudukan bayi serta tahap anda mengawal diri dan kesakitan yang dialami sepanjang kontraksi berlangsung.
Apa pun jua saiz bayi, apa yang anda perlukan ialah sokongan kuat, kekal bertenang. Kecuali ibu telah disahkan mempunyai saiz pelvis yang kecil dan bayi besar atau memang bayi bersaiz besar.
BAYI KECIL, MUDAH LAHIR?
Terdapat salah tanggapan bahawa bayi yang bersaiz kecil lebih mudah untuk dilahirkan. Namun, tiada kajian yang dapat membuktikan tanggapan ini. Sebenarnya, kebanyakan bayi bersaiz kecil boleh mengambil masa yang lebih lama untuk memulakan proses kelahiran berbanding bayi yang bersaiz besar.
BAYI KECIL KURANG SIHAT?
Perlu anda tahu bahawa terdapat perbezaan antara bayi yang bersaiz kecil kerana tidak berkemampuan membesar dengan baik ketika dalam rahim jika dibandingkan dengan bayi yang sememangnya mempunyai genetik saiz kecil. Oleh sebab itulah, sepanjang kehamilan saiz rahim anda dipantau oleh doktor setiap kali pemeriksaan antenatal dilakukan.
Jika bayi anda kecil tetapi sesuai dengan anda yang mengandungkannya, maka perkembangan kehamilan akan berjalan seperti biasa. Namun, jika perkembangan rahim terbatas dan tidak menunjukkan apa-apa perubahan, maka anda akan dirujuk kepada doktor yang lebih pakar bagi membolehkan pemantauan yang lebih rapi dilakukan.
MORNING SICKNESS TERUK, BAYI JADI KECIL?
Bayi mendapatkan keperluan khasiat pemakanannya daripada anda. Bukan bayi yang perlu dikhuatirkan jika anda mengalami morning sickness yang teruk, sebaliknya diri anda sendiri! Biasanya, masalah muntah akan menjadi lebih baik sekitar minggu ke-12.
Alahan yang dialami biasanya menjadi teruk jika anda tidak makan dalam tempoh tertentu. Jadi, cuba makan dalam amaun yang sedikit tetapi kerap dan jangan lupa untuk minum air dalam jumlah yang mencukupi. Apabila loya yang dialami sangat teruk, anda mungkin perlu ditahan di hospital untuk membolehkan cecair intravena dimasukkan ke tubuh bagi menghalang masalah penghidratan.
Jangan bimbang, ia tidak memberi kesan kepada bayi kerana hanya morning sickness yang benar-benar kritikal (hyperemesis gravidarum) memberi kesan kepada perkembangan bayi. Rujuk doktor sekiranya ia teruk dan memudaratkan kesihatan anda.
SEJARAH BAYI BESAR DALAM KELUARGA ADA HUBUNG KAIT?
Tidak kira sama ada bayi besar atau kecil, ia ada hubung kaitnya dengan faktor genetik. Sebagi contoh, jika ibu mempunyai berat badan berlebihan, maka bayi pun berkemungkinan bersaiz yang sama.
Sama juga halnya jika ibu tidak makan secara sihat, maka ia boleh memberi kesan kepada bayi dan menjadikannya bayi bersaiz kecil. Pemakanan dan gaya hidup anda memainkan peranan dalam menentukan saiz bayi.
Jika sejarah keluarga ada yang menghidap diabetes, doktor akan meminta anda menjalani ujian toleransi gula kerana dikhuatiri bayi boleh bersaiz besar jika anda pun menghidap diabetes ketika hamil.
PERUT BESAR BERI BEBAN?
Secara teori, peningkatan berat badan boleh meningkatkan risiko haemorrhoid atau varicose vein. Ia akan menyebabkan bahagian kaki berasa tidak selesa. Walau sebesar mana pun saiz perut anda, ia tidak akan mendatangkan masalah sekiranya anda menjaga kesihatan diri dan sentiasa melakukan senaman secara berkala.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran suami disisi sepanjang proses kelahiran anak sulung memberikan kesan positif kepada Dr Julia Nabilah Junid. Ikuti pengalamannya.
Anak sulung penerbit & pelakon Puan Sri Dato’ Ziela Jalil, Dr. Puteri Julia Nabilah Megat Junid menceritakan pengalamannya bersama suami saat menyambut kelahiran bayi sulung mereka.
Posting tersebut ialah sempena ulang tahun perkahwinannya yang pertama. Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi bukan sahaja bersama-sama mengharungi proses kelahiran malah turut membantu Dr Julia menyusukan bayi mereka kerana ketika itu dia masih terkesan dengan bius. Malah suaminya turut membantu sepanjang proses selepas bersalin.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2018 selamat menyambut kehadiran cahaya mata sulung yang dinamakan Tun Alayna Zeeya.
“Fast forward to the night of 13 June 2019, and we were in the labour room, he was there holding my hand as i breathed through each contraction, to stroke my head, to tell me that it will all be over soon.
“Alayna, you are so blessed to have a father who loves you unconditionally, and i have been blessed with a husband who i have witnessed grow to be more extraordinary each day.
Pa&Ma kini kembali untuk musim kelima, dengan topik ‘Beri Masa Kepada Perkembangan Anak” bersama pengacara anda Scha & Awal, Setiap Rabu jam 9 malam hanya disaluran Astro Prima (ch 105) , Prima HD (ch 121) dan Astro Go (apps).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon Atikah Suhaime yang kini mengumumkan hamil anak pertama.
Menerusi perkongsiannya di Instagramnya, Atikah memuat naik gambarnya dengan menampakkan baby bump yang semakin ketara.
Menerusi perkongsiannya menerusi Kosmo Online, bakal ibu ini memilih untuk menyembunyikan mengenai berita kehamilannya itu yang kini sudah mencecah empat bulan kerana bimbang akan dikecam.
“Pada saya waktu itu terlalu awal untuk membuat pendedahan dan pelbagai perkara boleh berlaku. Saya juga bimbang jika kongsikan berita terlalu awal, nanti netizen akan mengecam atau mendoakan yang tidak baik.
“Sejujurnya saya agak trauma apabila ada yang mendoakan tidak baik kepada ketika melangsungkan perkahwinan dahulu dengan mengatakan perkahwinan kami tidak bertahan lama.
“Tetapi saya sangat berterima kasih dan bersyukur kerana pengikut di media sosial semuanya mendoakan yang baik-baik buat saya dan tiada komen benci saya terima,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai persiapan bayi, Atikah berkata dia tidak merancang untuk membeli barangan di luar negara untuk menyambut kelahiran anak pertamanya, sebaliknya mahu fokus pada keperluan asas bayi termasuk dirinya selepas melahirkan.
“Bagi saya, tidak perlu untuk berbelanja besar atau beli terlalu banyak barang untuk bayi kerana bayi ini cepat membesar. Tetapi, saya yakin suami saya mungkin akan mewahkan anak, tetapi bagi saya persiapan itu tidak perlu terlalu berlebihan.
“Paling penting ialah keperluan asas bayi dan saya nanti untuk menjaganya. Untuk saya, mendapatkan pengasuh yang boleh membantu saya menjaga bayi nanti lebih penting kerana saya tidak mahu membebankan kedua orang tua dan keluarga mentua,” katanya.