Setiap ibu bapa pasti merasa berdebar apabila tiba masanya anak lelaki perlu melalui proses berkhatan. Begitulah pengalaman yang dikongsikan oleh pelakon dan usahawan terkenal, Syatilla Melvin, apabila anak sulungnya, Syeriv Samheizy, kini selamat menjalani prosedur bersunat di sebuah hospital swasta.

Syeriv Selamat Bersunat

Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla, atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 34, meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan lancar. Malah, dia mengakui sangat lega melihat anak lelakinya berjaya melalui pengalaman penting ini dengan baik.

‘Prank Kata Nak Cuci Saja’ – Syatilla Melvin Lega Anak Sulung Selesai Bersunat

“Alhamdulillah lega saya. Saya prank, kata nak datang cuci saja. Dah habis baru tanya, dah potong ke?” tulis Syatilla yang turut berkongsi keadaan anak sulungnya selepas selesai berkhatan.

Terima Kasih Pada Doktor

Dalam hantaran sama, Syatilla tidak ketinggalan mengucapkan penghargaan buat doktor yang menguruskan proses berkhatan anaknya.

“Terima kasih Dr Razak Mohammed sebab baik dengan anak saya. Semoga Allah selalu mudahkan urusan doktor dunia dan akhirat,” luahnya penuh rasa syukur.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syatilla Melvin (@samtilla)

Ramai netizen juga bersetuju dengan kepakaran doktor berkenaan yang bijak menenangkan emosi kanak-kanak semasa rawatan berlangsung.

Tangisan Si Kecil, Tanda Debaran

Syatilla turut berkongsi bagaimana Syeriv menangis kerana enggan menjadi yang pertama disunatkan antara rakan-rakannya. Namun, semua itu berakhir dengan senyuman apabila prosedur selesai tanpa sebarang masalah.

Ads

Momen ini bukan sahaja menguji emosi anak, tetapi juga ibu bapa yang sentiasa risaukan keselamatan dan kesihatan si kecil.

Anak Sam & Tilla Dah Besar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat Syeriv yang kini semakin membesar. Malah, ramai yang tidak percaya anak pasangan selebriti popular ini sudah pun sampai ke fasa penting sebagai seorang lelaki kecil.

“Cepatnya anak Sam & Tilla dah besar,” antara komen netizen yang mengikuti perkembangan keluarga ini.

Ads

Pengalaman Berharga Buat Ibu Ayah

Proses berkhatan bukan sahaja amalan sunnah dan tuntutan agama, malah ia juga penting untuk kebersihan serta kesihatan anak lelaki. Bagi ibu ayah, momen ini cukup bersejarah kerana ia menjadi tanda anak sedang melangkah ke alam yang lebih matang.

Tip Tenangkan Anak Sebelum Bersunat

Buat ibu ayah lain yang bakal melalui pengalaman sama, ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan:

  • Terangkan dengan bahasa mudah supaya anak faham tujuan berkhatan.

  • Gunakan pendekatan santai seperti yang dilakukan oleh Syatilla dengan ‘prank manja’ untuk kurangkan rasa takut.

  • Sokongan emosi sangat penting, peluk dan pujuk anak agar dia rasa lebih berani.

  • Beri ganjaran kecil seperti hadiah atau makanan kegemaran selepas selesai prosedur sebagai motivasi.

Syatilla dan Shaheizy Sam kini boleh menarik nafas lega kerana anak sulung mereka sudah selamat menempuh satu lagi fasa penting dalam hidup. Semoga Syeriv terus membesar sihat, kuat dan menjadi anak yang soleh.

Sumner: Instagram @Samtilla

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads