Prinsip Mama Biar Kita Sederhana. Ozylnn & Johan Tak Manjakan Anaknya Dengan Duit

Share

Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn mengakui mahu anak-anaknya hidup dalam keadaan sederhana dan saling menyayangi antara satu sama lain.

Menerusi entri di Instagram (IG), Ozlynn berkongsi luahan buat anak bongsunya, Moleiq sempena ulang tahun kelahirannya pada 17 Jun.

Bukan Mama Tak Adil. Belajar Bersyukur

Orang Lain Nak Dapat, Tapi Dengan Mama Biar Kita Sederhana. Kasih Sayang Lagi Bernilai

Bukan Mama Papa Tak Sayang. Biarlah Kita Bersederhana.

“Selamat hari lahir my baby moleiq. 17 Jun. Bukan mama tak adil kerana meraikan kamu dalam keadaan yang sangat bersederhana tapi mama dan papa kamu sentiasa belajar, belajar bersyukur dengan apa adanya.

“Kurniaan kamu dalam keluarga Hanania sangat-sangat berharga dan dinantikan. Biar memori kasih sayang lebih terikat indah dalam ingatan bukan wang atau hadiah mahal yang jadi igauan.

“Kena belajar sedar diri, esok dah besar kamu dapat nilai sendiri keluarga adalah segalanya. Sayangi keluarga. Kasih sayang kekal abadi supaya tak menyesal kemudian hari kerana keluarga hilang tiada ganti.

“Menghormati mereka yang menerima kita seadanya kerana keluarga yang sebenar adalah yang menerima segala kekurangan kita dan bantu kita ketika kita leka dan lalai.

“Semoga kalian 5 beradik hidup dengan penuh kasih dan sayang hingga syurga abadi Aameen,” tulisnya.

Johan & Ozylnn tegas dengan anak

Apa yang boleh dipuji pasangan ini cara mereka mendidik anak cukup tegas. Walaupun orang kata anak artis, tetapi Johan dan Ozylnn tak beri lesen besar pada anak-anak.

Mungkin orang tengok Johan popular dengan identiti pelawak kerana selalu menghiburkan orang ramai, tetapi dia mengakui mempunyai personaliti berbeza mengikut keadaan.

Hakikatnya, beliau sememangnya tegas dalam membentuk anak-anaknya untuk masa depan mereka.

“Biarlah jika ada yang mempertikaikan tindakan saya dan isteri yang dikatakan tegas dalam mendidik anak-anak. Saya marah atau rotan mereka pun untuk kebaikan anak. Tidak guna untuk membentuk anak-anak apabila mereka sudah besar nanti.

Sumber: Ig jozlynnhanania

 

 

IKLAN