Pendidikan seks adalah istilah digunakan untuk menjelaskan cara untuk menghormati dan menjaga maruah. Ia melibatkan isu berkaitan anatomi manusia. Jika ibu bapa tidak mengajar anak-anak, bimbang anak-anak akan tahu sendiri daripada sumber-sumber yang mungkin menjerumus mereka ke kancah tidak diingini.

“Private Part? Say No..No!” Ibu Ini Kongsi Cara Ajar Anak Kenal Private Part Badan Seawal 2 Tahun

Anak kecil perlu tahu tentang bahagian sulit pada tubuh mereka supaya mereka dapat mempertahankan diri dari manusia yang suka mengambil kesempatan. Jadi ibu bapa berperanan dalam mendidik anak-anak untuk mempertahankan diri mereka. Banyak gejala yang tidak diingini seperti ganguan Pedophilia (Perasaan suka kepada kanak-kanak) yang berlaku kepada kanak-kanak. Ikuti Perkongsian dari Puan ‘Azizah Mohamed di Facebooknya;

Pendidikan Seks: Apa peranan kita sebagai ibu bapa?

Selesai saya mandikan Asma’ tadi, Asma’ melaung,

“Ummi, Asma’ ada vagina lah!”

Wah. Terkejut juga saya. Nampaknya anak kecil ini sudah mula mengenali bahagian penting pada tubuhnya. Sambil saya pakaikan pampers, saya biarkan Asma’ bercerita.

“Asma’ girl. Sebab tu Asma’ ada vagina. Abang Uwais boy. Abang Uwais ada manis..”

“Abang Uwais ada penis..” Saya betulkan segera.

“Haa, penis. Manis tu yang Asma’ makan lepas tu tak boleh tidur. Silap pulak..

Ummi, orang lain tak boleh pegang vagina Asma’ kan? Asma’ pun tak boleh pegang penis orang. Kalau orang pegang vagina Asma’, nanti Asma beritahu ummi. Ummi! Dia pegang vagina Asma’!”

Panjang lebar Asma’ bercerita. Siap berlakon lagi. Tanda faham dan jelas apa yang saya sampaikan sebelum ini. Alhamdulillah.

“Betul tu Asma’. Good girl. Apa lagi yang orang lain tak boleh pegang?”

“Tak boleh pegang punggung Asma’! Kiss mulut pun tak boleh kan ummi?”

“Betul. Tak boleh kiss mulut. Keluarga Asma’, auntie-auntie boleh kiss pipi. Uncle-uncle boleh salam je. No kissing. Lagi satu, orang tak boleh pegang dada Asma’. Tu pun private part. No no area. Don’t look, don’t touch. Asma’ faham kan?”

“Ok ummi! Private part. No no no!”

Ini dialog saya dan anak saya, Asma’ yang kini berusia dua tahun setengah.

Realiti hari ini semakin membimbangkan. Anak kecil seawal usia lima enam tahun sudah cuba-cuba untuk bersentuhan. Meniru orang dewasa di sekeliling. Masuk sekolah rendah sekolah menengah, kes begini semakin serius dan sukar dikawal.

Maka apa peranan kita sebagai ibu bapa? Ajarkanlah anak kita asas pendidikan seks bermula seawal yang boleh. Malu? Segan? Letak tepi semua perasaan itu. Masa depan anak kita lebih utama.

Saya kongsikan sedikit asas didikan yang saya sampaikan kepada anak saya.

1. Ajarkan anak kita panggilan yang betul untuk merujuk kepada alat sulit.

Vagina/faraj. Penis/zakar. Dulu saya panggil flower dan bird. Nampak sopan kononnya. Rupanya cara saya salah. Bila ada sesuatu berlaku, kita mahu tahu apa yang berlaku secara tepat. Takkan mahu buat laporan polis ada orang sentuh flower anak kita?

Maka sejak ada anak, saya katakan pada Asma’, ‘wash your vagina’.

“Private Part? Say No..No!” Ibu Ini Kongsi Cara Ajar Anak Kenal Private Part Badan Seawal 2 Tahun

2. Ajarkan mereka bahagian tubuh yang tidak boleh disentuh.

Vagina/penis, punggung, dada, mulut. Saya pesan pada anak. This is your private part. Don’t let anyone touch it. Ummi walid mandikan Asma’ masa Asma’ kecil je. Nanti Asma’ dah besar Asma’ mandi sendiri. Orang lain tak boleh sentuh. Tak boleh tengok.

“Private Part? Say No..No!” Ibu Ini Kongsi Cara Ajar Anak Kenal Private Part Badan Seawal 2 Tahun

3. Sentuhan selamat dan tidak selamat. Dan minta pertolongan segera.

Ummi walid peluk Asma’, sebab kami sayang Asma’. This is safe. Tapi kalau sesiapa sentuh private part Asma’, jerit! Beritahu ummi atau walid dia pegang apa. Jangan diam je. Remember, no one should touch your private part.

4. Ajar anak rasa malu untuk mendedahkan tubuh.

Ini harus bermula daripada kecil. Selesai mandi saja terus pakaikan tuala dan baju. Jangan biasakan anak pusing keliling rumah tanpa baju. Kita tak tahu mata siapa yang memerhati. Kadangkala pemangsa berada di dalam rumah sendiri. Nauzubillah.

Seandainya hari ini semua ibu bapa mengambil bahagian dalam proses mendidik anak masing-masing, pasti esok ada peluang untuk dunia anak-anak kita bertambah baik. Inshaallah.

Ini ikhtiar kita sebelum melepaskan anak kepada dunia luar. Berusaha sekarang dan bertawakallah sesudahnya. Semoga Allah jaga anak, keluarga dan generasi kita daripada perkara yang merosakkan.

Ummu Asma’,
“It is easier to build strong children than to repair broken men.”

Sumber: Facebook ‘Azizah Mohamed

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI