
Tular di TikTok, gelagat seorang kanak-kanak yang sedang tukar baju sekolah agama kepada pakaian sukan tepi gelanggang futsal benar-benar buat netizen tersenyum dan terhibur. Kanak-kanak ini digelar “star player” kerana datang lambat, tapi tetap penuh semangat menyertai rakan-rakan bermain bola.
@fuadsuhaimii Tengok kau teringat abang dulu kecik2 dik. #fyp #viral #xyzbca #adagaya #memories ♬ original sound – yourhousedesigner
Aksi spontan itu bukan saja lucu, tapi sangat relatable. Rata-rata netizen berkongsi kisah zaman kecil mereka yang penuh dengan kenakalan manis—terjun sungai lepas sekolah, balik mengaji terus sepak bola, baju sekolah kotor kena marah, tapi esok tetap ulang lagi!
Antara komen mencuit hati:
“Pro player selalu datang lambat.”
“Star player lambat sikit sebab ustaz suruh hafal doa iftitah.”
“Teringat balik sekolah agama terus main bola sambil pakai baju sekolah, balik rumah kena sebat haha.”
Bagi ibu bapa muda, video ini jadi peringatan manis tentang zaman membesar yang ringkas tapi membahagiakan. Ia juga mengingatkan kita untuk beri ruang anak menikmati zaman kanak-kanak mereka—biar comot sikit, asalkan bahagia dan aktif.
Pa&Ma percaya, dalam dunia serba laju ni, momen kecil begini yang akan anak-anak kita ingat sampai besar. Jadi kalau anak tukar baju tepi gelanggang lepas balik KAFA, senyum je lah… mungkin dialah future legend Malaysia!