Sekarang ini nampaknya pokok hiasan sama ada dalam dan luar rumah semakin digilai. Ya, memang cantik dan rasa redup umpama ‘penyejuk’ rumah.
Tengok daun hijau di setiap sudut rumah dapatlah rasa tenang sikit. Namun bagi yang ada anak kecil, nak tanam pokok hiasan hidup masih tak yakin kerana takut keselamatan anak.
Lagi satu bagi ibu yang tiada masa untuk membelek pokok hidup ni kerana sibuk bekerja, jika tak dijaga dengan elok, daun pokoknya cepat kuning dan tak membesar dengan baik.
Bagaimanapun hati tetap nak rumah cantik kan. Nak beli pokok hiasan yang ada di pasaran harganya pun boleh tahan. Ok bagi anda yang nak rumah cantik tapi dengan kos yang jimat bolehlah cuba buat projek DIY ini.
Idea yang dikongsikan Puan Wawa Alwi ini sangat jimat dan rumah pun cantik!
Ads
Projek DIY. Ingatkan dapat sepasu je.. rupanya dua. Jadilah.. . Nasib ada spare pasu.
Ada permintaan minta saya share cara nak buat. Saya cuba ye sebab tak ambil gambar setiap satu tu. So harap penerangan saya tu faham la ye.
Bahan-bahan:
1. Daun RM2.10x 10 – kedai eco (saya dpt buat kat dua pasu, satu besar tinggi pokok dalam 1 meter, satu lagi keci dalam setengah meter)
2. Chop stick besar RM2.50 (30 chopstick rasanya, banyak)- supersave
3. Pita bunga – stok memang ada kat rumah tak ingat harga
4. Gabus – RM4.00 – supersave
5. Pasu – RM12.00 – supersave
6. Rumput palsu – sekeping je RM2.10 – kedai eco
Ads
Cara-cara:
1. Ambil 2 daun susun mengadap dan lekatkan di chopstik besar guna pita bunga tu.
2. Ambil lagi 2 daun susun mengadap juga, susun rapat-rapat antara daun yang susun pertama dengan yang di susun kedua sebab bila buka daun nanti tak lah nampak batang chop stik je.
Ads
3. Buat lagi kaedah yang sama ikut ketinggian yang diperlukan. Pastikan bersesuaian dengan saiz pasu ye.
4. Tegakkan daun yang dah siap tu di pasu. Cucuk pada gabus tu ye. Nak gabus bagi kejap tak bergerak ikut kreativiti sendiri la ye. Saya selit-selit dengan surat khabar je.
5. Tutup gabus dengan rumput palsu tu.
6. Buka kelopak daun ikut kreativiti, nak lentok ke bawah ke, nak tegak saja ke, terpulang. Siap.
Kejadian penemuan bayi lelaki di belakang rumah tular apabila bayi tersebut ditinggalkan bersama sekeping NOTA yang dipercayai ditulis oleh ibunya. Ringkasan daripada nota tersebut, ibu bayi itu merupakan ibu tunggal dan terpaksa meninggalkan bayinya kerana tidak mampu untuk menjaganya.
Lelaki berusia 25 tahun menemui bayi yang ditinggalkan atas meja di belakang rumah mereka di FELDA Palong 8, Jempol malam tadi.
Sekeping Nota Bersama Bayi
Akibat terkejut dengan kejadian tersebut, lelaki itu terus memanggil ibunya. Mereka memeriksa bayi tersebut dan didapati masih hidup. Namun mereka dikejutkan lagi dengan NOTA yang ditinggalkan bersama bayi tersebut.
“SAYA minta tolong jagakan budak ini sampai besar. Saya tak mampu jaga sebab saya ibu tunggal. Tolong jangan hantar ke kebajikan/pengasuh. Saya amanahkan kepada keluarga ini untuk jaga anak ini. Saya hanya mampu tengok dari jauh. Nama ‘baby’ ini Farish Azwan.”
Itu nota ditulis pada kertas yang ditinggalkan bersama bayi lelaki ditemui di belakang rumah di FELDA Palong 8 di Jempol, malam tadi.
Bayi Dibawa Ke Hospital Untuk Rawatan
Selepas itu mereka terus menghubungi pihak Polis. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, bayi yang masih hidup itu ditemui 10.15 malam oleh penghuni rumah yang keluar untuk mengambil barang di dalam kereta.
Muhd Nur Hishamuddin berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan.
Menurutnya, bayi terbabit akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya. Beliau berkata, polis sedang giat mengesan ibu kepada bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
“Ketika terperangkap di bawah runtuhan, isteri saya tidak dapat menyusukan bayi lelaki kami, Muhammet Alparslan berusia enam bulan, jadi saya cuba memberinya makan dengan air liur saya.
“Pada hari kelima di bawah runtuhan, Muhammet tidak bermaya lagi dan saya memeriksa nadinya dan mendapati dia sudah meninggal dunia,” kata Muharrem.
Muharrem menceritakan pengalaman sedih itu kepada Anadolu Agency pada Rabu, selepas dia dan isterinya Hidayet Polat berjaya diselamatkan di bawah runtuhan bangunan di Kahramanmaras, selatan Turkiye.
Pasangan itu terperangkap 202 jam di bawah runtuhan bangunan terbabit sebelum ditarik keluar dalam penyelamatan ajaib pada Selasa selepas pasukan penyelamat mendengar jeritan suara mereka.
Muharrem dan Polat yang kini berada di bawah pemantauan perubatan memberitahu Anadolu Agency, dua anak mereka kehilangan nyawa akibat runtuhan itu.
“Kami tidak makan apa-apa di bawah runtuhan. Saya hanya menemui ‘Vaseline’ dan makan sebahagiannya, langsung tidak hiraukan ia bahaya atau tidak,” kata Polat.
Polat berkata, pasukan penyelamat memanggil mereka sehari atau dua hari sebelum berjaya diselamatkan, tetapi impak runtuhan menghalang pasukan mengeluarkan mereka.
Mengimbas detik berlakunya gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu 6 Februari lalu, Muharrem berkata, ketika gegaran gempa bumi pertama, lantai kediaman mereka tertutup sepenuhnya.
“Selepas gegaran gempa bumi seterusnya, ia (mungkin sudah) terbuka. Saya menyedarinya pada hari ketujuh (terperangkap dalam runtuhan).
“Pada hari sama, saya memanggil isteri dan memberitahu ada sesuatu di sana. Saya menggali tanpa henti dan sehingga air salji (mencair) keluar. Allah mengasihani kami,” katanya yang menegaskan usaha itu akhirnya membawa kepada kejayaan usaha menyelamat mereka.
Lebih 35,000 individu terbunuh dan 81,000 lagi cedera dalam dua gempa bumi kuat menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Februari lalu.
Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di Kahramanmaras turut menjejaskan beberapa negara di rantau itu, terutama Syria.
Coklat ini dikatakan cukup berhantu bagi ‘kanak-kanak’ setiap kali masuk ke kedai atau pasar raya yang meletakkannya di bahagian kaunter hadapan. Walaupun harganya diibaratkan tak masuk akal dengan apa yang dapat, ibu bapa tiada pilihan jika anak mengamuk, menangis dan siap berguling bila kemahuan dihalang.
Disebabkan nak jaga air muka, akhirnya ibu bapa terpaksa juga ikut kemahuan anak dan terpaksa rela membayarnya kan?
Baru-baru ini juga ada ibu bapa yang berkongsi pandangannya dalam Facebook yang menyatakan seelok-eloknya janganlah meletakkan coklat ni di hadapan kaunter bayaran kerana tak semestinya kemahuan anak boleh diikut oleh mak ayah, tambah lagi yang berpendapatan sederhana. Post ini telah viral dan banyak netizen yang menyokong pandangan tersebut.
Ok berbalik kepada isu ini, Public Health Malaysia telah berkongsikan beberapa sebab mengapa coklat ini sebenarnya tak sesuai untuk anak walaupun buat anak gembira.
Mengapakah Coklat Ini Diharamkan di Amerika Syarikat?
Coklat yang cukup popular di kalangan kanak-kanak ini sebenarnya pernah diharamkan penjualan di Amerika Syarikat.
Mengapa?
‘Kinder Surprise’ dihasilkan oleh sebuah pengeluar coklat terkemuka yang berasal dari Itali, Ferraro. Produk popular ini didatangkan dalam bentuk telur dan di dalamnya terdapat 2 bahagian iaitu bahagian coklat di luar dan bahagian mainan di dalam.
Coklat ini diharamkan penjualannya di Amerika kerana ia bertentangan dengan peraturan yang melarang sebarang objek yang “tidak bernutrisi” diletakkan di dalam makanan kecuali jika ia memiliki fungsi yang berguna.
Walaupun ia diharamkan penjualannya di US, coklat tersebut boleh dibeli di negara jiran seperti Canada dan Mexico. Ramai yang cuba menyeludup masuk coklat ini ke US dan akhirnya menerima padah! Sejak 2011, pihak kastam telah berjaya merampas kira kira 60 ribu coklat ini dan pesalah boleh di denda sehingga USD 2500 bagi setiap biji coklat!
Akhirnya pada Mei 2017, coklat ini akhirnya diberi lampu hijau setelah pengeluar coklat bersetuju untuk mengasingkan coklat dan mainan dan ia di pasarkan sebagai “Kinder Joy”.
Risiko Tercekik
Pada 2012, FDA mengeluarkan satu lagi amaran mengenai risiko tercekik dan kematian bagi objek asing yang di letakkan di dalam makanan.
“Amaran- produk ini mengandungi bahagian yang boleh menyebabkan kanak kanak tercekik dan tidak sesuai untuk kanak kanak berusia 3 tahun ke bawah”
Di UK, seorang kanak kanak berusia 3 tahun, Jennifer Ashton, maut akibat tercekit figura Pink Panther yang terdapat di dalam coklat Kinder Joy. Kes yang sama di Perancis, seorang kanak kanak berusia 3 tahun maut akibat tercekik mainan dari coklat tersebut dan telah disahkan maut akibat saluran pernafasan tersumbat.
Susulan dari kes tersebut, 3 keluarga yang telah kematian anak akibat tercekit mainan telah berkempen agar coklat tersebut diharamkan di pasaran EU. Pihak syarikat menyatakan bahawa ia merupakan satu kemalangan yang tidak dapat di duga. Akhirnya, keputusan pihak Kementerian Perdagangan UK berpihak kepada syarikat coklat.
Selain di US, coklat ini juga di haramkan penjualannya di Chile. Ia berikutan satu undang undang khas yang telah digubal pada tahun 2013 yang melarang sebarang bentuk iklan yang menggunakan hadiah seperti mainan untuk sebagai tarikan kepada pembeli khususnya kanak kanak.
Kemudian pada tahun 2016, satu undang-undang Pelabelan Makanan baru memaksa pengeluar makanan untuk memasukkan label memberi AMARAN kepada pengguna mengenai sebarang makanan yang tinggi dalam gula, lemak tepu, sodium, dan kalori.
Mimpi Ngeri Di Kaunter Bayaran
Di Malaysia, coklat ini bagaikan ‘mimpi ngeri’ yang sering menghantui ibu bapa apabila tiba di kaunter bayaran. Baru baru ini telah tular satu status di media sosial yang merayu agar coklat ini tidak di letakkan di kaunter bayaran di pasaraya.
Untuk makluman, bukan sahaja coklat Kinder Joy, segala jenis coklat, minuman ringan dan rokok sememangnya dengan sengaja dipamerkan dan di letakkan berhampiran kaunter bayaran untuk menarik minat pembeli.
Produk-produk ini bukan sahaja merabakkan dompet ibu bapa tetapi apa yang lebih penting adalah memberi kesan buruk kepada kesihatan kanak kanak.
Menyedari akan ancaman ini, atas desakan masyarakat, beberapa pasaraya utama di negara luar seperti Tesco (UK) , Woolworths (Afrika Selatan) telah mengambil keputusan untuk melarang jualan coklat dan makanan tidak sihat di rak kaunter bayaran. Rak rak tersebut telah isi dengan buah buahan dan makanan yang lebih berkhasiat.
Kesimpulan
Artikel ini BUKAN ditulis untuk memboikot produk Kinder Joy tetapi untuk memberi kesedaran kepada masyarkat mengenai 2 isu iaitu;
– Bahaya objek/ mainan yang diletakkan bersama makanan. – Pemasaran produk makanan tidak sihat di kaunter pembayaran
Jika di perhatikan, kesedaran masyarakat luar mengenai kepentingan pemakanan sihat dan selamat telah semakin meningkat. Dengan sokongan dan desakan masyarakat, pelbagai polisi baru di perkenalkan khusus untuk menepis pemasaran produk makanan yang tidak sihat kepada pengguna.
“ala…sendiri yang pilih, tiada siapa paksa untuk makan”
Ya, memang ia merupakan satu pilihan individu untuk makan atau tidak, tetapi pengguna dan masyarakat perlu dilindungi dari pemasaran industri makanan yang sentiasa mempengaruhi masyarakat untuk membuat pilihan makanan yang tidak sihat, kaya lemak, tinggi garam dan gula.