Bosan dengan milo atau coklat, apa kata kita ubah kelainan dengan puding kopi pula yang digabungkan bersama susu pekat dan serbuk koko. Resipi puding dua layer yang dikongsikan oleh Ida Zairi ini nampak cukup mudah hendak disediakan. Malah gabungan kopi dan serbuk koko yang enak juga buat rasa puding lebih sedap.

Jom cuba resipi ringkas yang dikongsikannya. Bolehlah dihidangkan buat keluarga di musim perayaan ini. Mudah.

Puding Alma Coffee Empat Layer, Nikmatnya Makan Sejuk-Sejuk!


Untuk yang addicted kafein boleh cuba resepi ni. Sangat simple.

Puding Alma Coffee

Bahan untuk lapisan coffee

IKLAN

1 paket Alma Coffee kopi segera (bancuh dengan 180ml air panas mendidih dengan 1 sudu kecil susu pekat + 1 sudu serbuk koko untuk warna)
1 stgh sudu serbuk agar-agar (masukkan dalam 180ml air sejuk)
1/2 cwn gula
Secubit garam

Masak air yang dicampur serbuk agar-agar tadi hingga mendidih, masukkn air bancuhan kopi, gula & garam kacau hingga mendidih. Tutup api & tuangkan 1 lapisan ke dalam acuan (seeloknya acuan plastik/silikon supaya senang dikeluarkan)

Puding Alma Coffee Empat Layer, Nikmatnya Makan Sejuk-Sejuk!

IKLAN

Bahan cream layer
1 stgh sudu serbuk agar-agar (masukkn ke dalam 180ml air sejuk)
90 ml santan (sederhana pekat)
90ml susu cair/susu full cream)
1/2 cwn gula
Secubit garam

Cara melapis agar2..Dah siap tunggu sejuk masuk dulu dalam peti ais..

Posted by Ida Zairi on Thursday, 30 April 2020

Masak air yang dicampur serbuk agar-agar tadi hingga mendidih, masukkan santan, susu cair, gula & garam tunggu mendidih. Tutup api.

IKLAN

Puding Alma Coffee Empat Layer, Nikmatnya Makan Sejuk-Sejuk!

Gariskan permukaan lapisan kopi dengan garfu & masukkn lapisan cream. Tunggu sedikit mengeras, ulang langkah seterusnya sehingga habis. Biarkan sejuk. Sedia dihidang.

Selamat mencuba.

Resipi wajib cuba: Mudahnya Buat Kek Classic Victoria Sandwich Ni Paling Ringkas Sedap Lembut!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI