Puding biskut Marie dengan coklat mewah di atasnya memang tentu jadi kesukaan anak-anak. Puding biskut Marie lebih lembut dan berkrim berbanding kek batik. Hidang sejuk-sejuk bila anak balik sekolah memang terbaik!
Tak susah pun nak buat puding biskut marie ini. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan mahal. Pendek kata sesuai untuk mak-mak yang anak ramai. Kalau nak lagi rasa mewah, boleh buat topping coklat dengan mengikut resipi yang dikongsikan Muhammad Ali ini. Nampak kemas dan cantik.
Puding Biskut Marie Mewah Coklat
RESIPI PUDING BISKUT MARIE
LAPISAN PERTAMA: COKLAT
12gm agar-agar tali
4 cawan air (1 cawan air = 250ml)
1 cawan dairy whipping cream (kalau tiada, gantikan dengan susu cair)
1 sudu makan mentega (tak kisah salted or unsalted. Pakai buttercup pun boleh) – beli online di sini
7 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan serbuk nescafe
5 sudu makan milo (sudu makan tu yang sudu besar kita buat makan apa-apa tu tau)
Secubit garam
½ cawan dark chocolate
¾ cawan gula (190 gram gula)
LAPISAN KEDUA: PUTIH
6gm agar-agar tali
2 cawan air
1 cawan susu cair
¼ cawan gula (80gm gula)
1 sudu kecil essen vanilla
Nah Ini Resipi Edisi Kurang Manis
CARA MENYEDIAKAN LAPISAN PERTAMA: COKLAT
1. Masukkan 4 cawan air + 12gm agar-agar tali yang telah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi.
2. Kemudian baru masukkan ¾ cawan gula. Kacau sebati hingga gula larut.
4. Dah sebati masukkan pula 7 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.
5. Selepas itu, masukkan 1 cawan dairy whipping cream atau susu cair. Kacau sampai separuh sebati.
6. Masukkan 1 sudu makan mentega. Gaaul sebati biar sampai jadi sekata dan satu warna serta tiada ketulan. Bila nampak dah sebati biarkan mendidih. Jangan kacau. Biarkan ia mendidih dalam 1-2 minit sahaja.
7. Bila dah mendidih tadi, masukkan ½ cawan dark chocolate. Kacau atas api yang perlahan. Dah sebati, terus tutup api.
8. Masukkan secubit garam, kacau sebati dan biarkan dalam 3-4 minit baru tuang atas loyang saiz 8 inci.
Ads
9. Tuang atas loyang dulu adunan tadi, sampai tak nampak base loyang, kemudian baru letak biskut marrie. Dah penuh satu loyang, tutup balik dengan adunan coklat tadi sampai menutupi lapisan marie tadi.
10. Setkan dalam peti 2 minit sahaja, kemudian sambung letak lagi biskut marie. Dan terus tutup dengan lebihan coklat tadi.
11. Jadinya, ada 2 lapis je lapisan biskut marie tadi. Setkan dalam peti sementara buat lapisan putih.
Ads
CARA MENYEDIAKAN LAPISAN KEDUA: PUTIH
1. Letakkan 2 cawan air + 6 gm agar-aagar tali yang dah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi, baru masukkan ¼ gula. Dah larut masukkan 1 cawan susu cair.
2. Kacau sebati dan biarkan mendidih dalam 1-2 minit. Tutup api dan masukkan 1 sudu kecil esen vanila. Gaul sebati, ketepikan dalam 3-4 minit baru tuang atas lapisan coklat yang dah set tadi.
3. Cucuk-cucuk dengan garpu dulu agar lapisan melekat dan tak terpisah bila potong.
4. Tuang rendah dan perlahan-lahan. Setkan dalam 4 jam dan boleh makan.
Kredit resipi: Muhammad Ali @ Mr Ali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja susu pisang, bukan anak-anak saja suka, mak ayah pun tumpang sekali. Pun begitu kos untuk membeli susu pisang di pasaran agak mahal jika terpaksa membeli untuk jumlah yang banyak.
Nak anak tambah khasiat susu dan pisang, apa kata mama cuba buat sendiri. Lagi jimat dan senang. Nak lagi sedap dan lemak, gunakan gula perang. Lagi umphh.
Kalau beli susu pisang memang tak cukup satu sebab Mek Icha peminat tegar air pisang. Gigih tung tang kat dapur dalam 5 minit je maka terhasil lah susu pisang ala nilofa. Senyum sampai ke telinga Encik suami puji sedap!
Nah resepi susu pisang yang mudah. Cukup 1k like Encik Suami cakap nak bawa jalan zoo tengok monyet makan pisang.
Tinggal lagi 3 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Menarik:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Chawanmushi, hidangan pembuka selera yang cukup popular di Jepun yang dibuat daripada campuran telur dan digabungkan dengan bahan-bahan lainnya, dikukus sebati sekali gus memberi kesempurnaan rasa yang sempurna!
Apa yang pasti ianya begitu mudah disediakan. Jadi apa kata, kali ini kita layan selera anak-anak dan keluarga dengan menyediakan Chawanmushi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Arina Rashid ini.
Siapa peminat chawanmushi? Meh Rina nak share satu resepi yang rasa dia nak sama macam chawanmushi.
Sebenarnya chawanmushi ni telur kukus je. Nak buat dia punyalah senang. Tak sempat nak berpeluh pun. Paling puas hati boleh letak bahan banyak-banyak. Camtu sekali.
Untuk resepi telur kukus / steamed egg / chawanmushi korang sediakan blender, pengukus, bekas ramekin. Kalau takda, guna tipuware pun boleh.
Bahan-bahan dia: 3 biji telur 260g air ½ tsp garam
Cara Penyediaan:
Blend kesemua bahan kat atas sampai sebati.
Sediakan bekas. Kalau guna ramekin dapat 4 bekas. Kat bekas tu isilah segala apa-apa yang korang suka. Rina letak cendawan shitake dengan crabstick.
Tuang bancuhan telur tadi perlahan-lahan ke dalam bekas. Kalau ada buih, kaup buih tu buangkan. Ni sebab nak bagi cantik telur kukus tu nanti.
Nak tabur dengan daun bawang ke daun sup ke pun boleh. Lepastu kukus selama 20 minit.
Dah siap!
Super pantas dan berbaloi kan. Kalau chawanmushi dia guna dashi sebagai perisa. Kita guna garam pun dah ok dah tu.
Sebenarnya resepi asal dari cookidoo ni. Yang ada TM6 boleh refer resepi steamed egg dekat resepi Hainan Chicken Rice.
Setting tm6 untuk blend bahan-bahan atas tu ialah 6 sec, speed 4. Untuk kukus pulak, guna varoma tray, set kan masa 20 minit, suhu varoma, speed 3.
Masalah anak kecil kurang berat badan antara yang ramai ibu-ibu dirisaukan. Menjadi ibu memang macam-macam dirisaukan tetang anak yang sedang membesar.
Sebagai ibu sudah tentu bimbang bila cara tumbesaran anak agak perlahan berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan adalah di kalangan mereka yang mempunyai masalah cerewet makan atau terlalu memilih makan.
Tetapi ada juga kanak-kanak yang tiada masalah makan juga mempunyai berat badan yang sukar bertambah. Ia turut membimbangkan para ibu.
Jika anak anda antara yang mempunyai masalah tersebut, cuba ikut cara yang dilakukan Puan Nur Farah Haniem yang berkongsi menu makanan disediakan untuk menaikkan berat anaknya dalam tempoh masa sebulan.
RESIPI NAIKKAN SELERA MAKAN ANAK
Sapa sini ada masalah anak kecik kurang berat badan? Anak kurang selera makan. Meh mummy share resepi yang buat berat badan anak mummy dari 6 kilo lebih ja naik terus jadi 8 kilo lebih dalam masa sebulan ja.
Resepi ni pakar pemakanan yang bagi kat mummy. Anak mummy sampai kena jumpa pakar pemakanan pasal halus sangat. Mummy try ikut hat dia habaq tu alhamdulillah naik la jugak berat dia.
Bahan-bahan:
Nasi panas dicampur dengan beberapa titik minyak zaitun (kalau tak ada letak butter @ minyak masak)
Ubi kentang yang digoreng terlebih dahulu
Isi ayam (hiris halus-halus dan goreng)
Bawang holland (hiris halus & goreng)
Kalau tak ada bawang holland, bawang merah besar pun boleh. Tapi mummy suka guna holland sebab dia manis sikit.
Cara-caranya:
Gaulkan nasi tadi bersama ubi kentang yang telah digoreng tadi dan lenyek-lenyekkan sampai ubi tu hancur.
Lepas tu masukkan semua bahan-bahan tadi. Gaul sampai semua sebati. Lepas tu terus kepal-kepal jadi bentuk bola kecil-kecil. Make sure nasi tu panas-panas baru senang dikepal ok.
Tunggu sejuk baru hidangkan untuk anak. Biar anak makan sendiri baru dia enjoy nak makan.Resipi ni untuk anak kecil yang sudah tumbuh gigi. Untuk yang atas 2 tahun boleh tambah sedikit garam @ perasa.
Sumber: Nur Farah Haniem
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.