Puding Oreo Berkrim. Guna 4 Bahan Jer, Berebut Anak Dapat Makan Sejuk-Sejuk!

Share

Ibu penat sekalipun nak masak untuk anak, tetap akan hidangkan menu yang best. Tambah-tambah musim sekarang, semua berkumpul di rumah lagilah dapur tu asyik meriah je.

Masak apa sekalipun, mesti akan habis. Maklumlah anak tengah membesar, semua selera. Kali ni, ada hidangan mudah yang boleh jadi pilihan ibu iaitu menu pencuci mulut.

Puding Oreo Lazat Berkrim yang dikongsikan oleh Puan Hasni Usman boleh anda cuba buat bersama dengan anak. Guna 4 bahan je dah boleh dapat puding oreo yang lemak berkrim.

Pengalaman saya sepanjang tempoh kawalan pergerakan ni, repeat jugak membuatnya. Anak-anak suka sangat. Resepi mudah sangat, anak-anak pun boleh buat sendiri. So rajin laa repeat. Resepi simple dekat bawah.

PUDING OREO LAZAT BERKRIM

BAHAN-BAHAN:

– 1 Bungkus Serbuk Agar Agar (plain)

– 2 Bungkus Biskut Oreo
(suka lebih oreo, boleh letak lebih)

– 2 Susu Uht (200ML)

-1 Sudu Makan Gula Pasir (optional)

CARA BUAT :

1) Pecahkan biskut oreo. Jangan halus sangat. Masukkan ke dalam acuan.

2) Satukan susu uht, gula dan serbuk agar agar di dalam mangkuk. Masak di atas api yang sederhana. Gaul sebati sehingga mendidih.

3) Tuangkan bancuhan susu dan serbuk agar agar yang telah mendidih kedalam acuan.

4) Biarkan seketika. Bila dah tak panas, masukkan ke dalam peti sejuk. Siap!

Sedap makan bila dah sejuk. Bila tergigit biskut oreo tuu, so shedappp. Bila dah keluar dari peti ais, memang tak masuk balik dah. Sekali hadap jaa habis.

Kredit: Hasni Usman

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN