Puff Coklat 3 Bahan. Makan Panas-Panas, Coklatnya Cair Dalam Mulut!

Share

Suka makan puff tapi rasa leceh nak buat kulitnya. Kali ni anda tak payah nak risau dan bersusah payah nak uli kulit puff tu. Beli yang dah siap, balik rumah cuma siapkan inti je.

Bakar sekejap dah boleh makan satu keluarga. Kalau anda ada anak-anak yang sememangnya minat coklat, ini resipi chocolate pastry puff yang tersangat mudah. Bukan anak je boleh layan, kita ibu ayah pun boleh tumpang sekali.

Bagi yang nak buat inti sardin, kentang atau apa saja, dipersilakan buat mengikut citarasa masing-masing. Dah tahu cara ni, tak payah nak beli dah.

RESIPI SEDAP [Aiskrim Homemade Tiga Layer, Guna 5 Bahan Saja, Tak Cukup Makan Satu]

Resipi yang dikongsikan oleh Nuralia Idayu ini boleh dicuba. Buat makan sarapan pagi atau minum petang sangat sesuailah.

Chocolate Pastry Puff 

Bahan yang diperlukan

– 1 pack puff pastry
– Chocolate coin (optional je ni sebab org lain suka letak buah & cream, sis lagi suka letak chocolate)
– Chocolate rice
– Chocolate chip

Step dia mudah je uolls

1️⃣ Potong kulit puff pastry tu ikut bentuk yang anda suka. Sis search dalam youtube je cara nak buat bentuk tu, senang.

2️⃣ Letak chocolate coin. Sis patah-patahkan chocolate coin tu, mudah nak gulung. Yang untuk bentuk “pinwheel” tu letak sekeping untuk setiap 1 kipas, then tabur chocolate chip. Yang bentuk diamond tu letak dekat tengah tu je

3️⃣ Bakar pada suhu 160-170c 15-20 minit, bergantung “perangai” oven masing-masing hahahaha

 

  • Dah siap bakar, ikut la nak tabur chocolate rice lagi ke, nak leleh hershey’s syrup ke. Selamat mencuba!

Kredit Resipi: Nuralia Idayu

LAGI RESIPI MENARIK [Mashed Potato Padu Dengan Sos Black Pepper. Rasa Lemaknya Semua Cukup!]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN