
Semua ibu ayah nak anak pandai. Nak tengok anak cepat faham, bijak berfikir, berakhlak baik dan ada masa depan yang cerah. Tapi hakikatnya, kepandaian anak bukan datang semata-mata dari sekolah atau genetik cara kita membesarkan mereka setiap hari itulah yang paling besar kesannya dalam usaha anak jadi pandai.
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, ada 10 perkara mudah yang kalau diamalkan secara konsisten, boleh bantu anak jadi pandai dan berperibadi tinggi.
Berikan makanan yang halal dan bernutrisi (toyyiban). Utamakan makanan natural dan home-cooked. Biasakan anak minum air mineral, makan sayur dan buah. Kurangkan makanan tinggi gula seperti kek, coklat dan minuman kotak. Apa yang masuk dalam badan, itu yang bentuk otak dia dan memainkan peranan besar dalam proses anak jadi pandai.
Banyak bercakap dengan anak. Jangan sekadar arahan, tapi beremosi guna mimik muka, nada suara, gelak bersama. Masuk ke “dunia” mereka. Dari situ, otak dan emosi anak berkembang serentak.
Anak perlukan movement. Bermain bukan sekadar hiburan, tapi cara mereka belajar. Main fizikal untuk kuatkan badan, main minda untuk latih otak. Tanya soalan pelik-pelik pun tak apa dari situ kita nampak cara mereka berfikir.
Nyanyi bersama, bergurau dalam kereta, cipta memori kecil. Benda simple ni yang akan anak ingat sampai besar. Kadang bukan hadiah mahal, tapi “masa” itu yang paling mahal dalam membentuk anak jadi pandai dan stabil emosinya.
Bawa anak explore dunia. Tunjuk benda sekeliling pokok, haiwan kecil, bulan di langit. Teman mereka tengok kartun pun dah cukup, asalkan ada connection. 10–15 minit pun dah bermakna.
Anak belajar dari apa yang dia dengar. Biasakan “terima kasih”, “tolong”, “sayang”. Tegur bila mereka guna perkataan kasar. Didik dengan pengulangan — lama-lama jadi habit.
Ini ramai pandang ringan, tapi sebenarnya sangat powerful. Peluk dan cium anak sekurang-kurangnya sekali sehari. Walaupun dia dah tidur, tetap buat. Anak yang cukup kasih sayang, biasanya lebih tenang, lebih dengar kata, dan emosi lebih stabil asas penting untuk anak jadi pandai.
Dengar anak. Bila dia takut, jangan dismiss. Setiap anak berbeza ada yang kuat, ada yang sensitif. Tugas kita bukan bandingkan, tapi faham.
Tak semua anak kena pandai akademik. Ada yang berbakat dalam seni, sukan, komunikasi. Jangan paksa ikut impian kita. Bantu dia jadi versi terbaik diri dia sendiri.
Perkenalkan pelbagai bahasa sejak kecil. English, Mandarin, Arab otak anak macam sponge. Lagi banyak exposure, lagi kuat perkembangan kognitif dia dan membantu anak jadi pandai dengan lebih menyeluruh.
Akhir sekali, jangan lupa — doa. Doakan anak depan mereka. Biar mereka dengar harapan kita untuk mereka.
Hakikatnya, kecerdasan anak bukan hanya bergantung pada genetik tapi cara kita membentuk mereka setiap hari. Konsistensi, kasih sayang dan perhatian adalah kunci utama dalam proses anak jadi pandai.
Slow-slow, konsisten itu yang jadi.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad