
Ngeri kalau pusat bayi bernanah kerana penjagaan yang salah. Macam mana nak uruskannya?
Kali pertama hendak menguruskan pusat bayi, kebanyakan mama dan papa akan kekok.Tali pusat bayi adalah berasal daripada umbilical stump sepanjang kira-kira 2sm setelah tali pusat bayi yang panjang (bersambungan dengan plasenta) dipotong semasa proses kelahiran. Ia akan di klip selepas pemotongan semasa proses kelahiran.

Pusat bayi jika tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul akan menyebabkan jangkitan kuman atau septicaemia.
8 LANGKAH URUS PUSAT BAYI
Apa langkah-langkah yang boleh mama lakukan? Ikuti langkah-langkah ini sebagai panduan menguruskan tali pusat si kecil.
- Bersihkan bahagian ini setiap kali selepas mandi atau menukar lampin si manja. Dengan cara ini, anda akan membantu mengeringkan bahagian dasarnya dan mempercepatkan proses luruh.
- Ibu perlu memastikan tangan bersih semasa mencuci pusat bayi.
- Gunakan kapas bebola yang dibasahkan dengan air bersih atau alkohol yang dibekalkan hospital dan sapu dengan lembut pada sekeliling pusat dan lipatannya.
- Selepas dibersihkan, ambil sebiji lagi bebola kapas dan sapu kering bahagian sekeliling pusat yang dibersihkan tadi.
- Baki tali pusat yang di klip juga perlu sentiasa kering. Keringkan dahulu sebelum memakai barut. Jika lembap, boleh menyebabkan jangkitan kuman.
- Elakkan memakai lampin hingga menutup bahagian pusat bayi yang belum luruh kerana ia akan menyebabkannya berkuap, lembap dan meningkatkan risiko jangkitan kuman. Kawasan tersebut perlulah sentiasa kering dan bersih sepanjang masa.
- Biasanya tali pusat bayi akan luruh dalam masa tujuh hingga 10 hari selepas kelahirannya. Jangan dicabut, biar ia luruh sendiri!
- Sebelum tali pusat bayi luruh, mama dan papa perlu mengelakkan dari memandikan bayi dengan cara merendam. Gunakan kaedah mengelap dan melalukan air sahaja supaya air tidak masuk ke dalam bahagian berkenaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Potty Train’ Anak Lelaki & Perempuan Tak Sama, Ada Cara Ibu Bapa Kena Tahu

‘Potty train’ anak lelaki dan perempuan tidak sama, ada cara ibu bapa kena tahu. Mengajar anak ‘potty train‘ atau latihan tandas bukanlah satu perkara yang mudah. Perlu diketahui juga cara potty training anak lelaki dan perempuan juga tidak sama.
‘Potty Train’ Anak Lelaki & Perempuan Tak Sama
Ketika anak anda mula menunjukkan kesediaan untuk menggunakan tandas, mungkin anda sudah pun membuat carian di internet mengenai tip potty train yang boleh dicuba. Umumnya, tiada satu cara yang betul atau tepat untuk melatih anak menggunakan tandas.
Namun terdapat beberapa perbezaan antara latihan tandas untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang perlu diketahui sebelum mencuba sebarang cara ajar anak potty train.
Ada Cara Ibu Bapa Kena Tahu
LIMA perbezaan cara potty training anak lelaki dan perempuan:

1. Peralatan latihan tandas
Tempat duduk tandas (over-the-toilet seat) yang dijual di pasaran boleh digunakan sama ada untuk anak lelaki atau perempuan. Bahkan, tandas mini (mini-potty) juga tiada masalah untuk digunakan bagi kedua-dua jantina.
Namun cara potty train anak perempuan menggunakan potty chair amat disarankan kerana ia membantu menenangkan lantai pelvis mereka.
Jika memilih untuk menggunakan tempat duduk tandas, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menyediakan bangku tangga.
Seperti dikatakan pada awal tadi, anak lelaki juga boleh menggunakan peralatan sama cuma mereka perlu belajar menyesuaikan diri dengan cara yang berbeza.
2. Posisi duduk dalam cara ajar anak potty train
Untuk anak perempuan, anda disarankan untuk menggalakkan mereka duduk ke belakang dengan lutut dibuka – ini dapat membantu otot pelvis mereka berehat.
Manakala untuk anak lelaki, mereka perlu menolak zakar ke bawah, sebelum atau semasa duduk supaya tidak berlaku ‘percikan air kencing’ di merata-rata bahagian bilik air.
Kanak-kanak lelaki yang sedang belajar latihan tandas juga mungkin perlu mencondongkan badan ke hadapan bagi memastikan zakar mereka kekal menghala ke bawah semasa proses kencing berlaku.
Jika anak lelaki anda ingin kencing berdiri, bantu mereka untuk dapat kekal berdiri dekat dengan tandas dan kaki dibuka supaya air kencing menuju ke arah yang betul.
Sekiranya ada anak perempuan yang ingin mencuba untuk kencing berdiri, biarkan – kerana pada akhirnya mereka akan menyedari bahawa ia bukanlah cara yang sesuai untuk jantina mereka.

3. Teknik mengelap dalam cara ajar anak potty train
Apabila bercakap mengenai latihan tandas, terdapat perbezaan anatomi yang perlu dipertimbangkan.
Dalam cara potty train anak perempuan, si kecil anda perlu diajar untuk mengelap dari depan ke belakang dan ia merupakan tabiat yang harus dikembangkan sejak daripada kecil.
Kenapa? Ini penting bagi mencegah penyebaran jangkitan saluran kencing (UTI). Jangkitan ini adalah lebih kerap berlaku kepada perempuan kerana uretra yang lebih pendek dan lebih dekat dengan dubur.
Untuk anak lelaki, perkara ini kurang menjadi tumpuan, sebaliknya perkara penting adalah bagi memastikan mereka dapat mengawal kedudukan zakar semasa kencing.
4. Guna taktik berbeza
Untuk mengekalkan minat si kecil semasa latihan tandas, anak perempuan anda mungkin lebih cenderung duduk di tandas lebih lama jika dipasangkan muzik kegemaran atau mempunyai teman untuk bercakap di tandas sepanjang ‘proses tersebut’ berjalan.
Cara potty training anak lelaki juga tidak jauh berbeza dalam penggunaan taktik. Cuma anda mungkin mendapati si kecil lebih tertumpu kepada zakar dan apa yang berlaku.
5. Tahap perkembangan
Secara purata cara ajar anak potty train bagi anak perempuan bermula ketika mereka berusia 30 bulan atau 2 tahun 5 bulan, manakala anak lelaki memerlukan lebih masa tambahan.
Pun begitu, segalanya bergantung kepada tahap kesediaan anak itu sendiri. Hanya anda dapat mengetahui bila si kecil sudah bersedia dan menyediakan pelan bersesuaian dengan tahap keperluan mereka untuk mencapai perkembangan tersebut.
Petua dan cara ajar anak potty train untuk panduan ibu bapa.
Tidak kira sama ada anak anda lelaki atau perempuan, berikut merupakan beberapa petua universal yang boleh dijadikan panduan:
Pastikan anak bersedia
Jika anda merasakan si kecil sudah bersedia untuk latihan tandas tetapi tidak berjaya, ambil masa untuk berehat seketika dan mulakan kembali proses dalam beberapa minggu atau bulan.

Jangkaan ibu bapa
Tiada had umur dan tempoh masa tetap untuk latihan tandas ini berjaya dilakukan. Namun secara puratanya ia boleh berlangsung sehingga 8 bulan.
Anda boleh membuat carian di internet untuk mendapatkan info dan pengalaman potty train ibu bapa lain. Tetapi jangan membiarkan pengalaman individu lain menekan anda untuk memulakan proses ini jika si kecil belum bersedia.
Jika bermula terlalu awal, ia boleh mengakibatkan anda berdepan proses yang lebih lama dan mungkin memenatkan.
Seperkara yang perlu anda ketahui, ada kanak-kanak mungkin hanya berminat untuk belajar melakukan satu perkara sahaja pada satu-satu masa.
Contohnya, anak mungkin berminat untuk mula membuang air kecil di dalam mini-potty dan selesa membuang air besar menggunakan lampin.
Sekiranya ini situasi yang anda alami, usah memarahi anak, sebaliknya tetaplah memberikan mereka galakan.
Kemungkinan akan terbabas
Walaupun anda berjaya menggunakan cara ajar anak potty train, masih wujud kemungkinan untuk si kecil ‘terbabas’ atau terkencing di atas katil semasa tidur mahupun ketika berada di luar.
Kemalangan yang tidak disengajakan ini boleh berlaku tidak mengira jantina si kecil. Jadi sentiasa bersedia untuk berdepan keadaan tersebut – meletakkan alas di katil dan membawa pakaian ekstra bersama ketika keluar.
Elakkan daripada memarahi anak sekiranya keadaan ini terjadi. Menjadikan latihan tandas sebagai pengalaman negatif pada mana-mana peringkat hanya akan menyukarkan anak untuk berjaya melepasi fasa ini.
Pengalaman setiap ibu bapa dalam melalui proses latihan tandas ini pastinya akan berbeza antara satu sama lain. Paling penting adalah untuk bersabar.
Cara ajar anak potty train dianggap berjaya apabila si kecil menyedari bahawa mereka perlu menggunakan bilik air, masuk ke bilik air sendiri serta boleh membersihkan diri selepas menggunakan tandas sama ada dengan sedikit atau tanpa bantuan.
Sumber: Hello Doktor
Baca artikel lain juga: Talita Sepahkan Satu Rumah! Anak Raja Ilya Susun Tisu Tandas Buat Tower
Dua Kali Give Up Akhirnya Anak Berjaya Potty Train, Ibu Ni Kongsi Tip Mudah!
Nak Tahu Anak Dah Ready Untuk Potty Train Buat Ujian Fizikal Ini
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap Hari Bayi Senyum, Petanda Dia Membesar Dengan Baik. Bila Besar Cepat Mesra

Tahukah anda bayi yang sering tersenyum menunjukkan bahawa perkembangan sosialnya positif. Bagi ibu bapa melihat bayi semakin membesar pasti mengembirakan anda sebagai ibu bapa. Dengan pelbagai keletah baru yang ditunjukkan sesuai dengan perkembangannya cukup mencuit hati.
Tapi anda perasan tak sejak bila anak anda mula pandai senyum? Sebenarnya setiap bayi berbeza dan ada yang dah mula memberi senyuman pertama semasa dalam pantang lagi.

Namun, tahukah ibu di sebalik senyum si kecil ada beberapa fakta menarik. Antaranya adalah:
Dalam minggu-minggu pertama kehidupannya, bayi perempuan tersenyum spontan dua kali lebih banyak daripada bayi lelaki.Ketika tersenyum, kadar kelajuan denyut jantungnya menurun. Ini membuktikan, tersenyum adalah salah satu cara relaksasi.
Beberapa kajian menyatakan bayi yang kurang mendapat stimulasi, khususnya stimulasi sosial, akan lebih susah dan jarang tersenyum dibandingkan dengan bayi yang dibesarkan dalam keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang.
Senyum diiringi mata yang terbuka lebar merupakan hasil dari proses yang terjadi di sebelah otak kanan bayi. Senyum ini ditujukan kepada orang-orang yang dikenalnya secara dekat.
Sedangkan senyum yang diiringi pandangan mata sekejap ditujukan pada orang yang tidak biasa bagi bayi dan ini adalah hasil proses yang terjadi di belahan otak kiri secara automatik.

Jadi sebagai ibu bapa, pastikan anda tidak melepaskan momen indah bersama bayi dan sentiasa menstimulasikan rangsangannya secara berperingkat agar anak dapat membesar dan mempelajari sesuatu yang baharu sesuai dengan umurnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sensori Beg Rangsang Motor Halus & Penguasaan Skil Kognitif. DIY Buat Sendiri Sensori Beg Untuk Anak, Idea Jimat!

Sensori beg rangsang motor halus bayi. Ia juga elok diberikan kepada bayi kerana dikatakan boleh meningkatkan penguasaan skil kognitif. Diy buat sendiri sensori beg untuk anak, idea yang menjimatkan!
Beg sensori adalah mainan yang mama dan papa boleh DIY sendiri untuk bayi. Mudah cara membuatnya. Paling mustahak, pastikan plastik yang digunakan tebal dan tidak mudah tertembus dan menyebabkan bahan-bahannya terkeluar.

4 KELEBIHAN BEG SENSORI KEPADA BAYI
1)Belajar melalui deria membantu bayi mengembangkan kemahiran mengelaskan dan mengkategorikan.
2)Menggalakkan perkembangan otak. Penyelidikan menunjukkan bahawa mainan yang merangsang sensori membina sambungan saraf di laluan otak yang membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks pada masa akan datang.
3)Mainan sensori menggalakkan kemahiran menyelesaikan masalah.
4)Ia baik untuk pembangunan kemahiran motor halus. Ini kerana lebih banyak peluang mereka kanak-kanak menggunakan tangan, lebih mahir untuk memanipulasi dan mengendali objek yang lebih kecil.

CARA DIY BEG SENSORI
Bahan-bahan yang diperlukan ialah;

- Manik kecil
- Objek kecil pelbagai warna dan tekstur
- Getah rambut bayi bersaiz kecil pelbagai warna
- Gel rambut atau gel aloe vera yang jernih
- Beg plastik zip yang tebal
- Pita pelekat selofan
- Pita pelekat jenis tebal
- Gunting
LANGKAH 1

Masukkan manik ke dalam beg plastik berzip.
LANGKAH 2

Masukan pula getah rambut bayi bersaiz kecil. Anda juga boleh menggunakan pompom pelbagai warna.
LANGKAH 3

Tuangkan gel rambut atau gel aloe vera yang jernih ke dalam plastik. Tuang berhati-hati, elakkan daripada tertumpah dan sememeh.
LANGKAH 4

Pastikan anda ratakan objek di dalam beg tersebut.
LANGKAH 5

Zipkan beg tersebut supaya bahan-bahan tidak tertumpah. Pastika anda mencuci atau mengelap sekiranya ada tumpahan.
Bagi anda yang khuatir plastik akan tertembus, boleh gunakan dua beg plastik. Lapiskan satu lagi pada bahagian luar.
LANGKAH 6

Pastikan anda memasang pita pelekat selofan diikuti pita pelekat tebal pada sekeliling beg sensori.

Ok, akhirnya beg ini sudah siap.
PELBAGAIKAN JENIS BEG SENSORI
Mama dan papa bolehlah berikan kepada bayi untuk bermain dan menerokai. Selain itu, anda boleh mempelbagaikan isi dalam beg sensori berikut;
- Biji labu dan sedikit isinya dihancurkan. Jari-jari kecil si manja akan cuba untuk memegang biji labu.
- Letakkan abjad-abjad lembut dan jeli. Pastikan beg plastik tidak mudah tembus.
- Letakkan warna warni dan objek berkilat menarik minat si manja. Kertas pembalut hadiah yang berkilat boleh dipotong kecil dan diletakkan dalam jeli beg sensori.
- Isikan dengan manik dan lekatkan pada pintu sliding rumah. tentu si manja suka! Boleh kuatkan pergelangan tangannya! Tapi pastikan anda menggunakan plastik digunakan tebal!
- Gunakan jeli dan isikan dengan labuci berwarna-warni. Tampalkan pada lantai untuk aktiviti si manja meniarap.

Walau apa pun, elakkan daripada meninggakan bayi berseorangan ketika bermain dengan beg sensori untuk mengelakkan perkara tidak diingini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


